Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

WILAYAH TRADE BUKA TEMPAHAN ALAT PEJABAT SECARA ONLINE


TERKEDU!

Satu perkataan yang Kak Fas yakin semua yang hadir di dalam Dewan Besar Sime Darby Convention Centre, Bukit Kiara, di mana berlangsungnya majlis pelancaran laman web Wilayahtrade.com baru-baru ini,  sependapat.

Kenapa Kak Fas berkata demikian?

Sebab mendengar kisah  bagaimana seorang penggali kubur  berjaya membina empayarnya tersendiri sebagai seorang usahawan.

Beliau yang dimaksudkan itu, Encik Mohammad Yussof  Sahib kini mempunyai 11 kakitangan berbanding dua orang sahaja ketika memulakan perniagaan jualan produk dan alat tulis untuk pejabat melalui syarikatnya Wilayah Office Trading.

Tanpa sedikit pun rasa segan atau malu, Mohammad Yussof dalam ucapannya, melahirkan rasa syukur atas perjalanan hidupnya yang bermula sebagai  seorang penggali kubur ke beberapa pekerjaan buruh kasar lainnya sehingga berjaya melngkah pula ke dalam urusniaga siber.

“Kekuatan untuk maju timbul setelah ayah meninggal dunia dan sejak itu kesedaran untuk membina diri menjelma demi keluarga dan ibu yang sudah kehilangan tempat bergantung,” cerita Mohammad Yussof ketika ditemui selesai majlis pelancaran laman web Wilayahtrade.com baru-baru ini.

Pelancaran disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr. Ismail Hj. Bakar.

Menyedari arus pembangunan terkini banyak bergantung pada teknologi baharu dan sosial media, Mohammad tidak teragak-agak mengambil langkah baharu dalam perjalanan bisnesnya yang konventional kepada sistem interaktif dan digital.

Dengan itu lahirlah laman web yang dinamakan ‘wilayahtrade.com” manakala operasi perniagaan masih dijalankan di pejabat Wilayah Office Trading bertempat di Pasar Moden, Gombak, Kuala Lumpur yang ditubuhkan pada bulan Mei 2005.

“Saya perlu mengubah cara perniagaan jika mahu terus relevan dalam industri era teknologi moden ini walau pun masih mengekalkan cara konvensional kerana masih ada lagi pelanggan yang berminat dengan jualan ‘empat mata’,” jelas Mohammad.

Sebelum itu korang pasti nak tahu urusan perniagaan apakah yang dikendalikan oleh Wilayah Trading ini kan?

Wilayah Trading merupakan syarikat  pembekal segala alat tulis pejabat  yang ditubuhkan sejak bulan Mei 2005 di mana antaranya seperti kertas fotostat, cap pejabat, peralatan media, peralatan percetakan dan banyak lagi.

Pendekata, melalui laman web wilayahtrade.com, pelanggan boleh melayari lebih kurang 8,000 produk jualan yang kesemuanya bersangkut paut dengan urusan pembekalan alat pejabat termasuk mesin percetakan  seperti Canon Xerox serta membekalkan toner pencetak pada harga pasaran yang berpatutan.

“Selama ini kami banyak tertumpu pada membekalkan produk kepada sektor Kerajaan dan Swasta, jadi sekarang dengan wujudnya laman web wilayahtrade.com, kami berharap pasaran yang lebih terbuka kepada masyarakat umumnya,” ujar Mohammad.

Pada peringkat awal, bermodalkan wang simpanan sebanyak RM7,000, Wilayah Office Trading bermula dengan bantuan dua orang pekerja sahaja.

Kini, dengan wujudnya laman web berkenaan,  Mohammad  mensasar untuk melipatgandakan penjualan dan mendapat kepercayaan sebagai satu-satunya syarikat bumiputera yang membekalkan peralatan pejabat dengan menyediakan produk berkualiti.

Tambah Mohammad, walau pun ekonomi ketika ini tidak begitu stabil dan banyak juga syarikat yang mengecilkan bilangan kakitangannya namun beliau mengambil langkah tidak membuang walau pun seorang pekerjanya..

“Saya akan kekalkan kesemua kakitangan sebab kami sudah lama bergerak sebagai satu pasukan malah mereka setia dan kekal lama dengan syarikat,” ujar Mohammad yang turut menyampaikan cenderamata kepada beberapa pekerja cemerlangnya.

Sementara itu, sebagai pelan jangka panjang, Encik Mohammad memberitahu, pihaknya mempunyai perancangan untuk mengembangkan laman web wilayahtrade.com  bagi memberi peluang kepada masyarakat Asia melayarinya.

“Segalanya bergantung kepada kesan dan penerimaan orang ramai terhadap laman web yang baharu dilancarkan ini. Banyak lagi sebenarnya yang kami mahu perbaiki namun yang pasti pelanggan tidak akan dikecewakan dengan produk tidak berkualiti kerana kami hanya membekalkan produk tulen dan berjenama sahaja,” jelas Mohammad Yussof sambil menambahkata, pihaknya dijangka menyediakan 10,000 produk jualan dalam talian dalam tempoh terdekat berbanding 8,000 sedia ada sekarang.

Dan bezanya dengan penjualan dalam talian lainnya, produk dari Wilayah Office Trade dijamin rendah harganya daripada pesaing, memandangkan mereka pembekal utama sejak 17 tahun lampau.

“Kami sediakan sebut harga kepada pelanggan malah harga boleh juga dirunding. Segala butir telus dan transparensi tanpa ada harga terselindung,” Mohammad mengakhiri perbualan.

Info lanjut  KLIK SINI.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan