SITI NURHALIZA DISYARAT TURUNKAN BERAT 10 KG
FOTO: Megatz |
Konsert 'Dato Sri Siti Nurhaliza On Tour' akan bermula di Jakarta pada tarikh berkenaan diikuti Singapura (2 Mac 2019), Kuala Lumpur (16 Mac 2019) dan berakhir di London pada 22 April 2019.
Syarat berkenaan antara kriteria yang perlu dipenuhi Siti oleh pihak penganjur konsert, Shiraz Projects Sdn Bhd.
"Kami telah menyediakan jadual latihan untuk Dato Siti menjalani senaman dan diet agar beliau dapat turun berat badannya sehingga 55 kg," ujar Penerbit Eksekutif Shiraz, Encik Shirazdeen Karim.pada sidang media mengumumkan konsert jelajah Siti di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur petang semalam.
Pun begitu menjawab harapan Shirazdeen, Siti memaklumkan akan berusaha menurunkan berat badan sekurang-kurangnya pada paras 60 kg,
"Siti perlu mengamalkan senaman dengan menggunakan baju seperti jenis skuba yang mempunyai titik-titik elektrik yang mampu memberikan tekanan kuat pada tubuh badan," ujar Siti yang kini masih mempunyai berat badan 70 kg.
Selain itu kata Siti, beliau perlu menjaga soal pemakanan serta kesihatan agar tampil segar menjelang konsert.
Beberapa syarat lain yang dikenakan pihak penganjur termasuk latihan vokal yang perlu dijalani Siti daripada seorang guru vokal dari Amerika Syarikat, Stephanie Fisher yang pernah membimbing beberapa penyanyi popular antaranya seperti Alicia Keyes.
"Ini pertama kali sebenarnya Siti perlu menjalani latihan vokal daripada seorang guru sebelum konsert. Biasalah dah lama tak bernyanyi jadi sudah tentu latihan vokal ini baik supaya Siti dapat pelajari teknik vokal yang betul," jawab Siti berhubung latihan vokalturkan penganjur.
Dengan kos perbelanjaan sebanyak RM10 juta, konsert jelajah Siti Nurhaliza ini bakal berlangsung selama lebih kurang 2 jam dengan persembahan terbahagi kepada empat segmen meliputi etnik/tradisional, balada, carta unggul dan 'unplugged' waima seramai 30 pemuzik di bawah bimbingan Aubrey Suwito akan mengiringi persembahan Siti, termasuk tiga pemuzik antarabangsa,
Dalam kesemua konsert jelajah, Siti bakal mengundang penyanyi lelaki Indonesia, Tulus di mana gabungan suara kedua diva ini akan menghasilkan momen yang ajaib.
"Siti memang ada perancangan untuk berduet dengan Tulus," ujar SIti yang akan turut menari pada beberapa buah lagu diiringi 12 penari..
Sementara itu, Shirazdeen turut memaklumkan bahawa sepanjang tempoh konsert pihaknya akan melakukan penggambaran bagi sebuah filem dokumentari berjudul "They call me Siti" (Mereka panggil saya Siti... seorang wanita, dua dekad seni, beribu perjalanan).arahan Anusha Peterson.
"Filem dokumentari berkenaan akan membawa penonton menyaksikan perjalanan di belakang tabir Siti Nurhaliza antaranya seperti bagaimana dalam kesibukannya Siti menjaga buah hatinya, Siti Aafiyah dan menjalani latihan tari, muzik, fitness sehingga ke setiap lokasi konsert berlangsung," Shirazdeen membayangkan.
Menurutnya, filem dokumentari tersebut dijangka ditayangkan di layar perak pada pertengahan tahun hadapan.
Apa lagi keistimewaan yang disediakan kepada penonton?
Melalui tiket paling tinggi berharga RM1,295, seramai 100 orang peminat berpeluang mendekati Siti dalam sesi 'Meet & Greet' sehari selepas konsertnya berlangsung malah 10 pembeli bertuah berpeluang bersama Siti di belakang pentas.
Harga tiket seterusnya meliputi:
Berlainan pada lagu-lagu yang akan dibawa pada setiap konsert jelajah, Siti berkemungkinan membawa sebuah dua lagu Inggeris khususnya pada konsert yang bakal diadakan di Royal Albert Hall, London yang dijangka berlangsung pada 22 April 2018.
"Itulah tarikh yang diberikan oleh pihak di London dan jika segalanya berjalan lancar konsert jelajah di London akan menjadi kenyataan sekali gus mengembalikan nostalgia konsert pertama saya di sana kira-kira 30 tahun lalu," kenang Siti.
Tiket-tiket akan mula dijual pada 26 Disember ini melalui laman web www.myticket.asia atau tiket hotline 03-86050196 dan 012-3695457.
Penganjur mensasarkan kapasiti penonton menjangkau jumlah 24,000 orang pada kesemua empat konsert yang bakal dianjurkan. Info lanjut boleh layari facebook dan Instagram Shirazprojects.
#sitinurhalizaontour
Kak Fas: Dah lama sebenarnya tidak menyaksikan konsert Siti mahu pun bertemu dengannya yang Kak Fas kenali sejak semasa menjadi Editor Majalah HAI. Teringat membuat temuramah perbualan dengan Siti melalui telefon ketika beliau baru berkecumpung dalam industri dengan lagu "Jerat Percintaan".
Tetapi mungkin Siti dah lupa kut... ya lah masa itu usianya baru 16 tahun.
Setelah lama berehat sejak memperoleh cahaya mata, sudah tentu Kak Fas dan peminat SIti mahu melihat Siti kembali beraksi di pentas apatah lagi konsert kali ini dibimbing kalangan profesional antarabangsa menjadikan 'Konsert Dato Sri Sti Nurhaliza on Tour' untuk tahun 2019 nanti sebuah konsert bermutu bertaraf dunia.
Tahniah SIti!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan