Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

AVENUE K JANJIKAN PENGALAMAN 'RADIANCE OF EID' HINGGA 10 JUN


Tidak lama lagi kita akan menyambut bulan Syawal. Dan kini Kak Fas yakin ada yang dah pun merancang untuk membeli-belah baju raya dan segala kelengkapan bagi menyambut lebaran.

Jika anda ingin menikmati keindahan Ramadan dalam paparan artistik geometri sebaiknya  jamukan pemandangan mata anda ke pusat membeli-belah popular, Avenue K yang terletak bersebelahan bangunan berkembar Petronas mahu pun Suria KLCC.

Ya di sini mulai sekarang hingga 10 Jun depan, anda akan dapat menikmati keindahan suasana Raya di Atrium Avenue K yang dihiasi dengan struktur geometri raksasa tergantung dari siling waima mencipta galaksi lampu bercahaya yang menerangi pasaran perayaan di bawahnya.


 
Diilhamkan oleh corak geometri Islam, tema 'Radiance of Eid' bersinar terang dalam struktur berbentuk geometris tebal yang dihiasi oleh bunga bunga tropika yang indah.

Kak Fas yakin anda akan terpegun dengan lampu, warna, dan corak yang dibingkai oleh lantai mosaik reka bentuk geometri dan pokok sawit berwarna-warni yang mencipta karya seni yang benar-benar indah.

Pelbagai produk buatan tangan, aksesori fesyen, makanan perayaan, dan sebagainya disusun menarik bahkan  Avenue K menjanjikan  satu pengalaman membeli-belah Raya bak di Pasar Seloka.

Pelbagai aktiviti disediakan sambil anda berbelanja produk berkualiti tinggi yang boleh diperoleh di beberapa gerai 'pop up' di bahagian Atrium.

Istimewanya seperti musim-musim perayaan lain, nikmati makan secara percuma dengan perbelanjaan minimum sebanyak RM500 dalam maksimum dua resit Avenue K akan memberi ganjaran kepada anda dengan hidangan 'Buka Puasa' bernilai lebih RM100 dari Samba Brazilian Steakhouse, Juan Valdez Cafe, Nene Chicken, Baba Nyonya dan Wrap 'N' Roll .

Untuk menjadikan pengalaman 'balik kampung' anda lebih bermanfaat, ambil bahagian dalam Peraduan Pertandingan Mingguan Topeng dan menjadi salah satu daripada 30 pembeli bertuah untuk memenangi kad Touch 'n Go Limited Edition AK bernilai RM100. 

Dari 10 hingga 27 Mei, 10 pemenang akan dipilih setiap minggu, jadi bersiap untuk menang!

Khas buat semua 'shutterbugs' atau kaki selfie boleh menyertai peraduan 'Instagram Jom Selfie' dan berpeluang untuk membawa Hamper Raya eksklusif bernilai RM200 dari Pasar Seloka dan Wondermilk. Ikuti @avenuekmy untuk mengetahui bagaimana.
Selain itu, dapatkan peluang untuk menikmati RM10 untuk perjalanan pergi balik (sah untuk 1000 penumpamg pertama) apabila berkunjung ke  Avenue K dengan pengangkutan GRAB. 



Caranya, taipkan kod AKRAYA19 untuk menebus kod promo anda dari 10 Mei hingga 9 Jun 2019. 

Memang banyak pilihan jualan yang boleh anda peroleh. Kak Fas pun terpegun dengan produk-produk yang ada semasa hadir pada majlis pelancarannya baru-baru ini.

Majlis turut menyaksikan pemberian duit raya kepada 25 kanak-kanak yang kurang bernasib baik dari Pertubuhan Darul Fakir Malaysia di mana ini merupakan sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial Avenue K.

Sambil dijamu dengan hidangan lazat mereka juga dibawa untuk membeli-belah baju Raya masing-masing.

Malah, dalam usaha untuk membawa kegembiraan kepada anak-anak, mereka juga dihiburkan dengan persembahan secara langsung oleh penyanyi R & B, Kaka Azraff yang sedang hamil 4 bulan tetapi masih mampu aktif di pentas.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan