Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

YURA YUNITA TUMPANG POPULARITI SITI NURHALIZA?


Sejak usianya 5 tahun, penyanyi berasal Bandung ini, Yura Yunita sudah mendengar lagu-lagu dendangan Dato Seri Siti Nurhaliza Tarudin.

Kerana kagum dengan karya dan personaliti Siti, Yura menjadikan plantun lagu 'Jerat Percintaan' ini idolanya selain Sheia Majid, Yuna mahu pun Zee Avi.

Dan siapa sangka, setelah bergelar penyanyi, Yura diberikan kesempatan untuk berkongsi  pentas bersama idolanya pada Konsert Dato Seri Siti Nurhaliza on tour - Kuala Lumpur' yang merupakan siri jelajah terakhir Siti  selepas Indonesia dan Singapura baru-baru ini.

"Saya amat terkejut apabila diberikan peluang membuat persembahan pembukaan pada konsert Dato Seri Siti Nurhaliza esok," ujar Yura ketika ditemui pada majlis pelancaran single terbaharunya, 'Merakit' di bangunan Alila, Bangsar hari ini.

Tidak sabar untuk bertemu Siti buat pertama kalinya, Yura memberitahu bakal mendendangkan dua buah lagu 'Cinta & Rahsia' dan 'Buka Hati'.

"Sudah tentu saya tak sabar dan teruja mahu jumpa Siti walau pun ketika konsert Siti di Indonesia saya tidak berkesempatan menemuinya namun Siti sempat menyebut nama saya sambil melambai tangannya. Itu sudah cukup membuat saya seronok, " tambah Yura.


Pada kesempatan itu juga, Yura berharap dapat memperkenalkan dirinya kepada khalayak di Malaysia sambil mempromosikan single terbaharunya.

“ Walaupun nama saya kurang dikenali di sini tetapi dengan kehadiran 10,000 orang penonton yang dijangka hadir di konsert esok mungkin membantu memperkenalkan diri saya di Malaysia," ujar Yura yang kelihatan periang dan ceria orangnya.

Dengan vokal mantap yang dimiliki Kak Fas percaya Penyanyi Solo Wanita Terbaik Anugerah AMI 2017 dan 2018 ini mampu dikenali cepat apatah lagi lagu-lagunya sedap didengar.

Selesa dengan genre jazz, groove dan RnB, Yura tidak pula membataskan rentak lagu kepada yang selesa dengannya tetapi mahu mencuba karya yang variatif.

Menulis lagu dari hati dan merangkaikan pengalaman serta rasa ke dalam album kedua dan yang terbaharu ini, 'Merakit' mengandungi 9 buah lagu antaranya 'Buka Hati', 'Harus Bahagia', 'Malam Sepi' dan 'Merakit'.

Muzik video 'Merakit" yang dilancarkan pada Januari 2019 lalu menceritakan bagaimana cara kita dengan segala keterbatasan mampu mengejar mimpi.

Ide tersebut timbul setelah mengalami momen terindah bersama sekumpulan anak-anak cacat penglihatan  ketika diundang menghiburkan mereka di Yayasan Tunanetra Bandung.

"Bayangkan anak-anak yang cacat penglihatan tetapi penuh energi, Semangat mereka amat menyentuh hati saya." cerita Yura yang turut mengundang empat daripada anak-anak kurang upaya itu untuk menjadi penyanyi latar pada lagu 'Merakit'.

Album pertama Yura Yunita yang berjudul 'YURA" dilancarkan pada 2014 dan berada di urutan keenam sebagai Rolling Stone Indonesia's Best Album of 2014'.

Pada korang yang nak saksikan bagaimana persembahan Yura jangan lupa hadir ke Konsert Dato Seri Siti Nurhaliza di Stadium Axiata esok malam ya (Sabtu).

Pastu boleh lah menjawab soalan netizen, Yura nak tumpang populariti Siti atau memang betul Yura seorang penyanyi yang tidak kurang hebatnya seperti idolanya, Siti Nurhaliza.

Khabarnya tiket konsert anjuran Shiraz Projects habis dijual manakala konsert yang dirancang sebagai penutup di Royal Albert Hall London masih dalam perancangan dan belum dipastikan walau pun tarikhnya telah ditetapkan pada 22 April depan.

Pix kredit: Gempak.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan