NIKMATI 'WARNA WARNI BUFET RAMADAN" DI THE VENUE SHAH ALAM MULAI 6 MEI
Adakah anda warga Shah Alam atau pun bandar diRaja Kelang yang berdekatan tetapi setiap hari perlu menuju ke Kuala Lumpur untuk bertugas?
Jika beginilah rutin anda setiap hari, tentu penat kan apatah lagi terperangkap dalam ‘jam’? Dan tak lama lagi kita seluruh umat Islam akan menyambut Ramadan, bulan puasa yang wajib bagi semua muslimin dan muslimah.
Adakah anda sudah bersedia untuk merancang di mana perlu berbuka puasa apatah lagi bagi mereka yang tinggal jauh dan tidak sempat untuk pulang berbuka?
Jika itu menjadi permasalahannya, Kak Fas nak syor sebuah lokasi yang boleh dicuba bagi berbuka puasa iaitu di The Venue, Shah Alam.
PIX Kredit FB The Venue. |
Tapi jika anda nak dapatkan harga diskaun kenalah buat tempahan hari ini barulah dapat kurang RM10 daripada harga asal RM55.
RM10 tu banyak tau apatah lagi jika tempah ramai terasa jimatnya sebab cuma bayar RM45 satu kepala manakala kanak-kanak boleh jimat RM5 daripada harga asal RM30 (ini untuk kanak-kanak berusia 7 hingga 12 tahun sahaja ya. Kalau bawah dari 7 tahun makan percuma you alls….
Bertemakan ‘Colours of Ramadan” atau dalam bahasa Malaysianya “Warna Warni Ramadan’, bufet Ramadan 2019 yang disediakan oleh The Venue, Shah Alam ini akan bermula pada 6 Mei hingga 1 Jun 2019.
Dengan harga biasa RM55 seorang untuk dewasa dan RM30 untuk kanak-kanak seperti yang dinyatakan tadi, anda berpeluang menikmati pelbagai hidangan mengikut temanya yang berwarna warni gitu.
Ada daging hitam, ayam merah, sayuran hijau, masak lemak dan paling dinanti-nantikan ramai tentulah ‘signature dish’ mereka iaitu kambing golek dan daging barbecue.
FARLISA Yaafar, Pengurus UNIQ Event & Catering menjemput anda ke The Venue.... |
Tabiat Kak Fas bila berbuka nak mencari manisan dahulu dan apabila nampak bubur pulut hitam, kueh keria dan segala macam kuih melayu yang biasa dihidangkan waktu berbuka malah kesukaan Kak Fas sudah tentu itu yang dicari dahulu.
Pun begitu, Kak Fas akan mengamalkan makan buah-buahan dahulu di mana Kak Fas mengutamakan makan pisang terlebih dahulu.
Korang tahu tak sebenarnya kita digalakkan memakan buah-buahan terlebih dahulu sebelum makan berat supaya perut dapat menghadam makanan lain yang masuk.
Dari segi kesihatan pula ia memang disyorkan para doktor dan pakar kesihatan pemakanan. Jika tak percaya sila google dan tanya hahaha. Jadi ingat jangan makan buah-buahan selepas makan sebab fungsinya dah lari….
Tak betul sebenarnya untuk perut kita…
Kak Fas tak nak lah cerita panjang lebar di sini mengenai khasiat memakan buah-buahan dahulu nanti terpesong lak dari kisah prebiu makanan di The Venue ini huhu..
Ok… pertama kali langkah masuk ke Venue ini, Kak Fas tertarik dengan keluasan dewannya yang luas. Patutlah Venue ini sering menjadi pilihan majlis perkahwinan. Memang sesuai sangat.
Di sebelah kiri pintu masuk disediakan beberapa stesen makanan daripada meja minuman sejuk dan panas hingga ke meja makanan utama lengkap dengan nasi putih.
SAMBIL menikmati makanan halwa telinga disajikan dengan muzik dari live band. |
Pendekata, The Venue menyediakan makanan mengikut selera semua, Tepuk dada tanya selera kata orang kan?
Selepas bermula dengan buah pisang Kak Fas memilih buah nangka, Memang manis sangat sehingga cepat habis sampai Kak Fas terpaksa pula meminta kakitangan di situ untuk memotong bahagian tengah buah nangka supaya dapat mengeluarkan isinya dengan mudah.
Selain itu, bubur pulut hitamnya pun sedap. Cukup santan, gula dan garamnya… dan membuatkan Kak Fas dan keluarga tambah sampai dua tiga mangkuk u alls haha…
Untuk menu utama selera Kak Fas nak mencuba pula ayam masak lemak mentega rasanya… (disebabkan tiada nama menu pada masakan) … juga sedap.
Sebenarnya masakan itu terlebih dahulu direkomen oleh anak Kak Fas… “Ma cuba try ayam mentega tu… sedap” katanya.
Tu yang walau pun dah kenyang terpaksa juga banguna untuk mencarinya. Memang benar masakan ayam mentega ini menyelerakan bahkan haruman daun kari dan menteganya menambahkan selera makan.
Bagi mereka yang suka gulai kawah tentu suka menikmatinya di The Venue ini malah jika mahu yang ringan boleh aje ke kaunter stimboat dan rebus sendiri pilihan isi ketam, bebola ikan dan lain-lain yang ada di situ.
Pada majlis prebiu makanan yang diadakan untuk media serta bloggers, turut hadir personaliti popular, Dee Jangan Ketawa.
Tidak disangka-sangka nama Kak Fas pula naik dahulu pada acara cabutan bertuah… dapatlah hamper yang kemudiannya Kak Fas hadiahkan kepada cucu yang kebetulan hari itu jatuh pada hari jadinya.
Sejujurnya ini pertama kali Kak Fas membawa keluarga bersama menikmati juadah pada majlis bufet Ramadan, Itu pun sebab rakan blogger Kak Fas yang mengundang, Fatin mempelawa Kak Fas untuk membawa keluarga.
Jadi Kak Fas pilih keluarga yang tinggal di Shah Alam untuk bersama. Terima kasih Aten dan The Venue yang sudi menerima kehadiran Kak Fas sekeluarga.
Dnegan lebih 50 lauk pauk yang disediakan apa lagi yang boleh memuaskan selera anda pada harga RM55.
Menariknya di sini juga disediakan surau untuk solat Maghrib selepas berbuka malah dengan kemudahan parkir menambahkan keselesaan kehadiran.
Info lanjut boleh layari laman facebook the venue. KLIK SINI.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan