Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

NYX TAWAR SET KRISMAS EKSKLUSIF DI SOGO KL


Korang sering membeli-belah kat  SOGO KL tak?

Jika jawapannya ya …. Maknanya citarasa korang samalah dengan Kak Fas hihi!

SOGO KL yang terletak di Jalan Tuanku Abdul Rahman ini antara pusat membeli-belah yang selalu Kak Fas kunjungi sebab ia benar-benar di tengah kotaraya bahkan setelah mengalami renovasi, ia nampak lebih tersusun dan setanding dengan  ‘mall’ seangkatannya.

Lebih-lebih lagi bagi golongan wanita yang sukakan kecantikan, memasuki lantai utama berhadapan pintu hadapannya sudah cukup memukau bukan sahaja bau wangian daripada pelbagai jenama parfum tersedia menyusuk kalbu tetapi aneka kaunter kosmetik yang berjenama di sekeliling membuat sesiapa yang melalui dewan kecantikan ini akan berhenti sejenak untuk mendekatinya.

Macam-macam ‘brand’ ada cuma nak pilih yang terbaik itu yang menjadi masalah kerana semuanya bagus belaka.

Pun begitu setiap jenama mempunyai cara yang tersendiri untuk menarik pelanggannya.

Dan bagi yang suka bersolek sudah tentu maklum mengenai jenama kosmetik yang dinamakan ‘NYX’. Kalau nak sebut bunyinya ‘niks’… mudah je tak berbelit lidah pun cuma ejaannya je ikut tiga abjad.

Kak Fas memang peka dengan jenama ini tetapi sejujurnya belum pernah mencubanya.

Jadi baru-baru ini apabila Kak Fas dijemput untuk hadir pada sesi promosi NYX bersama seorang jurusolek popular di laman media sosial… siapa lagi jika bukan Mua Bella atau nama sebenarnya, Nur Nabila Zulyadaini, barulah Kak Fas berkesempatan untuk mengenali produk NYX dengan lebih dekat.

Tetapi terlebih dahulu mungkin ada juga nak tahu siapa Mua Bella ni kan? Artis baharu ke? Ya lah selalunya kan artis yang sering diundang untuk mempromosikan produk kecantikan tak gitu?
BELLA (kiri) bersama model yang disolekkannya.

Well.!... bagi yang belum mengenalinya, wanita berasal Kedah ini popular setelah ‘viral’ di laman media sosial  berikutan kepetahannya berinteraksi ketika sesi tutorial solekan.

Wanita kacukan Turki-Melayu ini yang juga pemilik laman 'Makeup By Bellaz' khabarnya sudah mempunyai 900,000 pengikut di laman Instagram dan tanda suka mencapai lebih 1.2 juta di Facebooknya.

Lebih popular dengan panggilan Bella, ibu muda berusia 26 tahun yang sudah pun mempunyai dua cahaya mata ini telah dijemput oleh pihak NYX baru-baru ini untuk mempromosikan produk yang diasaskan di Los Angeles oleh Toni Ko itu.

Dinamakan NYX, sempena dewi Yunani, NYX Cosmetics merupakan syarikat kosmetik yang merupakan sebahagian daripada kumpulan L’Oreal. Bermula sebagai syarikat kecil pada tahun 1999, NYX berjaya menembusi pasaran di   tujuh puluh buah Negara pada 2014 dengan jualan tahunan  mencapai  $93 juta.

Wow! Sudah tentu anda sebagai pengguna setia NYX memainkan peranan mempopularkan lagi jenama berkenaan kan?

Lebih-lebih bila melihat sesi tutorial yang dikendalikan Bella… dan dan tu terasa nak beli NYX terutama bagi mereka yang belum pernah menggunakannya.


Kak Fas sendiri yang pertama kali berhadapan dengan Bella  terpegun melihat gayanya yang santai melakukan demonstrasi solekan menggunakan produk NYX kepada model yang dibawa.

Sambil berceloteh, sambil itu juga  jari jemarinya menyolek wajah model membuatkan khalayak yang hadir tidak berganjak selama lebih kurang setengah jam.

Populariti Bella ternyata mampu menarik perhatian sekeliling malah kedengaran beberapa suara yang memekik namanya sambil menaiki eskalator dan disambut dengan riang oleh Bella. 

Pendekata, ‘happening’ lah petang Jumaat itu. Patutlah ramai yang suka Bella. Peramah dan riang orangnya!

Walau pun mempromosikan jenama NYX, Bella bermurah hati menyampaikan cenderahati produknya sendiri untuk 30 wanita bertuah yang hadir secara rawak. 

Katanya, ‘saya ada hadiah untuk mereka yang datang awal’.

Sudah tentulah mereka yang datang awal tetapi tidak berkesempatan menghulurkan tangan yang lebih panjang untuk Bella  menyampaikan cenderahatinya itu rasa hampa.

“Ala saya datang awal tadi,” kedengaran keluhan segelintirnya yang hampa tidak dapat produk ‘Make up by Bellaz’ berkenaan. Tak apa lah tiada rezeki!

Namun pada petang itu, para pelanggan yang membeli produk NYX mencapai RM350 berpeluang bergambar dengan Bella sambil mendapat bag laptop dengan tandatangan Bella serta 3x SOGO Member Points dan RM10 rebate baucer dengan pembelian minima RM100* (tertakluk pada terma dan syarat).

Jadi itu pun rezeki kan? Dapat berfoto dengan Bella lagi....

Malah sehingga 26 Disember, NYX menawarkan promosi pembelian set solekan bernilai lebih daripada RM300 dengan harga RM230 sahaja.

Ada tiga set pilihan yang disediakan waima telah dibungkus dengan cantik sekali sesuai dijadikan hadiah untuk Krismas.

Apa pun jom dengar apa Bella nak habaq norrr!!......



Sementara itu, bagi memeriahkan lagi suasana Krismas di SOGO, pengunjung berpeluang memenangi hadiah  berupa 5 x Set Coffret bernilai RM500 setiap satu, melalui peraduan yang dinamakan #SOGOLetsKissMakeup.

Menurut Zalikha Zahriman dari Bahagian Komunikasi Pemasaran SOGO, pelanggan dikehendaki memakai gincu dari mana-mana jenama di Dewan Kecantikan Tingkat Bawah SOGO KL dan mengambil selfie untuk dimuat naik dalam IG masing-masing.

“Bersama gambar selfie itu, mereka harus meletakkan kapsyen memberitahu mengapa mereka layak menang dan tag kepada @sogomalaysa  serta tanda palang #SOGOLetsKissMakeup untuk berpeluang memenangi set Coffret tersebut,” tambah Zalikha.

Peraduan berlangsung sehingga 26 Disember ini. Jadi apa lagi jom ke SOGO dan ambil peluang membeli produk #NYX yang ditawarkan itu sehingga stok masih ada sambil mencuba mana-mana jenis gincu untuk sertai peraduan #SOGOLetsKissMakeup.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan