KONSERT DS SITI NURHALIZA DI KL CIPTA SEJARAH
Kata Siti ada lirik pada baju merah ini....pix IG ctdk. |
Lebih kurang 10,000 penonton membanjiri Stadium Axiata Bukit Jalil bagi menyaksikan Konsert DS Siti Nurhaliza on Tour - Kuala Lumpur Sabtu lalu.
Barisan artis yang turut hadir memberikan sokongan antaranya terdiri daripada Dayang Nurfaezah, Khai Bahar, Siti Elizad serta komposer lagu ‘Anta Pemana’ Hael Husaini.
Di samping itu kehadiran usahawa terkenal, Sajad Kamaruzzaman juga mendapat sorakan gemuruh penonton sebaik sahaja Siti mengumumkan namanya di kalangan rakan selebriti yang berada di stadium.
Hebat Sajat, sama popular macam Siti gitu!
Sebelum konsert bermula dua penyanyi jemputan, Yura Yunita (Indonesia) dan Natasha Sass menghiburkan penonton yang sentiasa bersorak tidak sabar menanti penampilan penyanyi pujaan mereka.
Setiap kali selesai lagu dendangan Yura dan Natasha, penonton yang beranggapan hanya sebuah lagu sahaja didendangkan bertepok dan bersorak tidak sabar menanti Siti.
Malah paling tidak disangka apabila Natasha teruskan persembahan selepas dua lagu. Sudah tentu mereka ingat Natasha akan bernyanyi lagi tetapi sebenarnya Natasha mengajak penonton menyanyikan lagu 'Negara Ku'....haha
Pertama kali rasanya sebuah konsert menampilkan penyanyi menyampaikan secara 'live' lagu 'Negara ku"... bagus juga tu!
Pun begitu, yang ketara penampilan Natasha nampak agak 'nervous' apabila selepas mengucapkan Assalamualaikum, penyanyi berdarah campuran Melayu-German ini terus berkata, 'khabar baik'.,, sepatutnya 'apa khabar lah kan..'
Tak apa... apa pun penonton tentu puas hati dengan persembahan Yura dan Natasha, juga Tulus yang turut hadir menyampaikan dua buah lagu secara solo dan feat dengan SIti melalui lagu 'Seindah Biasa'.
Dan sebaik sahaja.... pentas bergema dengan suara Siti mengucapkan ...."Hello.....", arena kembali bergema dengan sorakan satu stadium.
Ternyata peminat Siti di Malaysia amat merindui plantun lagu 'Anta Pemana' ini.... al maklum dah lama Siti tak buat konsert besar-besaran begini kan. RM10 jiuta kut nilai modal siri jelajah konsert ini.
Segmen pertama yang menampilkan Siti bak puteri dari kayangan dengan pakaian tradisional sesuatu yang harus dipuji.
Siti mengangkat martabat lagu-lagu irama Malaysia sebagai keutamaan khususnya yang diciptakan Allahyarham Dato Suhaimi atau Pak Ngah.
Kredit: Kosmo online |
Nampak benar Siti menghargai sumbangan Pak Ngah di mana hampir setengah jam, lagu-lagu karya Pak Ngah diutamakan malah Siti kelihatan sebak ketika menceritakan bagaimana Pak Ngah menyuntingnya daripada arwah bapanya yang 'strict'.
Segmen-segmen seterusnya melayari perjalanan seni Siti Nurhaliza bersama suami dan satu-satu anak tunggalnya, Siti Aafiyah yang turut hadir di bawah pentas.
Merupakan siri jelajah terakhir selepas Jakarta, Indonesia dan SIngapura, konsert di Kuala Lumpur tidak syak lagi merupakan yang paling 'happening' apatah lagi mendapat sokongan 10,000 penonton berbanding 4,500 di Singapura dan 3,000 sahaja di Indonesia.
Apakah perancangan untuk konsert sama di Royal Albert Hall di London menjadi kenyataan? Buat masa ini penganjurnya, Shiraz Projects khabarnya masih belum dapat mengesahkannya. Masih dalam perancangan dan belum muktamad, kata Shirazdeen Karim.
Apa pun yang pasti Konsert Dato Seri Siti Nurhaliza on Tour - Kuala Lumpur mencipta sejarah sebagai sebuah konsert bertaraf antarbangsa apabila persembahan diserikan dengan permainan cahaya LED yang canggih dan menjadi 'back drop' yang cukup menarik waima menambahkan 'mood' persembahan 34 buah lagu dari Dato Siti.
Berbaloi duit yang dibelajankan kan? Netizen pun kata berbaloi dengan harga tiket yang dibayar!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan