"PETTA" FILEM TERAKHIR RAJINIKANTH? TERBAIK!
Kak Fas bukanlah peminat tegar filem Tamil berbanding filem
Hindi. Namun apabila filem Tamil berkenaan dibintangi oleh superstar
Rajinikanth, Kak Fas teruja pula mahu menontonnya.
Terakhir Kak Fas tonton lakonan Rajinikanth melalui filem
“Kabali”. Itu pun disebabkan filem itu turut dilakonkan oleh pelakon kita,
Datuk Rosyam Nor dan Norman Hakim waima sebahagian besar lokasi penggambarannya
dilangsungkan di Malaysia.
Pada waktu itu, nak tengok bagaimana lakonan kedua-dua hero Malaya kita itu. Namun dalam masa sama amat tertarik dengan lakonan mantap pelakon utamanya, Rajinikanth.
Jadi, sejak itulah mulanya Kak Fas mula meminati lakonan Rajinikanth. Patutlah setiap kali kelibat superstar ini muncul di layar perak riuh rendah pawagam dibuatnya dengan siulan dan tepukan penonton huhu. Apatah lagi bila Rajinikanth menyapu remos rambutnya haha..
Malah pada masa tu promosi filem pun hebat.. jadi Kak Fas terpanggil untuk
menontonnya di pawagam di Taiping ketika Kak Fas pulang ke kampung.
Selalunya bila balik kampung lah ada masa sedikit untuk
merehatkan minda dengan melayan filem-filem tempatan di pawagam.
Sejujurnya bila pertama kali menonton lakonan Rajinikanth
ini memang Kak Fas ‘jatuh cinta’. Bukan jatuh cinta dengan Rajinikanth tau…
haha.. tetapi jatuh cinta dengan kemantapan lakonannya walau pun sudah berusia.
Bayangkan lelaki yang boleh dianggap sebagai golongan warga emas ini masih mampu beraksi pantas malah gayanya tidak ubah seperti lelaki muda yang
bertenaga.
Apabila mendapat pertanyaan daripada rakan blogger yang dah
lama Kak Fas tak jumpa, iaitu Misz Ella yang bertanya samada Kak Fas berminat
atau tidak menonton ‘Petta”… Kak Fas terus bersetuju tanpa berfikir panjang.
Ya lah… nak tengok lagi lakonan Rajinikanth sejak terakhir
menontonnya dalam ‘Kabali’ pada 2017.
Dan selama lebih tiga jam duduk di panggung tidak terasa
detik waktu berjalan pantas iaitu sepantas gerak aksi yang ditonjolkan
Rajinikanth melalui wataknya, Kaali aka Petta Velan.
Sambil menonton aksinya yang kadangkala mendebarkan dan pantas, begitu pantas dan laju juga ‘pop corn’ di tangan Kak Fas masuk ke mulut…. Haha..
Kak Fas percaya emosi penonton seperti Kak Fas juga ada turun naiknya. Turun apabila wujudnya
adegan yang terselit elemen cinta serta airmata dan meningkat pabila adegan
tumbuk menumbuk sehingga bunuh membunuh dipaparkan, tidak terbilang
kejutan-kejutan yang membuat jiwa Kak Fas turut melompat huhu..
Walaupun ada sedikit keliru apabila kesinambungan cerita
tiba-tiba diterapkan adegan ‘flashback’ dan ‘flashforward’ tanpa amaran namun
ia tidaklah membuat penonton terus pening.
Maklumlah, penonton bukan Tamil contohnya perlu membaca alih
bahasa yang begitu cepat hilangnya, mana nak tengok babak lakonan, nak baca subtile lagi dan
sebagainya tentulah konsentrasi pun agak kacau.
Kak Fas rasa perlu menonton sekali lagi untuk benar-benar
dapat menghadam mesej di sebalik filem “Petta” ini.
Sungguh pun dendam kesumat menjadi pokok cerita dan sesuatu
yang tidak dibenarkan oleh umat
Islam namun biarlah Kak Fas memberikan
korang sendiri untuk memberikan ‘judgement’nya ya!
Tidak dapat dibayangkan jika berada di situasi dimana
seluruh keluarga anda terkorban akibat kejahatan kaum keluarga sendiri apa
tindakan waras yang perlu diambil?
Teringat pula Kak Fas kepada watak ‘Robin Hood” yang mencuri
untuk memberi kepada fakir miskin.
Kak Fas rasa semua akui bahawa setiap manusia yang waras ada
tersimpan perasaan dendam. Cuma dendam bagaimana yang menjadi persoalannya.
Mampukah kita
memaafkan orang yang kita dendamkan itu kerana memaafkan adalah satu daripada
sifat mulia yang dituntut Islam.
Apa pun rasionalnya, tindakan yang diambil oleh Rajikanth
sebagai “Petta” ada motif dan jawapannya tersendiri.
Jadi Kak Fas syorkan anda ke pawagam secepat mungkin bagi
menyaksikan apa kesudahan dendam yang membara di dalam hati ‘Petta”?
Mampu kah
dia membelakangi undang-undang dan mengambil tindakan sendiri?
Segalanya akan terjawab jika anda menonton “Petta” yang kini
sedang ditayangkan di 135 buah pawagam seluruh Malaysia dengan tayangan
serentak bermula 10 Januari lalu di seluruh dunia melibatkan lebih 22 buah
Negara.
Khabarnya, filem ini telah mengutip jualan USD550,000 dalam
tempoh 3 hari tayangan di Amerika Syarikat.
“Kami sasarkan lebih kurang RM30 juta berjaya di peroleh
melalui tayangan di Malaysia sahaja,” ujar Ketua Pegawai Eksekutif Malik
Streams Corporation, Datuk Abdul Malik Dashthigeer.
Majlis tayangan khas untuk VVIP yang berlangsung di GSC My
Town, Cheras turut dihadiri barisan artis tempatan antaranya, Norman Hakim
(yang pernah membintangi filem “Kabali), Datuk Jalaluddin Hassan, Jasmin
Hamid, Zizi Kirana, Syamel serta dua
orang penyanyi baharu, Azwan dan Mu’adz, yang bertanggungjawab menyanyikan lagu
cover daripada filem Petta berjudul ‘Ulala”.
AZWAN dan Mu'adz ketika melancarkan lagu cover "Ulala" baru-baru ini. Turut hadir Fazura. |
“Petta” edaran Malik Streams Corporation yang ditulis dan
diarahkan oleh Karthik Subbaraj, hasil keluaran Sun Pictures turut dibintangi
Vijay Sethupathi, Simran, Trisha, M. Sasikumar, Nawazuddin Siddiqui, Bobby Simha. J Mahendran dan Guru
Somasundaram.
Kak Fas – Turut terpesona dengan sinematografi filem ini
yang cantik dan sejuk saujana mata memandang. Akan tonton sekali lagi…! Korang
jangan terlepas ya… sebab memang terbaik!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan