DARI AVON KE MARSEILLE CIPTA DEKORASI RAYA
Korang perasan tak yang di negara Perancis ada pekan yang bernama AVON?
Kalau Marseille... Kak Fas tahulah ia sebuah nama bandar di Perancis tetapi baharu sahaja tau yang ada juga bandar di negara Eropah ini yang dinamakan AVON.
Yang Kak Fas tahu bila sebut Avon... satu-satunya yang menjelma di kotak fikiran adalah bayangan produk-produk keluaran syarikat Avon Malaysia haha...
Jadi apabila Avon baru-baru ini melancarkan koleksi deko Marseille sempena
Barangkali dari sini juga timbulnya idea kenapa nama Marseille digunakan sebagai jenama produk yang direka khas sebagai koleksi deko untuk hiasan rumah bagi menyambut Hari Raya Puasa bulan Jun nanti.
Buat pengetahuan korang, sejarah produk Avon bermula pada tahun 1886, diasaskan ole David H. McConnell di bawah syarikat Perfume California berpengkalan di bandar New York.
Syarikat menukar namanya kepada Avon pada tahun 1939 sebagai penghormatan kepada kampung halaman Shakespeare, Stratford-on-Avon di England.
Jadi nama AVON tiada kena mengena dengan bandar Avon di Perancis ya haha...
Apa pun yang ada kaitannya hanyalah koleksi Marseille yang merupakan produk keluaran terbaharu daripada Avon Malaysia.
Kak Fas antara pihak media dan bloggers yang hadir memenuhi jemputan Avon Malaysia bagi memperkenalkan produk-produk deko koleksi Marseille yang dihias indah dalam sebuah suite di Hotel PNB Kuala Lumpur baru-baru ini.
Sebaik sahaja pintu bilik dimasuki halwa telinga dibuai dengan alunan muzik Raya bagi menambahkan mood suasara perayaan yang ditimbulkan Avon.
Keseluruhan deko bilik hotel berkenaan iaitu dari ruang tamu hingga ke kamar tidur mendapat hiasan sentuhan ala Perancis dengan koleksi 'Marseille Home Decor'.
Sejuk mata memandang apabila tatarias sekeliling berkonsepkan bungaan Eropah ala lukisan cat air menawan, dilatari rona biru lambang hamparan laut pesisir pantai kota Marseille diketengahkan.
Dari koleksi langsir hingga ke set hidangan kaca opal dan akrilik mahu pun set kamar tidur komplimen satu sama lain.
Malah rona lembut pada setiap produk pasti mampu menimbulkan nuansa musim bunga ala Bourgeois buat kediaman d Aidilfitri.
Romantisme penuh sofistikated terserlah pada koleksi langsir, sarung bantal dan alas meja Marseille. Rangkaian produk dalam koleksi ini dihiasi corak mawar, peani, lavendar dan bungaaan desa malah diperbuah dari fabrik poli-jacquered yang tahan lasak dan lembut. Memang Ooh! La! La! kata orang Perancis.
Beralih pada seti kaca Opal dan Akrilik Marseille pula, Avon menyediakan set hidangan yang mampu membangkitkan selera meliputi 20 keping dari kaca opal nan mempesona yang dihiasi bungaaan Marseille. Turut disediakan set balang kuh, jag dan bekas minuman serta dom kek dari akrilik ala kristal. Memang akan membangkitkan rasa 'delicioux' apabila dihidangkan dengan lemang, rendang dan kuih muih.
Bila dah makan banyak tentu mengantuk kan? haha...
Jangan lupa untuk menghiaskan bilik tamu anda dengan set kamar tidur bujang, Ratu atau Raja Marseille.
Pilih mengikut saiz katil anda dan Kak Fas pasti para tamu atau keluarga yang balik Raya akan lena apabila diri dimanjakan dengan kemewahan set gebar dan cadar katil Marseille.
Diperbuat dari fabrik serat mikro yang selesa, setiap set menampilkan rekaan unik agar semua kamar tidur anda tampil dengan esteik tersendiri. Barulah tak malu nak buka pintu kamar bila tetamu datang tak gitu?
Jadi, jika korang nak cari hiasan cantik Avon ini boleh sahaja dapatkannya daripada wakil jualan Avon, Butik Kecantikan Avon atau pun tempah secara dalam talian melalui shop.avon.my.
Nak info lanjut mengenai harga dan sebagainya hubungi talian bebas tol AVON di 1-800-22-AVON (2866).
PIX Kredit: Wui Kathy. |
Kak Fas: Nak ucap awal... Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan