Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

PELBAGAI HADIAH MENANTI DI SOGO CENTRAL i-CITY


Bergemanya gendang Jepun serta tarian singa Cina digabungkan pula dengan paluan bunyi kompang Melayu menjadikan pelancaran gedung terkemuka, SOGO di Central i-City agak unik apabila tiga budaya disatukan dalam sebuah acara perasmian.

Kak Fas tabik kepada pihak penganjur yang memberikan satu kelainan pada sesebuah acara perasmian dengan mengutamakan pelbagai budaya yang menjadi tunggak kesenian kaum Melayu, Cina termasuk Jepun, merangkumi satu rumpun di benua Asia.


Berbaloi rasanya Kak Fas memandu jauh dari Kuala Lumpur ke Shah Alam seawal jam 8 pagi bagi memenuhi undangan daripada SOGO KL yang dilayangkan oleh teman seperjuangan, siapa lagi jika bukan PRnya, Ikhsan Ismail (kanan).

Pembukaan SOGO di Central i-City, Shah Alam merupakan cabang kedua pusat membeli-belah ini sempena  sambutan ulang tahun ke 25 sejak SOGO dibuka di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.

Khabarnya, SOGO merancang membuka sejumlah 5 gedung lagi sekitar Malaysia dengan pembukaan cawangan ketiganya di Mid Valley Southkey, Johor Bahru pada 23 April depan.

“Menjelang 2022, SOGO dijangka dapat mengembangkan rangkaiannya kepada 6 kedai dengan jumlah ruang perdagangan runcit sebanyak 2.4 juta kaki persegi,” ujar Ketua Pegawai Eksekutif SOGO, Encik Toh Peng Koon pada sidang akhbar dengan pihak media.

Turut hadir bersamanya, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan SOGO, Encik Raymond Teo (kiri).

Dalam pada itu, majlis perasmian turut dihadiri beberapa artis dan personaliti antaranya Amyra Rosli, Sean Lee dan Tanuja Ananthan yang juga bertindak sebagai emcee.

Pertama kali memasuki kompleks membeli-belah Central i-City ini apatah lagi dengan wujudnya gedung SOGO di dalamnya sudah pasti menarik warga Shah Alam dan berdekatan untuk membeli-belah.

Selepas ini taklah SOGO KL sesak lagi apabila sebahagian besar dari warga Shah Alam tidak perlu lagi berpusu ke pusat jualan tersohor di Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Ya lah… Raya pun dah nak dekat ya tak… jadi orang Shah Alam, Klang dan berhampiran bolehlah dengan selesanya membeli-belah di SOGO Shah Alam tanpa perlu memandu jauh ke KL lagi kan?

SOGO Central i-City mempunyai konsep reka bentuk estetika Jepun yang baharu sebagai kelebihan kepada warisan jenamanya. 


Berkeluasan kira-kira 200,000 ruang runcit kaki persegi dihiasi dengan cahaya hangat kontemporari dan pendekatan anggun yang minimalis, memancarkan getaran segar dan moden ke seluruh suasana persekitaran.

Pusat membeli-belah indah ini menawarkan lebih daripada 400 jenama, tersebar di empat tingkat keseluruhannya.

Pembeli juga akan menemui pelbagai rangkaian jenama kecantikan popular di Beauty Hall, fesyen yang bergaya untuk lelaki dan wanita bersama dengan koleksi aksesori yang komprehensif, pelbagai produk untuk si  kecil dan tidak ketinggalan bahagian ‘Home Department’ di mana terletaknya pelbagai produk dapur dan hiasan.


Di sini juga Kak Fas tertarik dengan koleksi set ‘Takeo Cookworks’ apabila melihat demonstrasi masakan oleh Chef Yatie Kitchen menggunakan  set periuk berkenaan. Walau pun nampak macam kualinya hangit tetapi ia tidak melekat dan mudah dicuci. 

Terima kasih Alice Wong selaku Pengarah syarikat Glowmark Pte Ltd yang bertanggungjawab memperkenalkan set 'Takeo Cookworks' pada pasaran Malaysia dan hanya boleh didapati di rangkaian SOGO sahaja.

Jika korang nak mendapatkan rangkaian periuk ‘Takeo Cookworks’ mudah aje. Ada caranya di mana melalui program penembusan Takeo, pembeli  yang berbelanja RM20 atau lebih boleh dapatkan stamp dan menebus mana-mana corak periuk dengan harga diskaun malah berpeluang memenangi hadiah wang tunai bernilai keseluruhan RM4,000.

Bila sebut Takeo ini teringat pula lirik lagu yang ada sebut ‘ taki taki taki taki rumba….’ hahaha.

Ok… jokes aside… promosi ‘Takeo Cookworks” ini yang bermula sejak 11 April lalu akan tamat pada 30 Jun depan.

Lebih menarik lagi, sempena pembukaannya, SOGO dengan kerjasama UOB Bank dan Mitra Kitchen menganjurkan Peraduan "Shop Win Fly" di mana pembeli berpeluang memenangi perjalanan 6D4N percuma untuk dua ke Tokyo.

Malah bagi meraikan perayaan Ulang Tahun ke-25  sekali gus, pembeli juga berpeluang untuk memenangi baucer membeli-belah dan hadiah-hadiah menarik lain dalam 25 Anniversary Shopping Spree SOGO.

Ini dan banyak aktiviti belanja lain telah dikenal pasti akan membawa pengalaman membeli-belah yang benar-benar baru untuk pembeli seperti Peraduan 'Spot & Win'.

Selain menawarkan nilai terbaik, kakitangan yang mesra waima suasana unik yang ditampilkan di samping lokasi strategiknya  menjadikan gedung Sogo Central i-City destinasi membeli-belah pilihan ramai khususnya warga Selangor.

SOGO Central i-City SOGO dibuka dari pukul 10:00 pagi hingga 10:00 malam setiap hari dan mudah diakses melalui empat (4) lebuh raya utama - NKVE, KESAS, Persekutuan dan GUTHRIE.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Encik Ronnie Tan di 03-26181888 atau layari www.sogo.com.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan