Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

'DARI CHEROK TOK KUN KE GOMBAK' 22-23 MAC


Melihat pada tajuk ni “Dari Cherok Tok Kun ke Gombak” korang rasa apakah genre atau mesej yang ingin disampaikan melalui teater ini?

Tetapi jika korang tatap posternya yang dibarisi wajah-wajah pelakon dan pelawak popular antaranya seperti Ropie, Kumpulan Kiut, Bell Ngasri, Mamak Putih, Ali Puteh, Abu Mamu, Abang Gee dan Lanun, sudah tentu korang dapat meneka jenis persembahan teater ini kan?

Benar… ia teater komedi tetapi komedi seram anti-dadah.  Dah tu kenapa pula seram?

Seram sebab mengambil dadah itu kan berbahaya sehingga boleh membawa maut… kan seram itu kalau sesiapa terlibat dengan najis dadah…. Setuju kan?

Soalnya apabila sekumpulan pelawak hebat dikumpulkan sekali dalam satu pementasan, bagaimana pengarahnya, Hasrol Hisham Mohd Hassan mahu mengawal situasi agar lakonan setiap seorang benar-benar menepati harapannya?

“Saya memberikan kelonggaran kepada mereka untuk 'ad-lip' asalkan tidak lari daripada jalan cerita, kalau silap sikit pun tak apa sebab itu yang realitinya dan akan membuat orang ketawa, “ jawab Hasrol atau lebih dikenali dengan panggilan Lanun dari Resdung Entertainment pada sidang media ‘Teater Komedi Anti-Dadah: Dari Cherok Tok Kun ke Gombak yang berlangsung di Blackbox, SACC Mall, Shah Alam baru-baru ini.

Turut hadir pada majlis berkenaan pihak-pihak  penganjur diketuai oleh Encik Syahrizal Ismail, Pengarah Urusan Atlas One dengan kerjasama  Pengarah Pementasan & wakiil Resdong Entertainment, Encik Hasrol Hisham Mohd Hassan serta Setiausaha Kehormat Pemadam Negeri Selangor, Encik Daing Muhammad Reduan dan Encik Nakshahbandi Sahar, Setiausaha Kerja Pemadam Negeri Pulau Pinang. Dan bersama mereka Encik Ahmad Nazmi Razali selaku Pengerusi Kelab Rekreasi & Kebajikan Seksyen Pihak Berkuasa Tempatan.

Lebih menarik lagi barisan pelawak popular yang Kak Fas nyatakan tadi turut mendapat sokongan dua artis terkenal yang buat pertama kalinya mencuba berlakon teater iaitu Juara Gegar Vaganza 2016, Azharina Azhar serta kakak penyanyi Ella, Jojie Aminuddin yang juga bertindak sebagai pengurus Azharina. Turut diperkenalkan pelakon baharu, Dylea.

Ditanya bagaimana Azharina boleh terlibat dalam pementasan sedangkan sebelum ini belum pernah berlakon teater?

“Nina  suka mencabar diri sendiri untuk melakukan sesuatu yang belum pernah dilakukan dan memandangkan ini teater komedi, Nina  rasa tidak begitu berat untuk mengikut skrip waima pengarah memberikan kebebasan. Kalau salah pun pasti orang ketawa kan,” jawab Azharina yang membahasakan dirinya Nina.

Menurut Azharina, beliau tertarik untuk berlakon teater anti-dadah ini kerana sering terlibat dengan AADK menjelajah  serata tempat memberi ceramah kepada mangsa dadah.

Pada teater itu, Azharina dijangka menyampaikan sebuah lagu yang masih belum difikirkan lagi namun kata penyanyi itu ia sebuah lagu yang tidak kurang mempunyai mesej kepada penonton.

“Nina masih belum mendapat skrip cerita jadi masih belum diberitahu berapa kali keluar masuk pentas cuma masalahnya Nina risau kena belajar loghat Kedah ini,” tambahnya yang berasal Sabah.

Seperti Azharina, Jojie turut memberikan pandangan sama sekali gus menafikan pemilihannya dalam berlakon teater berkenaan hanya kerana suaminya, Syahrizal Ismail  terlibat sebagai penganjur utama.

“Jojie dah lama tak berlakon dan peluang ini Jojie ambil untuk mengasah semula bakat lakonan yng sudah lama terpendam. Lagi pun macam kata Azharina, tidak sukar untuk berlakon dalam teater komedi sebab tidak perlu 100 peratus ikut skrip. Pengarah memberikan kelonggaran asalkan tidak lari dari tajuk,” jawab Jojie.

Jika korang nak tonton teater komedi seram ini dan melihat kesan lakonan Jojie atau pun Azharina , jangan lupa tandakan kalendar pada 22 dan 23 Mac 2019 di Teater Shah Alam, bermula pukul 8.30 malam.

Tetapi kenapa Shah Alam ek bukan kat Gombak seperti tajuk teater?

Jika itu persoalannya, ini jawapan Syahrizal:

“Sebenarnya pada awal dahulu ketika kami bertemu dan berbincang ia berlangsung di Cheruk Tok Kun dan kemudiannya apabila pertemuan seterusnya dibuat ia berlaku pula di Gombak, jadi timbul idea untuk menamakan teater ini ‘Dari Cheruk Tok Kun ke Gombak” sebab cantik juga nama itu.”

Haa… itu dia jawapannya, jadi tiada kaitan dengan elemen poitik tau sebab ia lah kan salah seorang daripada tokoh politik negara berasal dari Cheruk Tok Kun. SIapa? Fikir-fikirlah sendiri ya haha…

Apa pun pihak penganjur jamin korang tidak akan kering gusi menontonnya apatah lagi ramai pelawak-pelawak hebat berada di pentas, pasti gamat jadinya.

Tiket-tiket pun mampu milik iaitu RM60 (tiket biasa) dan RM120 bagi tiket VIP yang akan disertakan dengan baju T istimewa,

Kisahnya mengenai sekumpulan penduduk Cheruk Tok Kun, Pulau Pinang,  telah menerima jemputan uintuk mengadakan persembahan boria bagi majlis menyambut sekumpulan delegasi dari Jepun di Gombak, Selangor.

Jadi sepanjang proses latihan ke arah itu, pelbagai masalah timbul memandangkan Tukang Karut mereka merupakan seorang penagih dadah yang mempunyai masalah disiplin. Dan dalam masa sama pula, tempat latihan sering diganggu dengan kehadiran makhluk asing.

Korang boleh bayangkan tak apa yang berlaku? 

Eloklah korang sendiri menontonnya bagi mengetahui apa kesudahan rombongan Cheruk Tok Kun ini. 

Berjaya kah mereka membuat persembahan tersebut dan apakah cabaran yang dilalui? 

Tiket-tiket boleh diperoleh dengan menghubungi talian 010 7616844, 012 5618434, 012 250 0101 atau ajukan pertanyaaan ke laman www.atlasonevents.com.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan