Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

AZMEER NAK PIAT TELINGA SETIAP ARTIS AJL33?


Ketua Juri Anugerah Juara Lagu ke 33, komposer/penyanyi Mohd Azhar Abu Bakar atau lebih dikenali dengan panggilan Azmeer melahirkan rasa kecewa  dengan nyanyian setiap artis yang dianggapnya  lemah.

"Saya piat telinga korang  baru korang tau. Kau bukan baru menyanyi tetapi dah 
bertahun-tahun menyanyi " luah Azmeer dalam nada geram dan hairan

Menyatakan hasratnya mahu berjunpa dengan setiap seorang untuk mengetahui masalah mereka, Azmeer memberitahu, Misha turut membuat kesilapan dalam 'passing note'nya.

Cuma Misha tidak banyak melakukan kesilapan seperti yang lain sebab itu dia meraih kemenangan dalam persembahan vokal terbaik, tambah Azmeer pada sidang akhbar AJL33  di Stadium Axiata, Bukit Jalil, Ahad, lalu.

Melalui lagu "Sampai Bila", Misha Omar membawa pulang  hadiah wang tunai RM12,000 berserta trofi manakala lagu ciptaan Sharon Paul itu turut  memenangi hadiah wang tunai RM20,000 serta trofi pada tempat ke 3.



Kenyataan Azmeer itu ada kebenarannya apabila dilihat ramai antara artis finalis samada yang baharu atau pun lama agak 'sumbang' nyanyian mereka pada beberapa nota.

Pun begitu, Azmeer tidak mahu menghukum karya ciptaan komposer yang bertanding hanya kerana penyanyinya melakukan kesilapan.

"Kita tidak ada hak untuk menghukum. Ini adalah pertandingan Juara lagu dan penilaian dibuat berdasarkan kepada melodi, lirik dan keaslian lagu bukan kapada cara penyampaian atau persembahan penyanyi," jelas Azmeer.

Sebab itu, katanya, ada kategori vokal terbaik dan persembahan terbaik yang dikhaskan untuk penyanyi.

HAEL, Ezra dan Dayang meraikan kemenangan mereka pada pentas AJL33. Foto: Syamsul Bahrein.
Menurutnya, AJL33 memilih karya Hael Husaini dan Ezra Kong memandangkan lagu 'Haram' ciptaan mereka mempunyai kelainan dan lari daripada norma lagu kebiasaannya dan kliche.


"Para juri mahu muzik yang inovasi dan tidak berada pada takuk  lama atau pun yang recycle dari era 90an. Dan 'Haram' menepati sebuah lagu yang mempunyai konsep serta susunan muzik dan melodi yang sedap," jelas Azmeer.

'Haram' nyanyian Hael dan Dayang Nurfaizah berjaya mengalahkan 11 finalis lain bagi membawa pulang trofi Anugerah Juara Lagu ke 33 dan hadiah wang tunai RM50,000.

Begitu juga dengan lagu 'Bunga' karya Hang Nadim, Laq & Kadok yang dinyanryikan olen Ara Johari dipilih sebagai  naib juara memandangkan melodi lagu tersebut juga ada kelainannya walaupun Ara ada membuat kesilapan apabila terlupa lirik.

"Kami tidak berhak menghukum pencipta lagu dan pelirik karya tersebut andai kata penyanyinya buat silap kerana setiap karya itu diukur pada kekuatan muziknya," Azmeer mengulangi pandangan para juri.

Barisan juri lain terdiri daripada kalangan profesional daripada pelbagai latar belakang industri muzik iaitu Datuk Mokhzani Ismail; Manan Ngah; Datuk Wah Idris; Ajai; LY; Faizal Uzir (Lok U); Helen Yap; AG Coco dan Adi Priyo.

Sementara itu, Azmeer turat meninggalkan nasihat  kepada para artis tanah air agar ikut pesanan Allahyarham Pak Ngah yang pernah berkata kepada beilau  'Azmeer.....bagitahu biudak-budak kalau nak buat lagu 'aim' untuk juara lagu'.

"Jangan seronok apabila lagu kita viral dan disukai ramai tetapi nyanyian masih lemah dan ke laut," tambah Azmeer.


Barisan finalis lain yang bertanding terdiri daripada lagu 'Kau Pun Sama' (Syamel), 'Bunga' (Altimet); 'Jatuh Bangun' (Haqiem Rusli menampilkan Aman Ra); T'ak Pernah Hilang' (Amylea dan Kaer); 'Hajat' (Hael) dan 'Nisan Cinta' (Siti Nordiana dan Jaclyn Victor) dan 'Luluh' (Khai Bahar ).



AJL 33 diserikan persembahan kumpulan Search; DJ Fuzz; Sarah Suhairi; Ismail Izzani dan Nabila Ali; Nico; Juzzthin; Balan; Lil’ J; Zizi Kirana; Aman Ra; Joe Flizzow; Sonaone dan Alif.
Acara anugerah berprestij itu mengekalkan hos yang sama iaitu Alif Satar dan Sherry Al Hadad.
Lebih tiga dekad penganjurannya, AJL bertujuan memartabatkan industri muzik dengan memberi pengiktirafan kepada komposer dan penulis lirik namun ini pertama kali ia dibuka kepada penonton melalui jualan tiket mampu beli dengan harga minima.
"Kami mahu menaik taraf industri muzik dari segi ekonomi.  Kita kena menghargai persembahan muzik, itu sebab tahun ini kita mula jual tiket AJL dengan harapan dapat menghapuskan masalah cetak rompak," jelas Johan Ishak selaku Ketua Pegawai Ekesekutif Rangkaian tv Media Prima.
Jadi korang, itu sebabnya tahu kenapa untuk AJL kali ke 33 ini ada jualan tiket yang berharga RM55, RM35 dan RM25.
Keputusan penuh #AJL33:
Juara: Haram - Hael Husaini & Dayang Nurfaizah (Hael Husaini & Ezra Kong)
Hadiah: Wang tunai berjumlah RM50,000 bersama trofi.

Naib Juara: Bunga - Ara Johari (Hang Nadim, Laq & Kadok / Hang Nadim)
Hadiah: Wang tunai berjumlah RM35,000 bersama trofi.

Tempat Ketiga: Sampai Bila - Misha Omar (Sharon Paul / Ahmad Fedtri Yahya & Shah Shamshiri)
Hadiah: Wang tunai berjumlah RM20,000 bersama trofi.

Vokal Terbaik: Misha Omar - Sampai Bila
Hadiah: Wang tunai berjumlah RM12,000 bersama trofi.

Persembahan Terbaik: Sufian Suhaimi - Di Matamu
Hadiah: Wang tunai berjumlah RM12,000 bersama trofi dan telefon pintar kamera kuad Samsung Galaxy A9.


KAK Fas dan rakan blogger Misz Ella bersama Hael dan Dayang, Tahniah!
Corat-coret:

  • Hael membawa 'hujan rahmat' ke pentas AJL dengan membalutkan baju kotnya  serta busana Dayang dengan plastik.
  • Persembahan Sufian Suhaimi dengan set pentas berupa 'pelamin anganku musnah' mendapat tepukan dan 'standing ovation' rata-rata penonton malah turut mengundang kontroversi apabila mendapat komen daripada bekas tunangnya, Elfira Loy daripada Mekah lagi u alls.
  • Wany Hasnita kelihatan sebak menonton persembahan Sufia Suhaimi. Ada kenangan lalu ke Wany?
  • Foto: ns
* Peminat kumpulan NICO (gambar bawah) menyerahkan kek hari jadi kepada sakah seorang anggotanya, Dino (Shah Rosli) dengan nyanyian Selamat Hari Jadi di hadapan pintu masuk stadium.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan