Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

DR. IRMA ENTERTAINMENT PERKENAL ARTIS BAHARU, METERAI KERJASAMA PROFESIONAL

DR. IRMA (tengah) bersama Akmar (tiga dari kanan) dan barisan artis lain dan pakar penggiat seninya.
Walaupun profesionnya seorang doktor gigi namun nama Dr Irma Shida Abu Samah sudah tidak perlu diperkenalkan lagi dalam dunia hiburan tempatan.

Umum ketahui beliau seorang yang sering mengangkat bakat baharu untuk diketengahkan melalui syarikatnya Dr. Irma Entertainment yang ditubuhkan dua tahun lalu. Pun begitu beliau tidak pula melupakan artis popular seperti Azharina Azhar mahu pun Ferhad.

Pun begitu setekat ini, belum lagi nampak artis-artis baharu yang diperkenalkannya itu meningkat naik, jadi kenapa Dr. Irma sanggup berbelanja ribuan ringgit sekadar mempromosikan artis baharu yang cuma setahun sahaja ikatan kontraknya?

"Saya memang suka memberi peluang kepada artis-artis baharu khusus mereka yang mempunyai vokal mantap. Jika bukan saya yang membuka peluang itu siapa lagi," ujarnya ketika ditemui pada majlis memperkenalkan barisan artis terbaharunya dan lagu single pertama nyanyian Akmar Natasha berjudul "Sendiri".

Akmar merupakan penyanyi yang menjuarai pertandingan Suara Juara 2018 anjuran Dr. Irma Entertainment tahun lepas.

Gadis berusia 19 tahun kelahiran Pulau Pinang itu juga pernah menjuarai beberapa pertandingan nyanyian antaranya ialah Pesta Pulau Pinang 2016, Chinese Cosmic Penang dan MBI Kulim Kedah, serta menjadi finalis bagi pertandingan nyanyian anjuran Chinese Neway 2017 dan menduduki tempat ketiga Kugiran Sinar 2018.  

Karya berentak power ballad ini merupakan sebuah lagi karya indah ciptaan sepenuhnya Dr. Irma yang berkisar tentang seorang wanita yang cuba bangkit dari kekecewaan dan kesedihan ditinggalkan kekasih.

Menurut Dr. Irma lagu ini ditulis dan digarap khas buat Akmar Natasha dan beliau sengaja mencabar kemampuan vokal Akmar Natasha yang sememangnya sudah cukup mantap. 

Lagu berkenaan  ditampilkan sebagai salah sebuah runut bunyi dalam drama bersiri Pujaan Hati Kanda.

Video muzik Sendiri memaparkan terjemahan lirik lagu tersebut dalam bentuk visual hasil sentuhan arahan sulung Didie Samueil, dengan penampilan istimewa hero drama terkenal, Azreil Ismail. Tonton video muzik SENDIRI di bawah ini:



Selain Akmar, artis baharu di bawah naungan Dr. Irma Entertainment terdiri daripada Raden Atan, Ray Asri, Gyha, AyaSofia  dan  Yama Watanabe.

Ternyata, Dr. Irma bukan sahaja terlibat sebagai penerbit label tetapi turut berbakat dalam berkarya dan mencipta lagu.

Antara lagu yang diciptanya termasuk menjadi runut bunyi bagi dua buah drama bersiri popular tempatan iaitu Antidot Lara nyanyian Ray Asri dan Ampun nyanyian Yama Watanabe bagi drama Jika Masih Ada Rindu, serta runut bunyi drama yang hangat diperbualkan baru-baru ini Pujaan Hati Kanda iaitu Definasi Cinta (Ferhad dan Lakar Janji (Azharina Azhar).

Ditanya apakah beliau sudi untuk mencipta lagu kepada penyanyi popular terkini?

"Saya memang berhajat dan pernah juga menghantar lagu-lagu ciptaan saya tetapi setekat ini belum ada rezeki lagu ciptaan dinyanyikan penyanyi popular," jawabnya.

Mengakui perlu ada kolaborasi dengan penggiat profesional lain bagi memajukan label, Dr. Irma tidak teragak-agar mengatur pelan pembangunannya bagi tempoh tahun 2019.

Sehubungan itu, Dr. Irma Entertainment memeterai kerjasama dengan pakar dan penggiat seni yang berpengalaman dan disegani dalam dunia hiburan iaitu 
Leroy Crew Productions, Riya Suara dan Didz Squad Studios.

Dr. Irma yakin dengan kolaborasi itu, labelnya mampu mengorak langkah dengan lebih profesional malah memberi persaingan kepada artis-artis sedia ada yang sebaya dengan meraka, sekli gus mengubah wacana industri hiburan tanah air.

Sementara itu, menutup acara penuh gemilang,  para tamu dihiburkan dengan persembahan dua buah lagu nyanyian artis animasi pertama Malaysia, AyaSofia yang dinyanyikan secara beramai-ramai oleh Gyha, Raden Atan dan Ray Asri.

Lagu berjudul 'Bang Selebu' adalah nyanyian duet AyaSofia bersama Raden Atan manakala lagu kedua berjudul 'Emoji' merupakan lagu duet AyaSofia bersama Waris. 

Karya istimewa gandingan Dr. Irma dan Waris terhasil demi mencari kelainan dalam penerbitan lagu-lagu edaran Dr. Irma Entertainment.


Lagu 'Emoji'  telah mula diedarkan sejak enam bulan lalu mendapat reaksi yang sungguh menggalakkan dari pendengar-pendengar dan mula rancak diputarkan di stesen-stesen radio tempatan biarpun tanpa promosi yang intensif.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan