SOGO KL TERUSKAN TRADISI GENDANG/TARIAN SINGA
Seperti tahun lalu, kompleks membeli-belah Sogo Kuala Lumpur meneruskan legasi sambutan Tahun Baharu Cina dengan penuh meriah baru-baru ini.
Dan setiap kali acara ini berlangsung, Kak Fas tidak melepaskan peluang menerima jemputan untuk bersama memeriahkan majlis pelancarannya dengan memakai rona merah.
Menggunakan tema sama, "Togetherness - Celebrate Happiness' yang bermaksud 'Bersama Meraikan Kebahagiaan', persembahan gendang dan tarian singa menjadi kemestian utama dipertontonkan kepada khalayak.
Pintu utama Sogo KL bergema dengan paluan gendang Cina yang cukup mempersonakan diikuti persembahan tarian singa oleh ahli-ahli Hong Teck Dragon dan Lion Dance.
Seperti Kak Fas, tetamu lain yang hadir termasuk khalayak lalu lintas yang merupakan pengunjung setia Sogo KL tidak dapat mengelak untuk berhenti dan menyaksikan aksi lompatan tarian singa yang memang mendebarkan.
Apabila buah limau dilontarkan oleh dua ekor singa utamanya, ramai yang menghulurkan tangan untuk menyambutnya waima sesiapa yang berjaya mendapatkan buah limau itu dikira rezekinya akan murah sepanjang tahun.
Sebaik selesai majlis sambutan, para tetamu dan media dijamu makan tengah hari di restoran Cina pada tingkat 6 dan kali ini Kak Fas rasa menunya memang sedap.
Sejujurnya Kak Fas memang sukar untuk memakan yee sang sekadar menggaulkannya dan tarik tinggi-tinggi tetapi entah kenapa tekak Kak Fas mahu pun memakannya.
Buat pertama kali Kak Fas makan dan tambah hidangan yee sang yang merupakan makanan tradisi sambutan tahun baharu. Lain macam sedapnya hihi...
Majlis makan tengah hari seperti biasanya juga dihiburkan dengan nyanyian live band dengan seorang penyanyi wanita ala-ala Teresa Teng gitu.
Kak Fas: Terima kasih daun keladi!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan