Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

HANIS SOKONG SAHABAT LANCAR 'FAYCE WATERMELON SLEEPING MASK'


Jika korang nak tahu antara buah-buahan kegemaran Kak Fas adalah buah tembikai. ‘

Warnanya yang merah, kemanisannya serta aroma buah itu sendiri memikat hati Kak Fas lebih daripada jus oren sebab bukan semua buah limau oren manis. Silap pilih kena yang masam huhu.

Tetapi jika tembikai tiada keraguan tentang kemanisannya. Jika tawar pun masih ada manisnya.

Dan baru-baru ini, Kak Fas diperkenalkan kepada satu produk yang antara formulanya adalah buah tembikai.

Bahan tembikai menjadi formula utama yang digabungkan bersama ekstrak biji oat hitam (Black Oats Seed Extract) bagi menghasilkan topeng muka yang dijenamakan sebagai ‘Fayce’

Namanya sahaja sudah cukup membawa erti produk ini sudah tentu untuk kulit wajah pada muka (face) kita. Memang bijaklah pengasasnya, Fathini dan Aida Syazlin memilih nama produk mereka tu kan?

Menariknya topeng muka yang dinamakan ‘Fayce Watermelon Sleeping Mask’  ini merupakan produk ketiga selepas Fayce Foundation dan Fayce Buriti Oil/Primer Oil yang diperkenalkan sejak dua tahun lalu.

Jika korang nak tahu lanjut, Fathini dan Aida adalah rakan baik sejak dibangku sekolah lagi dan persahabatan itu diteruskan dengan usahasama membina perniagaan sendiri.

Mereka juga mempunyai seorang sahabat selebriti yang juga rakan ‘bff’ di sekolah sama, iaitu Hanis Zalikha yang dijadikan tetamu khas bagi majlis pelancaran 'Fayce Watermelon Sleeping Mask'.

Kata Fathini dan Aida, “Hanis Zalikha adalah  mentor kami kerana itu kami sangat menghargai kesudiannya hadir untuk melancarkan produk ketiga kami ini.”

Tetapi bagi Hanis katanya pula, “sebenarnya mereka juga adalah inspirasi saya untuk bekerja keras dan ketekunan merekalah yang membuat saya terpegun malah saya banyak belajar dari mereka juga.”

Eloklah tu kan, sebagai sahabat baik, ‘sharing is caring’ itu antara formula kejayaan kerana kerja berpasukan itu lebih baik dari kerja berseorangan ya tak?

Bila ditanya kenapa memilih  buah tembikai?

Kata Fathini, “kami memang suka tembikai, lagi pun tembikai mempunyai kandungan antioksidan Vitamin A dan C malah terbukti berkesan dalam mengekalkan kelembapan pada kulit.

Menurut Aida, selain ekstrak Black Oat Seeds, produk topeng muka tidor tersebut turut mengandungi ekstrak Opuntia Ficus-Indica Stem yang bermanfaat meredakan masalah iritasi pada kulit.

Dengan formula yang diimpot dari Switzerland dan bebas paraben serta minyak, 'Fayce Watermelon Sleeping Mask' disyorkan diguna tiga kali seminggu sebagai topeng muka waktu tidur atau pun pada siang hari malah boleh juga dijadikan sebagai krim urut.

Berharga RM69 (15ml)  ia boleh diperoleh melalui jualan dalam talian  atau daripada mana-mana ejen dan stokis yang berdaftar.

Mensasarkan jualan mampu mencapai 10,000 unit dalam tempoh setahun, Aida tetap membuka peluang ejen atau stokis baharu yang mahu menambah pendapatan sampingan.

Jika ada yang berminat boleh sahaja hubungi talian 017-6516035 atau mahu info lanjut layari facebook Fayce dan Instagram @faycem.

Sejajar dengan taglinenya #daretofayce … anda dicabar mencubanya dan peroleh kulit wajah bersih, berseri dan cantik bak Hanis Zalikha gitu!




Tiada ulasan:

Catat Ulasan