BUTIK 'AZAMMOFF" TAWARKAN FESYEN EKSKLUSIF MAMPU MILIK
Kak Fas jarang ‘shopping’ di sekitar Shah Alam waima tinggal pun di Kuala Lumpur yang merupakan kota ‘syurga’ membeli-belah.
Apa sahaja yang dihajatkan kota kosmopolitan ini memilikinya, lebih-lebih lagi di KL terdapat pusat membeli-belah terkenal antaranya seperti KLCC, Pavilion, Berjaya Times Square dan banyak lagi.
Jadi sudah tentu Kak Fas jarang ke Shah Alam hanya kerana nak shopping.
Kak Fas hanya ke Shah Alam untuk ke rumah anak yang tinggal di kawasan Ken Rimba ketika itu, jadi sekali sekala ikut anak menantu ke kedai-kedai berdekatan Seksyen 7 samada untuk mencari restoran atau sekadar menjamu mata.
Dan kebetulan pula apabila melalui Jalan Plumbum P7/P, Seksyen 7 yang berdekatan Jakel, mata Kak Fas terpandang sebuah papan tanda butik “Azammoff” lalu menolehkan pandangan ke ruangan dalamannya.
Melihat dari luar kaca butik, Kak Fas rasa teruja ujtuk melangkah masuk apabila melihat hiasan dalaman serta susun atur baju-baju di rak nampak menarik.
Lebih melonjakkan hati Kak Fas untuk masuk apabila melihat fesyen baju yang dipamerkan kelihatan cantik dan eksklusif. Jadi untuk memuaskan penafsaran Kak Fas sekadar jamu mata pada langkah pertama memasuki “Azammoff”.
Kali kedua, “Azammoff” muncul dalam pemikiran apabila Kak Fas ingin mencari baju untuk majlis perkahwinan anak yang dilangsungkan di Glasshouse, Seputih, KL tahun lalu. Dan tentu sekali, kali ini, ada baju yang berkenan di hati. Tiga pasang baju kurung moden sama desain menjadi pilihan untuk anak menantu menyambut tetamu.
Sejak itu, pendekata, setiap kali berkunjung ke Shah Alam, Kak Fas pasti akan singgah seketika ke Azammoff untuk melihat koleksi terbaharunya.
Dan baru-baru ini Kak Fas berkunjung sekali lagi ke butik Azammoff untuk mencuba pula perkhidmatan tempahannya dengan membawa kain lace sendiri bagi mendapatkan rekaan baju pengantin untuk bakal menantu.
Kunjungan kali ini dianggap paling bertuah apabila pemilik butiknya, En. Azam Osman turut berada di situ. Jadi apa lagi bila bos ada sekali, bolehlah minta diskaun menarik ya tak? hihi....
Orangnya kacak dan tak ubah seperti seorang artis gayanya. Wajahnya seperti pernah kulihat, hati Kak Fas berbisik dan beliau juga berpendapat sama tentang Kak Fas.
Sambil berborak dan mengenali ikeperibadian masing-masing akhirnya termeterai pula hubungan untuk bekerjasama dan tercetuslah idea untuk memperkenalkan “Azammoff’ ke mata pena pihak bloggers.
Atas persetujuan bersama Kak Fas memperkenalkan empat orang bloggers sebagai langkah awal untuk mempromosikan “Azammoff” dalam arena atau platform sosial media.
Sebelum Kak Fas bercerita panjang, mesti korang nak tahu kan bagaimana tercetusnya “Azammoff” ini?
Bermula dengan berniaga borong sekitar Masjid India, Azam yang sebenarnya berkelulusan dalam jurusan Kewangan (Finance) dari UiTM beralih ke bidang fesyen apabila minatnya terhadap tekstil dan fesyen membara di jiwa.
“Saya mahu mencabar diri untuk melakukan sesuatu yang lebih komersil dan trendy mengikut arus pembangunan dan tidak mahu terhenti setekat usahawan pemborong,” Azam memulakan dairi kehidupan kerjayanya.
Seperti namanya sudah tentu Azam berazam untuk melangkah lebih jauh dengan impian untuk memperkenalkan jenama tempatan yang setanding nama-nama terkenal antarabangsa.
Lahirnya label “Azammoff” tercetus daripada gabungan namanya Azam dan penghujungnya dicantikkan lagi dengan huruf ‘moff”.
“Pada mulanya saya mahu namakan Azamos mengikut nama saya Azam Osman tetapi nama itu tidak dapat didaftarkan dalam emel, jadi teringat jenama “Davidoff” yang memang saya suka, maka lahirlah Azammoff,” cerita Azam senyum.
Lagi pun katanya, beliau mahu mencari satu nama yang bersifat global dan senang di bawa ke peringkat antarabangsa kelak.
Daripada empat pekerja sehingga ke bilangan 12 orang kini, “Azammoff” dicetuskan dengan konsep butik berfesyen moden kontemporari bagi golongan wanita mahu pun lelaki yang berpendapatan ‘medium to high”.
Fahamkan? Maksudnya untuk wanita dan lelaki berkerjaya, eksekutif mahu pun yang inginkan koleksi fesyen eksklusif pada harga mampu milik.
Memang benar, Kak Fas tertarik dengan koleksi Azammoff bukan sahaja disebabkan oleh harganya berpatutan sekitar RM199, RM299 atau RM399 (bergantung pada fesyen/kain) tetapi kualiti dan fesyennya ‘up to date’ .
Bukan mudah sebenrnya nak cari fesyen terkini yang berharga berpatutan malah lebih menariknya koleksi ‘ready to wear’ yang dijual tidak berlambak.
“Setiap satu desain itu kami terhad kepada kira-kira 10 pasang sahaja bagi setiap saiz XS ke XL, “ tambah Azam yang mengimpot koleksi berkenaan dari China.
Menariknya, selain baju-baju siap jenis kain kapas dan linen untuk lelaki dan wanita, Azammoff turut bersedia menerima tempahan untuk baju pengantin atau apa sahaja dikehendaki pelanggan. Juga ada buttang baju melayu, stokin hingga samping, tengkolok dan sebagainya. Semuanya di bawah satu bumbung, jadi korang tak perlu lagi ke butik lain. Mudah kan?
“Kami mempunyai pereka fesyen yang boleh membantu pelanggan cipta gaya yang diinginkan dengan upah yang berpatutan,” sambung Azam sambil memberitahu pihaknya turut menyediakan khidmat pesanan dari rumah atau pun pihak korporat.
Jika korang nak dapatkan nasihat daripada tuanempunya diri harus ke butik pada hari Sabtu, Ahad dan Selasa sahaja apabila Azam berada di sana. Pada hari selebihnya, Azam sebuk di luar melayan para pelanggan yang mahukan khidmat privasi di rumah atau pun di tempat kerja terutama apabila melibatkan tempahan korporat.
Senang kan? Kalau korang sebuk dan tidak dapat ke butik boleh sahaja telefon Azam untuk datang ke rumah.
Kak Fas memang rekomen korang tinjau butik ini apabila berada di Shah Alam tau! Pasti tak akan keluar dengan tangan kosong.
Bagi kaum lelaki, ada banyak pilihan juga. Koleksi di bawah label “Bespoke” by Azammoff sendiri dengan logo ‘bow tie’ merah yang comel boleh dijadikan cenderahati atau untuk diri sendiri. Packagingnya pun ada nilai antarabangsa. Kira tak malu lah pakai buatan tempatan ini.
Daripada membeli harga mahal dari jenama lain, eloklah beli dari Azammoff yang kualitinya setanding dan eksklusif sejajar dengan taglinenya, ‘a touch of soul in every design’ (sentuhan jiwa dalam setiap desain’.
Bakal-bakal pengantin pun elok cuba tempah di sini sebab jahitannya nampak halus dan kemas malah Azammoff juga mampu menjahit suit serta ‘coat’ bagi lelaki atau kanak-kanak yang mahu bergaya ala Inggeris gitu!
Antara artis terkenal yang Kak Fas tahu ada membuat tempahan sepasang sut serta mendapat penajaan Azammoff adalah Raja Pop, Dato Jamal Abdillah.
Jika korang ada menonton Konsert Duo Lagenda yang berlangsung di Istana Budaya baru-baru ini, pakaian sut Jamal rona merah direka oleh Azammoff tau!
Selain itu, tempahan baju Melayu untuk lelaki pun setanding dan berkualiti dengan tempahan dibuat jika ke kedai jahitan popular lain malah murah you alls….
Seronok sebenarnya berbual santai dengan Azam yang bukan sahaja cepat mesra malah mempunyai pemikiran yang positif dalam soal perniagaan.
Lapan tahun dalam industri fesyen dan tekstil sudah tentu membuatkan jejaka berbintang Libra ini melalui pahit manis berniaga mahu pun melalui risiko kerugian.
“Saya amalkan berniaga seperti kaum Tionghua yang bekerja keras untuk maju sambil menitikbebertkan kebajikan pekerja dan yang penting memuaskan hati pelanggan,” ujar Azam yang memulakan perniagaannya dengan modal RM1 juta.
AZAM akan memeriksa tempahan setiap pelanggannya bersama Pereka Fesyennya, Akbar. |
TIDAK teragak2 untuk membantu pelanggan yang memerlukan nasihatnya. |
Sebagai langkah perkembangan, Azam mempunyai perancangan untuk mengembangkan penjualan label Azammoff ke platform ‘online’.
“Biarlah saya establish dulu dengan satu butik ini di Shah Alam, inSyaAllah jika dah stabil bolehlah saya fikirkan untuk melihat terokai pasaean ke luar negara,” jawab Azam berkaitan pelan masa hadapannya.
Kak Fas yakin keazaman yang diperlihatkan Azam akan membawa kejayaan cemerlang buat Azammoff pada masa hadapan.
Jika korang masih ragu-ragu dengan cerita Kak Fas ini eloklah korang pergi sendiri dan melihat apa yang ditawarkan dalam sebuah butik secomel Azammoff yang terhimpit di antara butik-butik ternama lainnya seperti antaranya Jakel mahu pun butik Creazion oleh Dato Siti Nurhaliza, mahu pun gedung Jovian Mandagie yang berada tidak jauh dari situ.
“Bagi saya persaingan itu perlu untuk kita memberikan yang terbaik dan bukan meniru konsep orang lain dan merendahkan harga serta kualiti semata-mata mahu memancing atau mencuri pelanggan dari pesaing. Saya mahu dikenali dan diterima ramai kerana label Azammoff dan bukan untuk bersaing dengan sesiapa,” akhirinya usahawan muda ini.
Untuk melihat dan mendapatkan informasi lanjut koleksi Azammoff boleh layari di platform sosial medianya di laman Instagram @azammofofficial dan facebook azammoff atau buat pertanyaan kepada Encik Azam sendiri melalui emel Azammoffsb@gmail.com.
RUANGAN untuk berbincang dengan pelanggan disediakan dalam sussana cosy. |
SIla lihat butirannya di bawah ini:
Instagram : https://www.instagram.com/azammoffofficial/
Alamat :
Azammoff , 18 , Jalan Plumbum P7/P,
Commercial Centre Section 7, Shah Alam, Selangor.
Telefon: 03-5511 6200.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan