ZAHIRAH MACWILSON TERUJA SWAFOTO GUNA OPPO R17 PRO
Kak Fas rasa baharu je pada bulan September lalu, OPPO melancarkan edisi OPPO F9 'Starry Purple' bersama bintang popular, Ayda Jebat yang berlangsung dalam satu majlis glam di KL Live.
Kini, dalam tempoh singkat hadir pula edisi OPPO R17 Pro yang tidak kurang hebat majlis pelancarannya dilangsungkan pada sebelah malam, namun kali ini diadakan dibahagian 'roof top -wet deck' sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur.
Dan menariknya suasana disirami cahaya gemerlapan daripada menara berkembar Petronas yang tersergam indah sebagai 'backdrop', Sudah tentulah keadaan begini tidak dilepaskan oleh sesiapa termasuk Kak Fas untuk merakamkan gambar kenangan... haha...
Tetapi foto yang paling cantik tentulah gambar rakaman pelakon terkenal, Zahirah MacWilson yang merupakan salah seorang daripada squad selebriti pada majlis pelancaran OPPO R17 Pro ini. Dua yang lain terdiri daripada penyanyi Minchen serta gadis IT Chryseis Tan.
Jadi, apabila berada di majlis begini, sudah tentu Zahirah menjadi tumpuan media dan blogger dengan pelbagai pertanyaan khususnya berkaitan OPPO R17 Pro.
“Saya sentiasa percaya bahawa sebenarnya peminatlah yang mencipta bintang-bintang dan untuk menjadi salah
seorang bintang sememangnya satu pengalaman yang hebat dan saya sangat
bersyukur. Saya tidak pernah mengecewakan mereka untuk berswafoto bersama apatah lagi dengan OPPO R17 yang berupaya mengambil foto dalam cahaya rendah menjadikan ia satu pengalaman
penggambaran yang sempurna. Terima kasih kepada bukaan pintar
f1.5/f2.4 dan penfokusan pada peggambaran mod ultra night. Saya boleh mengambil
gambar-gambar yang baik tanpa perlu risau tentang betapa gelap keadaaan
sekeliling," ujar Zahirah.
Membawakan elemen bintang ternama beliau dalam
pelancaran kali ini, Minchen pula melahirkan keterujaan tentang reka bentuk
canggih dan teknolgi terkini OPPO R17 Pro, terutamanya dengan pengecasan laju SuperVOOC
yang akan memasuki pasaran.
“Kerjaya
saya memerlukan saya untuk sentiasa bergerak terutamanya untuk membuat
persembahan dan menghadiri majis-majlis malah pada masa yang sama juga saya perlu
sentiasa berhubung dengan pasukan, peminat-peminat dan keluarga, Kadang-kadang agak mengecewakan bila saya
tidak mempunyai masa untuk menunggu telefon dicas sepenuhnya tetapi
dengan pengecasan laju OPPO SuperVOOC, pengecasan dari 0-40% cuma mengambil masa 10
minit. Ini memang hebat kerana sekarang saya sentiasa dihubungkan dan tidak
perlu risau tentang kehabisan bateri!”
Dengan kemunculan gabungan bintang-bintang dan
personaliti-personaliti elit berkenaan, William Fang, Ketua Pegawai Eksekutif OPPO
Malaysia mempunyai alasan kenapa OPPO memilih mereka. Katanya:
“OPPO sangat teruja untuk bekerja dengan seleriti-selebriti
ini kerana mereka mewakili falsafah jenama kami. Mereka dikagumi oleh jutaan
rakyat Malaysia dan disebalik kesibukan mereka, kita masih dapat melihat keceriaan
mereka berinteraksi bersama para peminat. Ini yang membuatkan kami tertarik
kepada mereka, dalam usaha berterusan kami menjadikan para pelanggan keutamaan
kami. Setiap dari rekaan kami mempunyai keunikan tersendiri yang didatangkan
dengan revolusi teknologi ekslusif untuk peminat-peminat, OPPO R17 Pro adalah
telefon pintar yang menggabungkan nilai estetik tinggi dan seni pertukangan
terkini.”
OPPO R17 Pro sudah sedia ditempah bermula dari 23
November 2018 lalu. samada di Kedai-kedai
Konsep Rasmi OPPO atau dari kedai-kedai pengedar sah ataupun melalui
laman web e-dagang Lazada, 11Street dan Shopee.
Para pengguna
juga boleh terus ke Celcom Blue Cube, Senheng dan senQ sebagai pilihan. Bagi
setiap tempahan, para pelanggan menerima seutas Olike Neo Sportband
bernilai RM389 secara percuma. Bagaimana pun, harga jualannya adalah RM2,699!
Maklumat lanjut:
Maklumat lanjut:
OPPO Official Website:
|
https://www.oppo.com/my/smartphone-r17-pro/
|
OPPO Official Facebook Page:
|
https://www.facebook.com/malaysiaoppo/
|
Senheng Pre-order link:
|
http://bit.ly/2qQD8qA
|
senQ Pre-order link:
|
http://bit.ly/2KcLUYI
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan