SITI KHADIJAH RAI 10 TAHUN, BERI TELEKUNG PERCUMA
Dah lama sebenarnya Kak Fas mahu mencari pengurusan telekung Siti Khadijah sehinggalah baru-baru ini Kak Fas diberitahu ...ada majlis yang berkaitan.
Mendengar itu, Kak Fas terus membuat pertanyaan dan mendapat respons positif dari Eksekutif PR dan Pemasarannya, Encik Hasif Hilmi dari Siti Khadijah Holding
Hasif melayangkan jemputan untuk majlis sidang media sedekad.com sempena ulangtahun sedekad Siti Khadijah yang berlangsung di Kelab Tasik Putrajaya.
Walaupun dah 'plan' untuk hadir tetapi kita hanya mampu merancang, Allah jua yang menentukannya. Pada hari berkenaan Kak Fas terpaksa batalkan kepergian dek kerana ada tugasan yang perlu diselesaikan di Taiping.
Dengan hati yang berat, Kak Fas terpaksa memberitahu Hasif tidak dapat hadir tetapi memberi jaminan akan hantar rakan seperjuangan untuk membuat liputan. Pun begitu, walau pun berada jauh Kak Fas dapat mengetahui perkembangannya daripada rakan yang hadir.
Dan melihat kepada gambar-gambar yang dimuat naik, Kak Fas amat tertarik dengan telekung terbaharu SK yang bertatahkan swarovski. Sungguhpun nilainya agak tinggi kira-kira RM650 namun Kak Fas yakin kualiti dan jahitan halus yang dititikberatkan jenama SK, berbaloi dengan wang ringgit yang dibelanjakan.
Kan kita harus berpakaian cantik apabila menghadap Allah tak gitu? Jangan rasa rugi duit sedangkan membeli gaun pun mencecah ribuan ringgit... jadi tidak salah berbelanja sedikit untuk telekung yang digunakan lima kali setiap hari.
Selain tertarik dengan telekung terbaharu ini,.. korang mesti nak tahu apakah aktiviti-aktiviti yang diaturkan SK bagi meraikan sedekad ini.
Ya... pelbagai program dan aktiviti diperkenalkan oleh #TeamSK bagi menghargai para penggemar telekung Siti Khadijah yang bergelar #FamilySK.
Bagi tahun 2019, tema yang dipilih oleh #TeamSK ialah ‘kesetiaan’, sejajar dengan sokongan daripada #FamilySK sejak tahun 2019.
Dahsedekad.com merupakan laman sesawang mini pertama yang julung kali dilancarkan oleh #TeamSK istimewa sempena ulangtahun Siti Khadijah. Ia dilancarkan pada Januari 2019. Dahsedekad.com merangkumi segala aktiviti dan informasi berkaitan Siti
Khadijah yang sudah meluaskan empayar perniagaan selama 10 tahun.
Segala cerita dalam membangunkan produk SK dan penat lelah yang dilalui dipaparkan di dahsedekad.com kepada masyarakat.
Laman sesawang mini pertama SK ini juga menerapkan cerita di sebalik penghasilan
telekung SK secara teknikal yang tidak pernah dikongsikan kepada #FamilySK sebelum ini.
Ia juga akan membawa kepada perkongsian tentang insan yang bekerja keras di sebalik
penubuhan perniagaan Siti Khadijah. Bermula Januari 2019, selama 4 bulan #TeamSK akan mengemaskini segala aktiviti/event SK di laman sesawang mini SK ini.
Selain itu SK mengupas mengenai penglibatannya dalam menyumbang kepada ekonomi negara dan masyarakat melalui Program Tanggungjawab Sosial Korporat yang dijalankan sepanjang 10 tahun penubuhannya.
Turut dilancarkan logo baharu yang melambangkan simbolik perjalanan Siti Khadijah dari awal pembabitan serta penubuhannya sehingga kini.
Jadi jika korang nak ikuti perjalanan SK yang diasaskan oleh Puan Hajah Padzilah Enda Sulaiman dengan lebih dekat eloklah layari laman web dahsedekad.com ini.
Jom kita dengar sedikit ucapan Hajah Padzilah:
“Alhamdulillah, pejam celik pejam celik sudah 10 tahun SK berada di industri ini. Saya
sangat bersyukur kehadrat Ilahi kerana masyarakat yang saya gelarkan #FamilySK ini tidak
pernah putus dalam menyokong produk tempatan kita sendiri.10 tahun di dalam industri ini
sudah pasti ada pengalaman pahit dan manis, namun itulah adat di dalam perniagaan. Apa
yang penting, kena fokus dan terus maju ke hadapan untuk lebih berjaya dan teruskan
kejayaan. Harapan saya untuk 10 tahun akan datang, SK akan menjadi pengeluar produk
gaya hidup Muslim yang terbesar di dunia, selari dengan visi Siti Khadijah insyaAllah."
Bagi meraikan ulang tahun sedekad berkenaan, SK akan memberikan 1,000 telekung secara percuma sepanjang tahun 2019 sebagai tanda penghargaaan kepada semua #FamilySK yang sentiasa menyokong produk SK sepanjang 10 tahun.
Menariknya dalam meraikan ulangtahun ke-10 SK ini juga, #TeamSK mencari kelainan
dengan menerbitkan sebuah drama bersiri SK yang mengandungi 15 episod.
Selepas berjaya menarik perhatian orang ramai dengan iklan Raya 2018 yang sangat menyentuh hati, drama bersiri SK ini akan dipertontonkan sekali lagi kepada semua rakyat Malaysia melalui siaran Youtube Siti Khadijah TV.
Jalan cerita drama diinspirasikan daripada kisah benar yang dilensakan daripada 3 sudut berbeza yang berlaku di Siti Khadijah bermula dari tahun 2009 sehingga sekarang.
Tahniah! #telekungsitikhadijah!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan