SYAMPU KERING COLAB WARNA-WARNI, TRENDY
Begitulah yang dapat Kak Fas simpulkan pada acara memperkenalkan syampu kering 'Colab" atau 'Colab Dry Shampoo' yang kini sudah pun berada di pasaran Malaysia.
'Colab Dry Shampoo' yang telah memenangi beberapa anugerah di United Kingdom merupakan syampu kering ciptaan sepasukan pakar kecantikan, termasuk sentuhan dari blogger antarabangsa, Ruth Crilly sebagai pengasas bersama,
Dan kenapa Kak Fas kata pada awal tadi yang cara pengenalan syampu ini kreatif?
Mana tidaknya, majlis berlangsung di Muzium Selfie di mana melalui 9 bilik yang terdapat di dalamnya setiap daripada bilik-bilik itu dipamerkan satu persatu Colab Dry Shampoo yang hadir dalam 10 varian kesemuanya.
Setiap bilik dihiasi dengan satu varian sesuai dengan pengisian ruang bilik bermula dengan Tropical, Candy, Extreme Volume, Original, Unicorn, Paradise, Fresh, Fruity, Good Vibes dan Active.
Pendekata, jika korang tak sempat nak cuci rambut satu alternatif lain adalah dengan menyemburkannya dengan syampu kering memandangkan fungsinya tidak kurang mampu mengyahkan minyak dan kotoran tanpa perlu membasah rambut.
Caranya hanya semburkan di bahagian kulit kepala bagi menyerapkan minyak pada akar umbi rambut tanpa bimbang meninggalkan residu warna putih sekali gus menyegar dan memberi nutrisi pada rambut. Malah tekstur semburan yang keluar seperti uap membuatkan kepala tidak terasa basah pun.
Menariknya, setiap desain pada botol isipadu 200 ml ini cantik dan trendy sesuai dengan citarasa generasi kini dilengkapi nozzle dan penutup plastik. Contohnya, untuk botol varian 'Fresh Fragrance', ia direka dengan corak ombak laut lengkap dengan lukisan putri duyung dan kuda laut.
Untuk Fresh Fragrance sendiri desainnya seperti gambar ombak laut lengkap dengan gambar putri duyung dan kuda laut, memandangkan bauannya seperti laut dengan wangian lemon dan neroli yang menyegarkan.
Dan gambaran seperti inilah yang direka dalam salah satu daripada bilik hiasan di Muzium Selfie.
Mengambil contoh lain, Tropical Fragrance, memiliki wangian campuran aroma nanas dan papaya dan tampil dalam desain nuansa rona merah jambu dengan motif daun.
Fruity Fragrance pula diformulasi dengan aroma manis dari kombinasi buah epal dan melon dengan rekaan berlatarkan rona kuning dihiasi ilustrasi buah-buahan.
Berbeza dengan dua varian tadi, Colab Active Dry Shampoo + mempunyai wangian yang sedikit maskulin memandangkan ia diperkaya dengan kandungan ekstrak biji moringa yang baik untuk melindungi rambar dari sinar UV dan polusi.
Sebenarnya, setiap satu varian mempunyai keunikan yang tersendiri jadi tepuk dada tanya selera.. bukan selera makanlah tau hihi....
Dengan harga mampu milik iaitu antara RM32.92 sehingga RM37.64, Colab Dry Shampoo ini hanya boleh dibeli di Guardian dan Sogo Malaysia.
Untuk maklumat lanjut boleh layari www.colab-hair.com atau KLIK SINI. Boleh juga semak laman facebook di Colab.Dry.Shampoo dan IG @colabhairmy.

CANDY dan Original (bawah) tidak kurang sedap bau harumannya. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan