Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

FESYEN GAYA ARTIS DI KARPET MERAH #AJL33


Anugerah Juara Lagu ke 33 sudah pun berakhir dan keputusan sudah pun diketahui.

Bagi mereka yang berada di Stadium Axiata sudah tentu maklum akan kehangatan suasana sekeliling apa tah lagi apabila artis kesayangan mereka hadir melalui karpet merah.

Ada peminat yang sempat menghadiahkan sesuatu kepada artis kesayangan mereka malah Kumpulan Nico antara yang mendapat kek hari jadi daripada peminat khas buat salah seorang daripada anggotanya, Dino.

Pun begitu, pasti ada juga peminat yang gagal hadir atau pun terlepas menyaksikan siaran langsung AJL33 melalui kaca tv masing-masing memandangkan ketika itu ada urusan yang lebih penting perlu dilaksanakan.

Usah risau... di sini Kak FAS mengambil kesempatan menyiarkan beberapa keping pix gaya fesyen artis-artis kesayangan korang ketika melalui karpet merah yang telah dirakamkan oleh jurufoto, Syamsul Bahrein Mohamed.

Jom kita tengok yang mana satu fesyen yang cantik bahkan boleh dijadikan contoh jika korang nak tempah busana seperti mereka ya.... mana tau kut-kut dalam masa terdekat ini ada parti yang memerlukan korang berpakaian glam gitu....
korang mesti kenal kan siapa merek ni jadi tak perlulah kak perkenalkan lagi ya tak?








Tiada ulasan:

Catat Ulasan