SADDAM BERGELAR LELAKI PALING 'TOUGH' KALAHKAN LIMA PESERTA RANTAU ASIA
Selepas
berbulan-bulan mencari di Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand
dan Vietnam… akhirnya juara pertandingan
R U Tough Enough SEA? terjawab pada pertandingan peringkat akhir yang berlangsung di Sunway Pyramid baru-baru ini!
Siapa kah
gerangannya?
Ya…
Malaysia menjuarai pertandingan untuk mencari lelaki paling gagah dan tahan
lasak dengan kemenangan berpihak kepada pegawai tentera, Mohd Saddam b Mohd Pittli, 27, sekali gus membawa pulang wang tunai US$15,000 dan diisytiharkan sebagai juara ‘R U Tough
Enough Asia Tenggara’.
Barangkali
kerjaya sebagai seorang pegawai tentera yang sudah tentu berjiwa kental
membantu Saddam untuk bergelar lelaki paling gagah Asia Tenggara mengalahkan
saingannya, Fahri dari Indonesia.
Ya lah jika
dibandingkan kedua kerjaya mereka ini sudah tentu Saddam sebagai seorang
pegawai tentera lebih cekal dan kuat berbanding Fahri yang merupakan seorang jurulatih
tarian ‘breakdance’…
Namun
mengulas kemenangannya Saddam sempat berkata:
“Sebenarnya, kesemua 22 orang finalis hebat-hebat belaka cuma stretegi masing-masing jadi penentu
kemenangan dan alhamdullilah saya berjaya mengatasi Fahri dengan perbezaan
empat saat sahaja,” ujar Saddam ketika ditemui.
Dalam
pertandingan tersebut, Saddam menitikberatkan soal penalti waima dari segi
kelajuan katanya semua peserta hebat belaka jadi untuk mengutip mata beliau
perlu elak daripada terkena penalti.
Selain
Saddam empat peserta akhir dari pelbagai
latar belakang dipilih secara khusus untuk mewakili Malaysia, iaitu: Vincent
Mallang, 25 - Jurulatih kecergasan dan pemenang R U Tough Enough 2017; Priya Naidu, 30 - pelatih kecergasan, Syarif
Nurhidayat bin Muzhaimey, 20, pemain
jurulatih dan pemain ragbi peribadi; Teh Wai Kit, 21 yang merupakan seorang Chef.
Wah chef sado gitu…!
Namun di antara mereka itu, rezeki berpihak kepada
Saddam di mana beliau berjaya sebagai
dua finalis terbaik untuk bersaing dengan Fahri dari Indonesia pada peringkat akhir.
Selepas ini
ke mana hala tuju Saddam dengan wang kemenangan?
Menjawab
persoalan itu, katanya, “Saya bercadang mengadakan boot camp untuk warga obesiti
yang mahu menurunkan berat badan. Untuk itu saya akan menambahkan lagi
pembelian peralatan sukan dengan wang kemenangan."
Jadi korang
yang sedang nak turunkan berat badan tu nantikan berita baik dari Saddam ya….!
Menurut
Saddam, setiap kali memenangi sebarang pertandingan beliau akan menggunakan
wang kemenangan untuk membeli peralatan.
"Kali
ini, saya akan membeli sebuah threadmill untuk ditempatkan di rumah agar kami
sekeluarga boleh membuat latihan kecergasan diri,” tambah Saddam yang sentiasa
mendapat sokongan isteri tercinta, Nurzamah Mat Husin yang juga berkhidmat dengan Angkatan Tentera Malaysia.
Di samping
itu Saddam berharap dengan gelaran dan kemenangan yang diperoleh serta usahanya
selama ini mendapat perhatian Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed
Abdul Rahman agar diberi peluang untuk
menjalani latihan secara professional melalui Majlis Sukan Negara.
Sebelum ini
Saddam telah banyak kali menyertai pertandingan Spartan mahu pun larian
mewakili Malaysia ke serata dunia dan memenangi beberapa anugerah.
“Selepas
ini saya akan memberi tumpuan untuk menyertai Spartan Race di Singapura tahun
hadapan,” tambah ayah kepada Mohd Shahid, 2, mengakhiri perbualan bersama Kak Fas.
#RU Tough Enough? Southeast Asia yang mula diperkenalkan pada tahun 2014, dianjurkan oleh Fisherman's Friend dan KIX HD dengan sokongan daripada Sunway Pyramid, Celebrity Fitness, Dorsett Grand Subang dan Astro selaku penyiar rasmi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan