Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

ABANG 'TERLAJAK LARIS' PERKENAL PRODUK BAHARU SEMPENA RAYA


Tengok wajah usahawan ini, korang mesti teringat tag line nya 'Terlajak Laris' kan haha?

Dan sudah tentu sebutan yang dialunkan itu hanya datang daripada suara jutawan kosmetik terkenal... siapa lagi jika bukan Dato Seri Aliff Syukri Kamarzaman.

Kini, berpegang kepada moto 'Kejayaan Tanpa Batasan', jenama AS Legacy yang diasaskan oleh pasangan jutawan kosmetik No. 1 Malaysia berkenaan bersama isteri tercinta, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid sekali lagi mengorak langkah dengan pengeluaran koleksi fesyen di bawah jenama sama. 
PIX: Azroy
Berkonsepkan "Indahnya Raya", koleksi fesyen terbarunya ini dihasilkan mengikut trend semasa dan kehendak pasaran dengan kualiti tinggi tetapi dijual pada harga mampu milik. 

Koleksi Satin Amelia dihasilkan dengan konsep flora dan abstrak, penuh warna warni dengan kelembutan fabrik yang dikomposisikan khas untuk jenama AS Legacy, lengkap dengan bungkusan kotak istimewa sudah pastinya akan memikat pembeli dengan harga RM100 sehelai.

Bukan itu sahaja, buat julung kalinya AS Legacy mengeluarkan koleksi Bawal Swarovski buat gadis jelita yang inginkan kesederhanaan tetapi tampak mewah dengan kilauan permata Swarovski.

Pilihan warna gelap dan pastel sudah semestinya sesuai untuk digayakan ketika lebaran ini, dengan harga RM99 sehelai beserta bungkusan istimewa menjadikan koleksi Bawal Swarovski ini satu pilihan yang tepat. 


Cantik berseri di hari raya, indah lagi jika menggayakan Telekung Nurshahida di pagi Syawal. 

Rekaan eksklusif daripada Datin Seri Nurshahida dan Dato Seri Aliff Syukri ini anggun dipakai dengan 3 pilihan warna renda.

Istimewanya Telekung Nurshahida ini, bentuk mukanya yang selesa amat mudah dipakai menggunakan fabrik Japanese Cotton' yang lembut, sejuk dan selesa serta didatangkan dengan beg berenda, pada harga RM129.00 satu set. 

Merubah persepsi masyarakat daripada hanya menjual jamu dan kosmetik, AS Legacy bukan sahaja menghasilkan koleksi fesyen wanita tetapi kali ini turut menampilkan koleksi lelaki iaitu Kurta Aliff dan Kain Pelikat Syukri yang mudah digayakan di pagi raya. 


Kurta Aliff digayakan sedondon bersama si cilik, direka dengan fabrik 'Cotton Silk' yang selesa dan sejuk dijual pada harga RM69.00 - RM99.00 sehelai. 

Malah buat jejaka tampan yang gemarkan gaya yang simple dan mudah, Kain Pelikat Syukri  direka instant berpoket bakal menjadi pilihan lelaki bukan sahaja yg muda malah yang berumur dijual pada harga RM120 sehelai.

Bersandarkan kepada keperluan pasaran yang luas dan permintaan yang tinggi, AS Legacy turut mahu dikenali sebagai jenama yang menjual pelbagai jenis keperluan di bawah satu bumbung yang sama.

Maka dengan itu terhasilla AS Beauty, AS Health, AS Kitchen dan ASL Cosmetics yang menjual pelbagai produk pasaran semasa.

Produk sulung keempat-empat jenama di bawah AS Legacy ini bakal dikeluarkan pada bulan ini menampilkan duta-duta ternama seperti Jalaludin Hassan, Zarina Zainuddin, Erra Fazira dan Wany Hasrita. 

AS Kitchen menampilkan Non-Stick Marble Soup Pot pelbagai saiz (RM130.00- RM499.00), Aluminium Non-Stick Frying Pan pelbagai saiz (RM99.00-RM399.00) dan juga Magic Lunch Box pelbagai jenis (RM45.00- RM79.00) yang sudah pastinya akan menggembirakan hati mereka yang suka memasak. 


Reflexology Magic Slipper di bawah AS Health membantu melegakan kaki pengguna dengan rekaan batu sungai asli sangat sesuai untuk kegunaan seharian dirumah. Rekabentuk baru hasil ilham Dato Seri Aliff Syukri ini dijual pada harga RM120 sepasang. 


Produk sulung AS Beauty pula dihasilkan dengan tujuan memudahkan urusan seharian tanpa perlu bergegas ke spa kecantikan. Magic Face 4 in 1 Beauty Massage Device membersih wajah secara semulajadi, melicinkan permukaan kulit dan pengguna akan merasai urutan professional dengan RM125 sahaja.

ASL Cosmetics sudah semestinya jenama yang ditunggu-tunggu oleh semua pengguna apabila menampilkan Erra Fazira dan Wany Hasrita sebagai duta bakal berada di pasaran pada bulan Jun nanti. 

Merangkumi 15 jenis produk kosmetik yang direka dan diformulasikan sendiri oleh Dato dan Datin sudah semestinya akan menjadi pilihan pengguna. Bakal dijual dengan harga mampu milik tetapi kualiti setaraf produk antarabangsa. 

"ASL Cosmetics menjanjikan kelainan dan sudah semastinya akan melonjakkan imej AS Legacy sebagai produk online No. 1 di Malaysia yang bertaraf antarabangsa," ujar Dato Seri Aliff Syukri ketika melancarkan produk-produk terbaharunya baru-baru ini.


Kejayaan AS Legacy tidak disangkal lagi. Kehebatan Dato Seri Aliff Syukri menghasilkan jutawan muda seawal umur 23 tahun dalam masa 4 bulan sahaja, mendidik peniaga online dengan pendapatan puluhan ribu seawal umur 11 tahun bukan lagi omongan kosong.

Malah AS legacy telah berjaya menembusi pasaran Indonesia, Australia, Brunei dan Singapura.

"Diharapkan KEJAYAAN TANPA BATASAN' ini akan membuka peluang perniagaan yang lebih luas, menjana pendapatan yang tidak pernah disangka-sangka dan paling penting berkongsi kejayaan dan rezeki bersama-sama," tambah abang 'terlajak laris' ini mengakhiri ucapannya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan