IFA RAZIAH MELONCAT DARI KATIL KERANA ROSYAM !!
Dah kenapa pula tu Ifa Raziah sampai nak meloncat dari katil kerana Rosyam?
Apa yang telah penerbit dan pelakon Datuk Rosyam Nor lakukan kepada Ifa tu?
"Betul, sewaktu mendapat panggilan telefon dari Rosyam menyatakan keinginannya untuk bersama program Star Vendors, saya rasa amat gembira hingga nak lompat dari katil," kenang Ifa Raziah gembira sewaktu ditemui pada sidang akhbar Festival Star Vendor di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) baru-baru ini.
Menurut Ketua Pengarah Eksekutif Star Vendors ini, sudah beberapa kali beliau cuba menghubungi dan memujuk Rosyam Nor untuk mengajaknya menyertai program jualan mega selama 3 hari itu namun tidak mendapat jawapan.
"Sehingga lah seminggu selepas itu Rosyam telefon menyatakan persetujuannya untuk sertai Star Vendors. Masa tu saya berada di atas katil, tu yang rasa nak meloncat bila dapat panggilan dari Rosyam," tambah Ifa teruja.
Katanya, Rosyam menempah tiga buah ruang niaga di Festival Star Vendors yang bakal berlangsung selama tiga hari, 72 jam bermula 24 Mei hingga 26 Mei depan.
Khabarnya, antara produk khas yang bakal dijual Rosyam sempena Ramadan dan sambutan Hari Raya berupa enam jenis biskut raya.
Menariknya biskut-biskut raya berkenaan dinamakan sempena judul drama-drama dari Suhan Movies.
Antaranya seperti Biskut 'Red Velvet - Pesanan Suara', 'Choc Chrunchy Calon Menantu', 'Almond Butter En. Ngok Ngek' dan Sumo Cookies & Chips. Kesemuanya berharga dalam lingkungan RM35 sebotol.
Khabarnya, antara produk khas yang bakal dijual Rosyam sempena Ramadan dan sambutan Hari Raya berupa enam jenis biskut raya.
Menariknya biskut-biskut raya berkenaan dinamakan sempena judul drama-drama dari Suhan Movies.
Antaranya seperti Biskut 'Red Velvet - Pesanan Suara', 'Choc Chrunchy Calon Menantu', 'Almond Butter En. Ngok Ngek' dan Sumo Cookies & Chips. Kesemuanya berharga dalam lingkungan RM35 sebotol.
Sehingga kini, seramai 36 artis dan selebriti telah mendaftar untuk menyertai Festival Star Vendors.
“Alhamdullilah, setekat ini sudah 60 peratus ruang niaga ditempah dan dijangkakan lebih ramai lagi artis akan terlibat dalam festival membeli-belah yang julung kalinya diadakan ini,” ujar Ifa Raziah.
Selain Rosyam, antara barisan artis yang telah mmberikan komitmen untuk menyertai festival terdiri daripada Datuk Fizz Fairuz, Anuar Zain, Ziana Zain, Datuk Aznil Hj Nawawi, Fazli Zainal, Watie Elite, Ani Mayuni dan ramai lagi.
“Inilah peluang pengunjung untuk berbelanja Raya sekali gus bertemu artis kesayangan masing-masing waima festival akan berlarutan selama 24 jam sehari, 72 jam untuk 3 hari,” tambah Ifa.
Menegaskan sekali lagi yang beliau bukan 'sailang' periuk rezeki orang lain seperti yang didakwa, jelasnya, “tarikh yang telah diberikan kepada saya pada tiga hari itu memang kosong dan tiada siapa pun yang tampil untuk menganjurkan sebarang aktiviti.”
“Apabila diberikan peluang saya terus membuat deposit sebanyak RM50,000 sebagai tanda penerimaaan tawaran yang diberikan oleh pengurusan PWTC. Bagi saya ini satu modal yang besar, habis wang simpanan saya dilaburkan untuk merealisasikan festival ini.” jawab Ifa.
Sebanyak 453 buah ruang niaga (booth) akan disediakan meliputi tiga aras pada harga paling rendah RM5,000 malah jika bayaran penuh dibuat Ifa memberikan 10 peratus diskaun.
“Setekat ini masih ada 40% ruang niaga yang kosong untuk dipenuhi dan berharap beberapa lagi golongan artis dan vendor akan menyertai,” sambung Ifa yang merancang membawa ‘Star Vendors’ ke tiga buah negeri lain iaitu ke Johor, Sabah dan Sarawak.
Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan tempahan ruang niaga dan sebagainya boleh menghubungi Fazli Zainal di talian +6012-2269427 atau emel ke fazlizainalstarvendors@gmail.com
Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan tempahan ruang niaga dan sebagainya boleh menghubungi Fazli Zainal di talian +6012-2269427 atau emel ke fazlizainalstarvendors@gmail.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan