Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

KARAVAN #HITANDEAT SAJI HIDANGAN ALA HOTEL 5 *

Foto: Kredit Mahadir.
“HitandEat” …. agak unik nama logo perniagaan makanan ini. 

Jika “HitandRun” tu almaklumlah membawa makna ‘langgar lari’ tetapi ‘hitandeat’  bagi satu jenama yang berkaitrapat dengan makanan sesuatu yang lain dari yang lain.

Jika dialih bahasakan ke dalam bahasa Malaysia, sudah tentu ‘google translate’ menulis pukul dan lari hahaha…..itu pun jika dijarakkan perkataan ‘hit and eat’.

Tetapi apabila dirapatkan ‘hitandeat’ google pun tiada jawapannya melainkan nama sama muncul. Jadi bijak juga pengasas yang mencipta nama ini sebagai logo perniagaan makanannya yang berkonsepkan karavan.

Sejujurnya Kak Fas juga baharu sahaja diperkenalkan kepada konsep makanan jalanan pada tahap baharu ini. Ya lah, lazimnya kita melihat sudah banyak penjualan makanan diusahakan melalui ‘food truck’.

Korang faham kan apabila Kak Fas kata ‘food truck’?

Tetapi konsep jualan makanan yang dibawakan oleh  syarikat Hit & Eat Sdn Bhd yang diasaskan oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Encik Ieman Shah agak berlainan.

Mesti korang akan tertanya-tanya apa kelainannya kan?

Begini…. “HitandEat” bukan seperti ‘food truck’ biasa yang boleh bergerak dari satu lokasi ke lokasi lain tetapi ia menggunakan sebua karavan yang statik.

“Kami mahu terapkan kebersihan dan memberikan menu makanan yang sihat sebab itu kami sediakan karavan yang statik dan tidak bergerak,” ujar Ieman Shah ketika ditemui baru-baru ini.

Dengan tagline “Taste The Dream on a Budget” dengan maksud ‘rasai impian anda pada anggaran bajet’, makanan yang disediakan melalui karavan “hitandeat” umpama penyediaan masakan hotel bertaraf lima bingtang cuma di tepian jalan dengan harga mampu makan.

“Kami menggabungkan rasa, konsep dan kemudahan agar pembeli dapat menikmati pengalaman menjamu selera jalanan paling premium dan bersih,” tambah Ieman sambil diakui Pengurus Besar Pentadbiran & Pembangunannya, Encik Ali Zolfaghari  serta Encik Akbar Yasin sebagai Pengarah syarikat yang turut hadir. 

Bercerita lanjut, Akbar  memberitahu pihaknya merancang untuk memperkenalkan ‘hitandeat’ berkonsepkan karavan ini kepada 21 buah menjelang tahun 2020.

Kalainannya berbanding ‘food truck’ sedia ada ialah segala penyediaan makanan tidak dimasak di dalam karavan malah dibawa daripada pusat dapur yang terletak di Puchong.

Ini bagi menjamin kualiti dan kebersihan makanan agar tidak tercemar oleh habuk daripada sekeliling mahu pun asap dari enjin kereta, jelasnya.

Setekat ini, cuma ada empat karavan yang telah beroperasi meliputi kawasan Solaris, Jalan Changkat, Sri Petaling dan di hadapan MRT Taman Mutiara, Cheras di mana temuramah ini berlangsung.

Agak berlainan juga temuramah kami dengan pihak pengurusan Hit & Eat Sdn Bhd ini apabila ia berlangsung di satu kawasan lapang di bawah pokok di mana terdapatnya gerai jualan cendol dan rojak haha…

ENCIK Akbar, Ieman dan Ali... temuramah di bawah pokok....
Ya lah… pertemuan diaturkan kira-kira matahari tengah terpacak di langit, sudah pasti panas… jadi tentulah tidak sesuai diadakan bersebelahan karavan yang tiada ruang teduh untuk berbual.
SEMENTARA menunggu sempat makan rojak dan cendol....
Dan apabila kami di bawa ke karavan yang cantik desainya berlatarkan bangunabangunan ikonik negara beserta imej burung kenyalang menambahkan keunikan karavan yang rangkanya ditempah khas dari China tetapi dihias rekabentuknya di Malaysia.

Namun imej seperti muncung burung berbulu ayam dengan kecilan bintang rona putih berlatarkan rona biru membuatkan Kak Fas teringat lambang  kaum ‘red indian’ pula haha….

Barangkali ide menciptakan karavan ini tercetus ketika Ieman melihat konsep penyediaan makanan  sedemikian di Amerika Syarikat kut, waima beliau rajin ke negara ‘Big Apple’ itu.

“Semasa di Amerika Syarikat saya banyak membuat kajian berhubung konsep makanan karavan yang meluas di sana dan memandangkan ia belum ada di Malaysia, itu yang menyebabkan saya tertarik hati untuk membuka perniagaan seumpama di sini,” jelas Ieman yang sudah menetap di Malaysia selama 11 tahun.

Berhubung pelan pembangunan, Ali Zolfaghari pula memberitahu, pihaknya sedang menunggu kelulusan enam lag permohonan untuk menempatkan karavan di KLCC, Jalan P. Ramlee,  kawasan SOGO dan Berjaya Times Square daripada pihak DBKL.

“Apabila sudah mendapat kelulusan untuk membukanya di KLCC baharulah kami fikirkan untuk mengadakan majlis pelancaran,” jelas Ali sambil memberitahu permohonan telah dibuat kira-kira setahun lalu.

Baik Ieman, Ali mahu pun Akbar  berharap  pihak Kerajaan khususnya DBKL dapat membantu merealisasikan secepat mungkin permintaan mereka agar dapat menjana ekonomi negara apabila peluang pekerjaan terbuka untuk rakyat Malaysia.


“Setiap karavan yang kami buka memerlukan sekurang-kurangnya 12 pekerja dan sasaran kami adalah untuk membuka 21 karavan menjelang 2020,” jelas Ali.

Tambahnya, untuk tahun hadapan juga pihaknya merancang membuka karavan makanan di luar Kuala Lumpur meliputi Melaka, Pulau Pinang dan Johor dengan sasaran 9 buah lagi “hitandeat’ karavan termasuk membuka pusat dapur di setiap negeri terbabit.

Dalam pada itu, syarikat membuka peluang perniagaan kepada sesiapa yang berminat memperoleh franchais “hitandeat’ dengan modal permulaan antara RM350,000 hingga RM400,000.

“Pendekata, sasaran saya mahu melihat sekurang-kurangnya wujud 50 karavan ‘hitandeat’ wujud di seluruh negara kelak,” sambung Ieman menaruh harapan.

Dengan lebih kurang 18 menu yang boleh dipilih berharga dari RM6 hingga RM25 bagi hidangan kambing contohnya, ia makanan ringan yang berbaloi wang ringgit yang dibelanjakan.

Apatah lagi menjelang Ramadan ini di mana waktu amat terhad untuk memasak, bolehlah membeli terus dari karavan makanan ini kerana setiap hidangannya memang berkhasiat, berkualiti dan yang paling utama bersih.

“Packaging kami pun tidak menggunakan plastik bagi memastikan makanan terpelihara hygienic,” tambah Ieman yang mementingkan konsep ‘go green’ atau tenaga hijau.

Merancang menambahkan pilihan makanan kepada 35 menu keseluruhannya dan bertukar setiap tiga bulan sekali meliputi hidangan masakan barat, timur dan sudah tentu hidangan Malaysia.

Antara pilihan masakan yang popular dan mendapat sambutan ramai kini seperti Beef Burger, Nashville Chicken, Nasi Lemak dan masakan Timur Tengah.

Ada empat kategori menu makanan disediakan iaitu Burgers, Pasta, Meat Lovers, Asian dan lain-lain seperti Hot Dog, Chicken Tender dan Chicken Wing. 

Pada bahagian menu Sides atau Sampingan pelanggan boleh menempah minuman ringan karbonat  dengan harga RM2 dan Nachos Chips RM8.

Kak Fas dah rasa serba sikit apabial dihidangkan dan memang sedap malah penyediaannya pun bukan di dalam plastik seperti sediakala.

Naik pula selera bila makan beramai-ramai  apatah lagi bila berebut mencuit-cuit serba sikit. Nak makan semua rugi pulak nanti kenyang tak dapat rasa semua ya tak?

Seperkara lagi, sejajar dengan namanya "HitandEat', satu permainan akan diperkenalkan bulan hadapan bagi pelanggan memperoleh kemenangan makan percuma.

Haa.... sebab itu lah dikatakan "hitandeat' ... yalah macam permaianan 'hit the jackpot' .. .bila menang kan ada habuannya ya tak?

Jadi itu antara sebabnya nama karavan ini diberi "hitandeat' (bila menang dapat makan gitu).

Tetapi kalau korang nak cuba dan makan dirumah boleh aje sebab ‘hitandeat’ turut membuat penghantaran makanan dengan percuma tau. Cuma telefon 1800 18 8989.

Lebih mudah download aplikasi Hit&Eat melalui Google Play Store atau Apple Store anda ya.

Info lanjut berhubung dengan tempahan dan menu yang bole ditempah boleh layari dan Klik SINI.

Kas Fas yakin anda pasti suka!

KARAVAN #HitandEat ini terletak berhampiran MRT Taman Mutiara, Cheras.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan