Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

PEROLEH PRODUK SEGAR, MURAH DARI SEGI FRESH



Sehari sebelum Ramadan tiba... Kak Fas mendapat panggilan dari teman blogger, Hanny untuk singgah ke rumahnya di Petaling Jaya. Untuk apa? Ini ceritanya.....

Sebenarnya, Kak Fas dah lama dengar mengenai pasaraya Segifresh, jadi disebabkan Hanny, memang rajin ke sana... Kak Fas pun berpesanlah untuk membeli beberapa produk harian yang sering diguna seperti susu, sardin, tisu muka, napkin tangan yang khabarnya murah dijual di pusat jualan runcit dan pemborong itu.

Sebaik mengambilnya,  Kak Fas ingat mampulah menjinjing bag hijau ini di bahu tetapi ya Allah... berat sungguh... dan bila sampai di rumah dan timbang... patutlah beratnya 14.9 kg gitu! 




Itu belum termasuk kotak tisu muka dan kertas napkin tangan atau 'serviette ' yang Kak Fas pesan.

Apa isi dalam bag hijau berkenaan fikir hati? Rasanya lebih daripada pesanan biasa.

Sebaik di buka... wah... ada kira-kira 23 produk yang dibekalkan untuk Kak Fas mencuba meliputi 5 jenis tin susu, 3 tin laici, 1 tin longan, 2 paket bihun, 1 botol sos cili, 1 pek choc malt dan kopi premium serta 3 botol jam.

Rupanya sikit yang Kak Fas pesan, banyak pula yang Hanny berikan....Katanya, dia sengaja membeli barang lebih untuk Kak Fas cuba. itulah rezeki namanya. Terima kasih Hanny! 

Pandai juga Hanny memilih barang-barang yang sesuai untuk Kak Fas. 

Kena pula pada bulan Ramadan, jadi memang tepatlah untuk Kak Fas mencubanya, lebih-lebih lagi adanya buah-buahan dalam tin seperti laici dan longan, memang sesuai untuk dijadikan air pembuka puasa.

Selama seminggu berturut-turut Kak Fas menggunakan produk-produk Segifresh  untuk berbuka puasa dan memasak.

Kak Fas  guna krimer manis  untuk membuat puding karamel serta sardin yang kedua-duanya dari jenama Traders Choice, untuk memasak kari Sardin.

Menariknya mengenai rangkaian krimer yang di dapati dari pasaraya Segi Fresh ini ia dilabel mengikut kesesuaian pengguna. Jadi mudah untuk Kak Fas pesan nak yang jenis mana.

Contohnya, ada krimer manis khas untuk peniaga bahkan ada juga yang disebut untuk minuman kopi serta teh tarik kerana ia lebih berbuih (foam). Ada juga krimer yang rendah kadar kolesterolnya seperti dari jenama 'Sedaap' malah ada yang lebih berbuih (froth).

Bagus juga kan ada label begitu... bolehlah pengguna memilih yang mana satu dikehendaki untuk bancuhan kopi atau teh tarik masing-masing.


Bab sardin pula, Kak Fas tengok ada 4 jenis jenama iaitu Sardin Crown's Choice,  Trader's Choice, Sedaap Brand dan Iklan Brand. Jadi Kak Fas pesan beli je setiap jenama supaya boleh rasa kelainannya.

Yang Kak Fas dah cuba untuk memasak kari Sardin adalah dari jenama Trader's Choice. Isi sardin nya penuh dan kuahnya pun banyak tak seperti setengah tin sardin dari jenama popular... kuahnya sikit dan sardin pun kecil.

Kak Fas memang suka sardin.... samada masak kari atau goreng sahaja dengan bawang besar dan cili.... malah jika ada lebihan boleh simpan dan buat 'sandwic' untuk sarapan pagi.

Sebelum Kak Fas coret lanjut, korang pernah dengar tak pasaraya "Segi Fresh" ini?

Sejujurnya Kak Fas pun tidak tahu kewujudannya selama ini hahaha... maklumlah Kak Fas selalu ke kedai terdekat rumah untuk membeli-belah barang harian cuma sekali sekala sahaja ke pasaraya-pasaraya di kota. Namun pasaraya Segi Fresh ni belum pernah masuk. Tu sebab bila Hanny menjadi pelanggan tetap sana, Kak Fas minta tolong dia belikan mana yang diingini.

Jadi bila mendapat produk-produk Segi Fresh yang lain daripada yang dipesan, Kak Fas pun ingin tahu lanjut dan Kak Fas yakin korang pun nak tahu juga ya tak?

Dengan falsafah perniagaan yang terkemuka, dan konsep inovatif yang baru digabungkan dengan ciri-ciri tradisi "pasaran segar", SEGI FRESH telah menjadi perintis dalam industri, memperkenalkan pengalaman membeli-belah baru untuk kedua-dua peniaga dan pengguna akhir. 

Mengkhususkan diri dalam runcit / borong, SEGI FRESH adalah 'Pusat Pengedaran Langsung' yang menjanjikan produk SEGAR dengan HARGA yang kompetitif, 

Dengan objektif memberikan keselesaan dari segi keselamatan ditambah pelbagai produk jualan dari makanan segar, daging, makanan laut yang indah serta lain-lain nya untuk pilihan, perkhidmatan SEGI FRESH meletakkan senyuman di wajah orang.

Yang penting diketahui, SEGI FRESH menjanjikan ini:

"Ya, kami tahu "segar" adalah sebahagian daripada nama kami, tetapi kami bukan hanya buah-buahan dan sayuran. Kami mempunyai pelbagai barangan khusus yang unik, produk bermusim dan barang-barang tempatan yang ditanam serta istimewa dari semasa ke semasa".

Dah... itu dia serba ringkas yang dapat Kak Fas kongsikan mengenai hala tuju pasaraya SEGI FRESH yang ditadbir di bawah syarikat Segi Cash & Carry Sdn Bhd iaitu anak syarikat Kumpulan SEGI.

Yang penting, khabarnya produk-produk yang dijual di pasaraya Segi Fresh ini murah dan berbaloi dengan nilaian wang ringgit yang dibelanjakan. Maklumlah jika ekonomi merudum eloklah mencari pasaraya yang menjual barangan harga mampu beli ya tak agar dapat berjimat cermat apatah lagi nak Raya nanti.

Ada kira-kira 24 hari lagi sebelum Syawal menjelma, jadi dengan masih banyak lagi barang dapur dari Segi Fresh ini Kak Fas sedang nak reka-reka apa lagi yang boleh di masak.
Dalam pada itu, pada bulan yang mulia ini berkongsi rezeki itu lebih afdal kan. Jadi Kak Fas pun membahagikan sebilangan produk sama yang ada kepada anak untuk beliau pula mencubanya. 

Well... #sharingiscaring kan....satu cara juga untuk mempromosikan Segi Fresh tak gitu?


Khabarnya juga, pasaraya Segi Fresh selalu mengadakan promosi dengan diskaun hebat. Jadi jika korang nak tahu dan tidak ketinggalan sebaiknya ikuti dan layari laman sosial media mereka. 

Sila KLIK DI SINI atau lihat promosi melalui Instagram INI.

Boleh juga membuat pertanyaan melalui laman  WEB INI.

#segifreshmarket #segifresh #segifreshpromosi #barangdapurmurah #hargaborong #shoppingbarangdapur #pasarayaborongruncit #barangdapurfresh #pasarsegar #janjisegi #janjisegar #ramadhanwithsegi




Tiada ulasan:

Catat Ulasan