RAHSIA KECANTIKAN SELEBRITI ASIA TERBONGKAR DEK 'ANJERI'
Wanita mana yang tidak mahu kelihatan cantik, berseri dan awet muda kan?
Kak Fas percaya sesiapa sahaja yang bergelar wanita mahu nampak cantik dan muda selalu walau pun tidak dapat elak daripada dipapah usia, cuma bagaimana cara setiap seorang itu mengekalkan wajahnya menjadi persoalan.
Ada yang suka cara tradisional contohnya menggunakan bahan-bahan herba atau sayuran seperti timun, tomato dan seumpama di mana resepi buatan sendiri ini ditempekkan pada muka.
Mungkin zaman tok nenek kita dahulu inilah cara terbaik untuk mengekalkan wajah berseri. Namun kini dengan era teknologi moden sudah wujud lambakan produk kecantikan wanita dengan pelbagai jenama menjadi pilihan. Ada yang murah dan ada yang mahal bergantung kepada jenama dan kandungan keluaran masing-masing.
Apa pun pilihan anda, yang pasti kewujudan pelbagai produk kecantikan di pasaran semakin memberikan pilihan kepada pengguna untuk mencari yang terbaik dan serasi dengan kulit wajah mereka.
Terbaharu, sebuah jenama yang dinamakan 'Anjeri" telah diperkenalkan di pasaran tempatan dengan sempurnanya perasmian produk tersebut bersama duta selebritinya, Venice Min di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Korang pasti ingin bertanya apa keistimewaan 'Anjeri' berbanding produk persaingannya?
'Anjeri' merupakan masker yang diimpot dari negara jiran Thailand, ciptaan pengasasnya, Thanadon Yingsiriworakun dari Rayanskin International Co. Ltd;.
Menurut Michelle Yin, 28, sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Black Belt Idea (M) Sdn. Bhd., pengedar masker Anjeri di Malaysia, "Anjeri" adalah produk paling popular di kalangan selebriti di negara gajah putih itu dan Asia Tenggara termasuk China, di mana ia meraih tempat utama di hati penggunanya.
Disebabkan hasil penggunaannya di kalangan selebriti Asia menjadikan kulit wajah mereka kelihatan berseri, halus dan lembut walau pun berdepan dengan jadual kerja padat, berjaga lewat malam dan kurang tidur, "Anjeri" menjadi ikutan ramai wanita yang mahu nampak cantik seperti mereka.
Kini rahsia yang menjadi golongan selebriti Asia mengekalkan wajah licin tanpa cela sudah pun diketahui. Masker "Anjeri" penyebabnya!
Atas kesedaran mahu melihat kaum wanita nampak cantik, Michelle tidak berfikir panjang dan teragak-agak untuk memperkenalkannya di pasaran tempatan.
"Memandangkan kandungannya daripada bahan semula jadi seperti sutera, ia selamat digunakan setiap hari walau pun oleh wanita mengandung," tambah Michelle yakin.
Majlis pelancaran "Anjeri" bersama selebriti Cina, Venice Min (kanan) berkenaan turut disertai bersama Encik Fedric Chin (Pengarah Urusan, Black Belt (M) Sdn Bhd, kiri)) serta tetamu lain termasuk artis veteran, Dato Nancie Foo (bawah: dua dari kiri).
“Sudah tentu satu penghormatan apabila dipilih menjadi ‘wajah’ masker Anjeri di Malaysia. Masker ini sangat mudah bagi saya mengekalkan kulit yang cantik walaupun berdepan dengan gaya hidup sangat sibuk. Saya memperoleh seri wajah yang seumpama selepas rawatan muka tanpa berbelanja lebih atau perlu melangkah keluar dari rumah,” kata Venice Min berhubung pengalamannya menggunakan produk.
Mungkinkah selepas ini ada perancangan untuk memperkenalkan selebriti Melayu bagi menarik pasaran Melayu?
Menjawab pertanyaan tersebut,Michelle berkata:
"Memang ada. Itu antara perancangan kami untuk bulan Mac tahun 2019 tetapi saya masih belum mengenal pasti siapa di dalam fikiran lagi kerana saya harus tinjau dahulu siapa yang boleh membawa 'wajah' Anjeri di kalangan artis yang berusia dalam lingkungan 30-an".
Korang rasa siapa agaknya artis bertuah itu nanti yang berpeluang mencuba empat siri produk 'Anjeri" yang sudah pun berada di pasaran meliputi Anjeri Gold Facial Mask, Anjeri Silver Facial Mask, Anjeri Gold Sleeping Mask dan Anjeri Silver Sleeping Mask.
Jom Kak Fas story sikit serba ringkas apa kandungan dan keistimewaannya setiap satu daripadanya ini:
Anjeri Gold Facial Mask dan
Anjeri Silver Facial Mask dihasilkan 100% daripada sutera
semulajadi, dengan komposisi dan strukturnya menyamai kulit manusia. Ini
membuatkan ia lebih hebat berbanding masker konvensional daripada kertas dan
fabrik gentian (woven), memandangkan sutera kurang menimbulkan iritasi,
alahan dan kegatalan pada kulit. Dengan ketebalan hanya 0.1 milimeter, kepingan
masker Anjeri melekap pada kulit dengan sempurna dan lembut selain selesa pada
kulit.
Anjeri Gold Facial Mask
direka untuk menjadikan kulit yang matang kelihatan muda dengan kandungan
sumber anti-penuaan dan pencerah daripada bahan-bahan semulajadi seperti
ekstrak Centella Asiatica, ekstrak akar Polygonum Cuspidatum,
ekstrak akar Scutellaria Baicalensis, ekstrak daun Camellia Sinensis,
ekstrak akar Glycyrrhiza Glabra (Licorice), ekstrak daun Rosmarinus
Officinalis (Rosemary), ekstrak bunga Chamomilla Recutita (Matricaria)
dan ekstrak bunga Rose Rugosa.
Penggunaan masker ini akan membuatkan
kulit lebih lembap, cerah, dan berseri dengan penurunan kedalaman kedut dan
pigmentasi selepas hanya 15 minit pemakaiannya, mengikut masa disarankan.
Mungkin bahan paling menarik dalam masker ini adalah emas
24k, yang diakui mampu memperlahankan penurunan kolagen yang pada masa sama
meningkatkan keanjalan dan pengaliran darah pada kulit, sekali gus mengekang
tanda- tanda penuaan.
Anjeri Silver Facial Mask pula diperkaya
dengan bahan pelembap dan pencerah yang hebat dengan kandungan seperti ekstrak Centella
Asiatica, ekstrak akar Polygonum Cuspidatum, ekstrak akar
Scutellaria Baicalensis, ekstrak daun Camellia Sinensis, ekstrak
akar Glycyrrhiza Glabra (Licorice), ekstrak daun Rosmarinus Officinalis
(Rosemary), ekstrak bunga Chamomilla Recutita (Matricaria), ekstrak
bunga Rosa Rugosa, Pentapeptide-1, Hexapeptide-1, Oligopeptide-1, Ascorbic
Acid, ekstrak daun Aloe Barbadensis dan Betaine.
Penggunaannya mengembalikan semula kelembapan yang hilang bagi
menghasilkan kulit yang cerah, licin seperti kulit bayi. Pengguna bakal menyaksikan saiz pori-pori yang mengecil, kedalaman kedut berkurangan,
tiada lagi kulit kemerahan atau merengsa, sebaliknya semakin licin, cerah dan
berseri.
Anjeri Gold
dan Silver Facial Mask boleh didapati dalam kotak 10 helai keping
masker pada harga runcit RM89.00 dan RM86.00.
Anjeri Sleeping Mask
diperbaharui dengan gel unik di samping pembungkusan berbentuk kapsul untuk
sekali guna. Direka untuk dipakai sebelum tidur, masker ini memberikan
penyerapan yang mendalam dan menyeluruh bagi mendapatkan kulit yang berseri,
nyaman dan sihat pada sebelah pagi. Siri masker untuk dibawa tidur berasaskan
gel ini terdiri daripada Anjeri Gold Sleeping Mask dan Anjeri
Silver Sleeping Mask yang boleh didapati dalam kotak 16 kapsul pada
harga RM89.00 dan RM86.00.
Anjeri Gold Sleeping Mask
direka untuk rawatan wajah bagi meremajakan, mencerah dan anti-penuaan.
Pengguna akan bangun tidur dengan kulit wajah yang lebih cerah selain
tanda-tanda kedut, pigmentasi dan cela yang semakin pudar.
Seperti juga Anjeri Gold Facial Mask, masker Anjeri
Gold Sleeping Mask ini juga mengandungi emas 24k yang diyakini mampu
memperlahankan penurunan kolagen yang pada masa sama meningkatkan keanjalan dan
pengaliran darah pada kulit untuk menghalang tanda-tanda penuaan.
Anjeri Silver Sleeping Mask
mengandungi ekstrak buah Cornus Officinalis untuk kulit yang licin. Ia
mengandungi bahan-bahan anti-oksidan dan anti-bakteria, selain membantu
membuatkan kulit tampak lembut, lembab dan berseri.
Semua produk Anjeri mengandungi kod QR unik yang membolehkan
pengguna mengimbas dan memastikan produk yang mereka beli asli dari kilang.
Mengakhiri temuramah bersama Michelle, kataya, "Kami mempunyai matlamat untuk menjadi pendahulu dalam
produk masker di Asia Tenggara. Sejumlah besar selebriti yang menjadi pengguna
kami adalah bukti testimoni kepada kualiti produk kami.
“Dengan Anjeri, kulit seakan-akan anda membuat rawatan muka
setiap hari dengan hasil yang tiada bandingan. Anda hanya perlu mencuba sekali
untuk mempercayai apa yang diperkatakan tentang produk ini dan melihat sendiri
mengapa ia menjadi kegemaran para selebriti, “tambahnya.
Jelas Michelle, buat masa ini penjualan "Anjeri" hanya dilakukan secara dalam talian dan perancangan untuk menjualkannya di kaunter terbuka dijangka dilaksanakan pada Jun tahun hadapan.
Rangkaian lengkap topeng kecantikan Anjeri kini boleh
didapati di
Instagram @anjerimalaysia_official
Malah jika korang berhasrat nak menjadi ejen boleh emelkan pertanyaan lanjut kepada hello@anjeri.com.my atau hubungi 03-27708466.
#AnjeriMalaysia
Tiada ulasan:
Catat Ulasan