BERBELANJA DI AVENUE K, MENANGI HADIAH LUMAYAN
Jika tahun Lulu pusat membeli-belah terkenal, Avenue K menyambut Tahun Baru Cina dengan tema "Blooms of Grandeur' yang dipenuhi aneka bunga-bungaan, tahun ini rona merah sorta bunga-bunga yang mekar tetap mewarnai ruang Atriumnya.
Kali ini pengunjung akan terasa lebih gah apabila sebuah istana imperial Maharaja CIna dibina dengan cukup indah sekali dikelilingi hiasan tanglung serta bunga-bungaan Peony.
Bertemakan 'Imperial Blossoms' persekitaran istana raja menjadi taman pasar flora dengan pelbagai gerai jualan produk yang lazimnya menjadi pembelian kaum Cina menyambut tahun baru mereka yang jatuh pada awal Februari depan.
Merenung ke lèlà ngit, hiasan juraian tanglung dengan penataan cahaya menambahkan lagi seri keseluruhan suasana persekitaran malah menambahkan mood untuk membeli-belah.
Ibarat berada di dalam sebuah taman syurga gayanya, Avenue K turut mempelawa pengunjung untuk melangkah masuk ke dalam 'Ustana' bagi melihat kamar belajar traditional yang dilengkapi dengan hiasan oriental dan artifak melambangkan kemegahan zaman kegemilangan pemerintahan Maharaja Cina.
Kak Fas yang berada di majlis pelancarannya baru-baru ini pun terpegun melihat keindahan senibina istana dan hiasan sekeliling, Terus tidak melepaskan peluang merakamkan foto hihi...
Pada petting itu, majlis superti kebiasaannya didahului dengan ucapan oleh Timbalan Pengurus Besar Avenue K, Puan Phang Sze Sze yang tidak ketinggalan mengumumkan beberapa insentif serta aktiviti-aktiviti yang dikhaskan untuk pembeli.
Antaranya, setiap pengunjung yang berbelanja dengan inlay pembelian RM288 (RM 200 untuk pemegang kad keahlian AK Neighbours atau Kad Debit/Kredit HSBC) dan keatas dalam satu (1) atau maksimum dua (2) resit, mereka berhak mendapatkan sarung Ang Pow eksklusif.
Dan bagi yang berbelanja dari RM488 (RM388 untuk pemegang kad keahlian AK Neighbours atau Kad Debit/Kredit HSBC) dan keatas dalam satu (1) atau maksimum dua (2) resit berpeluang untuk memenangi hadiah bernilai sehingga RM60,000 dalam permainan 'Prosperity Wheel of Fortune' yang menawarkan hadiah menarik seperti pakej percutian untuk dua (2) orang ke rangkaian pusat peranginan Club Med di Cherating, Bali, Phuket dan Maldives atau Dinner In The Sky.
Selain itu, pembeli boleh menyertai peraduan 'Spot The Missing Zodiac' di Facebook di mana 5 pemenang bertuah bakal dipilih untuk memenangi baucar tunai bernilai RM100 setiap satu.
Lebih menarik, sebagai langkah memudahkan pengunjung membeli-belah pihak pengurusan Avenue K telah bekerjasama dengan Grab di mana potongan RM10 kepda 1,000 pengunjung pertama diberikan untuk perjalanan pergi balik. Mereka yang perlu membuat penebusan dengan menaip kod Grab 'AKCNY19' .
Dalam pada itu, bagi yang berada di Kuala Lumpur dan tidak pulang ke kampung atau sebaliknya boleh datang ke Avenue K pada 12 Februari 2019.
Kenapa tarikh itu?
Pada hari berkenaan, pengunjung akan diberikan buah limau Mandarin daripada mulut tarian Naga sebagai tanda menjemput kekayaan, kebahagiaan dan panjang umur.
Dan memandangkan Hari Kekasih (Valentine's Day) jatuh dua hari kemudian, Avenue K tidak ketinggalan menyambutnya dengan menghadiahkan sepasang kek cawan yang dihiasi indah oleh Bisou Cupcakes kepada 50 pengunjung pertama yang berbelanja dengan nulai belian RM120 dalam 1 resit pada 14 Februari 2019 berkenaan.
Dalam usana merealisasikan program tanggungjawab sosial korporate (CSR), Avenue K turut meraikan 20 warga emas dari Rumah Orang Tua Ampang di mana mereka diberikan 'angpau' nalah dihiburkan oleh penyanyi Chan Ai Chia yang mendapat jolokan Teresa Tang Malaysia sebelum dibawa makan malam ke The Chicken Rice Shop.
"Tahun baharu Cina membawa maksud sambutan penyatuan dan kemakmuran. Hari ini juga merupakan hari dimana kita memastikan agar setiap mereka yang kurang berkemampuan tidak ketinggalan bagi meraikan kemeriahan tahun baru," ujar Phang Sze Sze.
Sepanjang tempoh kempen bermula 7 Januari lalu hingga 19 Februari 2019, pengunjung bakal dihiburkan dengan persembahan artistik serta pertunjukan budaya yang menarik.
Tidak dilupakan buat kanak-kanak yang mengiringi itu bapa masing-masing, satu bengkel bertemakan Tahun Baru Cina seperti 'Chinese Rattle Drum Making' dan 'Water Art Painting' disediakan.
Sambil anak-anak melukis, ibu bapa boleh berhibur dan mengambil bahagian dalam sesi tarian klasikal rakyat atau pun bermain alatan muzik fusion.
Jika anda nak tahu aktivt harian dan info lanjut, boleh ajukan emel ke marketing@avenuek.com.my atau layari www.avenuek.com.my. Maklumat juga boleh diperoleh melalui laman facebook @AvenueKMY.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan