Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

VITALICIA MAMPU JADIKAN ANDA 'SUPERMODEL?"


Adakah anda seorang yang mengalami masalah obesiti?

Di sebabkan berat badan itu, anda rasa kurang yakin dan tidak konfiden dengan penampilan diri apatah lagi jika berkulit gelap.

Jika itu masalah anda barangkali Vitalicia Supermodel Glow dapat membantu. 

Tetapi apa Vitalicia SG tu?


Vitalicia Supermodel Glow, adalah suplemen makanan revolusi baru untuk wanita yang direka khusus untuk cantik dalaman dan luaran bak supermodel.

Wah! Supermodel? 

Perkataan itu sekali gus membuat Kak Fas membayangkan tubuh badan seorang peragawati yang tinggi lampai dan cantik berseri. 

Jadi, adakah Vitalicia mampu menjadikan penggunanya ala supermodel? Pasti hebat kan?

Tidak harianlah kata-kata pertama pengasasnya, Aleeya Zailan berbunyi begini:

“Do you wanna LOOK like a supermodel, BE like a supermodel, FEEL like a supermodel?  Let’s unleash the supermodel within with VITALICIA SUPERMODEL GLOW!.

Ya itulah janji Aleeya Zailan, 34,  selaku Pengasas & Pengarah Urusan Vitalicia Sdn Bhd. terhadap produk terbaharunya, Vitalicia yang dilancarkan petang semalam dalam suasana penuh glam di Flora Terrace, Kuala Lumpur.


Malah kehadiran adik kepada pelakon dan penyanyi popular, Fyna Jebat menambahkan seri majlis apabila diundang untuk menyampaikan beberapa buah lagu.

Ok... apa itu Vitalicia Supermodel Glow?

Menurut Aleeya, Vitalicia Supermodel Glow diilhamkan daripada nama anak ketiganya, Alicia Aleena berusia 10 bulan.

“Ia produk ketiga keluaran saya yang diinspirasikan  menerusi nama Alicia. Macam sebelum ini produk penjagaan kulit saya, Avenys diilhamkan sempena nama anak sulung, Eva Natasha, sembilan tahun," ujar Aleeya.

Tentu korang terfikir kan kenapa perlambangan atau contoh supermodel yang menjadi penanda aras kepada produk ini? 

Atau adakah bila makan produk ini anda mampu berangan jadi supermodel?

Pelbagai persoalan mula bermain di fikiran ya tak?

Namun  bagi Aleeya, beliau ada  alasan konkrit dan tersendiri kenapa  suplemen Vitalicia Supermodel Glow ini memilih terma ‘supermodel’ sebagai sasaran kepada keberkesanan produk itu. 

“Supermodel ni ada macam-macam size mereka, tak semua supermodel kurus dan tak semua supermodel putih melepak. Jadi saya nak “educate”  rakyat Malaysia untuk lebih yakin dengan diri mereka. Cuma dengan Vitalicia, kita boleh bantu semua wanita dan lelaki untuk “enhance” lagi kulit mereka agar lebih cerah berseri di samping meningkatkan kadar imunisasi sekali gus menurunkan berat badan.


“Saya percaya dalam diri kita sebagai manusia tak kira lelaki atau perempuan pasti ada contoh atau idola yang kita mahu jejaki. Bukan saja dalam soal kerjaya, demikian juga dalam soal kecantikan serta penampilan diri.  Ada yang suka tengok artis atau tokoh terkenal dalam pelbagai bidang sebagai rujukan terbaik untuk mengejar cita-cita.

“Saya sendiri tak terkecuali. Kalau bab supermodel, saya paling sukakan Tyra Banks. Saya memang peminatnya dan sering mengikuti program America’s Next Top Model bermusim musim. Saya lihat dia banyak gilap ramai wanita yang tiada keyakinan dan lemah semangat untuk mengeluarkan sisi ‘fierce’ dalam diri demi menjadi supermodel. 

“Selalu kalau tengok program itu, memang akan berangan nak jadi macam supermodel. Malah, saya sendiri kalau menghadiri pertunjukan fesyen pun makan hati melihat bentuk badan model yang memperaga pakaian. Dalam hati terbit rasa nak dapat badan macam mereka yang langsing dan cantik. Lalu hadirlah ilham produk suplemen, Vitalicia Supermodel Glow yang selamat untuk digunakan tanpa was-was memandangkan ia tidak mengandungi bahan kimia." panjang lebar ucapan Aleeya yang mahu mendidik masyarakat menghargai produk bebas kimianya itu.

Menjadi wanita bergelar isteri dan ibu juga sering membuat Aleeya sendiri berdepan kenaikan berat badan mendadak terutama selepas melahirkan anak.

“Saya percaya semua wanita yang mengandung dan melahirkan anak akan berdepan masalah sama iaitu berat badan naik mendadak. Memang tak boleh elak. Setiap kali lalui fasa itu, berat badan saya akan naik. Ia realiti. Malah apabila mengandung saya trauma takut gemuk," cerita Aleeya.

Menurut ibu anak tiga ini, berat badannya pernah cecah 80 kilogram apatah lagi bila mengandung.

"Memang kalau mengandung, saya kena terima hakikat akan naik dua tiga kilogram. Memang tertekan. Bab berat badan ini ada kalanya jadi isu yang tiada henti terutama untuk golongan wanita. Saya pula jenis yang suka memasak dan makan, jadi terpaksa akur dengan hal ini." akuinya jujur.

Namun segala igauan itu kini tinggal kenangan apabila berat Aleeya kembali pada paras 50 kilogram. Wow! turun 30kg u alls....! Korang mahu?

"Vitalicia Supermodel Glow menjadi penyelamat dan saya yakin wanita di luar sana juga akan jatuh hati dengan produk ini," tambahnya.

Disebabkan sifat jujurnya dan tidak mahu menipu pelanggan, Aleeya mengambil keputusan tidak menggunakan artis atau KOL sebagai duta jenama bagi urusan promosi.

"Testimonialnya adalah diri saya sendiri dan saya mahu membantu wanita di luar sana bukan sahaja untuk kembali cantik tetapi mampu menjana pendapatan khususnya kalangan suri rumah," harapan Aleeya.

Berkongsi rahsia kecantikannya, Aleeya berkata dia mempraktikkan penggunaan Vitalicia Supermodel Glow beserta losyen atau serum dan menyapu di mukanya, sekurang-kurangnya dua kali seminggu.

"Vitalicia Supermodel Glow telah dibangunkan sejak hampir tiga tahun. Maklum balas awal cukup positif dan sangat menggalakkan dengan 95% pengguna mengesahkan peningkatan yang ketara dalam seri kulit setelah memakannya secara teratur  dan konsisten selama tiga minggu. 


“Matlamat kami adalah untuk menjadikan kulit anda bersih dan bersinar tanpa sebarang solek.  Ia adalah solusi tepat bagi mereka yang ingin memperbaiki kesihatan keseluruhannya," sambung Aleeya memberi jaminan.

Harganya mampu milik  dan dijual pada  RM89 sekotak dengan kandungan 14 sachet yang boleh bertahan selama dua minggu. Ia boleh didapati secara dalam talian di www.vitalicia.com.my dan melalui pengedar sah di seluruh negara.

Mengharapkan Vitalicia dapat diterima baik oleh masyarakat Malaysia, Aleeya sasarkan jualan mampu mencapai 120,000 kotak menjelang akhir tahun 2019.

Dalam pada itu, beliau membuka peluang mana-mana individu untuk menjadi ejen dengan bayaran lebih kurang RM2,100 di mana mereka akan diberikan 30 kotak Vitalicia serta baju t khas.

Pengetahuan lanjut boleh menghubungi talian +60195009400.

Pun begitu korang mesti nak tahu lebih lanjut kan apa keistemewaan Vitalicia ini?

Jadi secara ringkasnya baca di bawah ini:


* Vitalicia Supermodel Glow, suplemen makanan revolusi baru untuk wanita, hanya menggunakan ramuan sumber yang terbaik yang telah melalui pelbagai proses dan pengujian keberkesanan. Formula semulajadi gabungan bahan yang berkhasiat secara klinikal direka khusus cantik dalaman dan luaran bak supermodel.

 * Vitalicia Supermodel Glow hadir dalam bentuk serbuk kerana ramuan utama, iaitu buah camu-camu, terlalu masam untuk dimakan begitu saja.

 * Satu paket memberi anda 71mg khasiat Vitamin C berbanding 75mg, pengambilan Vitamin C harian yang disyorkan untuk wanita. Ambil satu paket pada waktu pagi ketika bersarapan dan sekali lagi pada waktu makan malam. Selepas ini anda tidak perlu lagi gusar tentang tidak mendapat cukup Vitamin lagi.

 * Sebagai alternatif, anda boleh mencairkan satu paket Vitalicia Supermodel Glow dalam 30ml air atau taburkannya ke dalam jus smoothie, jus, minuman gandum atau protein, mahupun salad.

 * Mempunyai makanan tambahan dengan formulasi semula jadi  serta efektif untuk pengambilan pemakanan yang diperlukan dalam badan. 

* Vitalicia Supermodel Glow menggunakan bahan yang dirumus secara semulajadi untuk membantu menegang, melembut, merata dan memanjakan kulit anda untuk seri semulajadi.

Haa tu dia.....nak tahu lagi.... jom lihat maklumbalas dari pengguna pada percubaan pra pelancaran yang diuji ke atas sekumpulan 273 sukarela kajian penilaiaan diri  selama tempoh 24 bulan:

● 95% daripada pengguna mengesahkan peningkatan yang ketara dalam seri kulit selepas memakannya secara teratur selama tiga minggu

● 81% pengguna bersetuju bahawa Vitialicia membantu dengan penurunan dan pengurusan berat badan  apabila digabungkan dengan senam kardiovaskular dan hidrasi.

● 92% daripada pengguna berasakan lebih banyak tenaga sepanjang hari.

● 78% pengguna dalam jangka panjang menyedari pengurangan jerawat dan kulit yang bersih dalam 14 hari apabila menggunakan 2 sachet sehari.
  
Sebagai usahawan dan ibu, melahirkan produk menggunakan nama anak-anak ada tujuannya.

"Saya mahu hadiahkan setiap anak satu syarikat yang mereka boleh sambung apabila saya tiada atau dah tidak mampu bekerja lagi nanti. Jadi anak-anak tidak akan bergaduh dengan harta sebab semua sudah diatur untuk mereka," rancang Aleeya. 

“Anak kedua saya, Aaron Aziz (7) pun sudah mula tanya bila pula nak keluar produk guna inspirasi namanya. Tapi dia patut rasa istimewa kalau tak ada produk namanya sekalipun, namanya sama seperti pelakon Aaron Aziz,” seloroh Aleeya yang berharap Aaron dapat meneruskan pula perjuangan bisnes ayahnya.


Minat memasak turut memberi idea untuk isteri kepada Mohd Azri Aziz ini menceburi perniagaan sulungnya dalam dunia makanan menerusi jenama Aleeya’s Kitchen pada tahun 2013.

“Secara suka-suka saya hasilkan sambal hitam serta muat naik di laman Facebook dan Instagram dengan tagline 'Sambal Hitam Pedas Giler Masuk Hospital'. Bermula dengan beroperasi di rumah saja dan memenuhi permintaan rakan serta kawan sepejabat suami.  Penat bekerja sampai saya dapat slipped disc, " kenangnya.

Namun berkat ketekunan waima berbekalkan modal RM500 hasil simpanan jualan sambal, lahirnya Avenish dan terkini Vitalicia untuk dibanggakan.


Kak Fas yakin wanita kelahiran dari Umbai, Melaka ini akan terus mencapai kejayaan yang diimpikan apa tah lagi prinsip yang ditanam di dalam sanubarinya adalah terus berjuang dengan semangat untuk mencapai apa saja yang diingini dengan usaha, doa serta tawakal.

Walau pun pertama kali bertemu, sifatnya yang mudah didekati dan mesra 
membuatkan Kak Fas lebih yakin Aleeya mampu menggerudi bahtera perniagaannya dengan jaya.

"Saya percaya tiada pintas untuk kita berjaya. Semuanya perlu datang daripada kepayahan dan pengalaman hidup. Saya pula jenis yang tak betah duduk diam. Saya nak buat itu dan ini malah sentiasa turun padang untuk memastikan kualiti produk," akhiri graduan jurusan politik dan bisnes dari  University of Auckland, New Zealand ini.

Untuk maklumat lanjut, lawati @aleeyazailan, @ vitalicia.co dan @avenys di Instagram & Facebook. #VitaliciaSupermodelGlow.

MIMI Waheedah (depan tengah) antara tetamu Aleeya.
BERSAMA adik Ayda Jebat, Fyna Jebat.    







Tiada ulasan:

Catat Ulasan