Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

DAZRIN DAH 6 BULAN TAK SENTUH NASI. KENAPA?


Semalam 11 Mei.... buat pertama kalinya Kak Fas berbuka di luar.  Selalunya minggu pertama Kak Fas memberi tumpuan kepada berbuka dengan keluarga di rumah sahaja.

Namun disebabkan mendapat undangan untuk ke majlis meraikan hari jadi pelakon Dazrin Kamaruddin dan isterinya, yang jatuh pada bulan Mei, Kak Fas tidak dapat menolaknya waima menerima jemputan wats app dari Dazrin yang dah lama Kak Fas kenali ketika baru menapak dalam bidang lakonan.

Sebenarnya, sudah banyak kali juga mendapat undangan ke majlis-majlis anjuran Dazrin atau lebih mesra Kak Fas sape. "Daz" sahaja. Namun setiap kali pula Kak Fas tidak dapat hadir atas beberapa urusan lain.

Jadi, memandangkan semalam Kak Fas agak 'free' jadi mengambil keputusan 'last minit' untuk hadir ke Naan Lounge, Shah Alam yang menjadi lokasi di mana berlangsungnya 'majlis berbuka puasa' sempena hari jadi Daz dan isteri, Nur Fazulin Razali.

Kira-kira 50 hingga 60 keluarga, teman rapat  yang hadir termasuk rakan artis antaranya seperti Beego dan isteri, Linda Hashim mahu pun penerbit  dan pengarah, Datuk TS Jeffrey dan Nonny Nadirah.

"Bulan Mei amat istimewa bagi saya kerana bulan ini banyak peristiwa penting yang perlu diraikan. Bermula 8 Mei ia adalah hari jadi ayah saya, termasuk ulang tahun perkahwinan mereka yang ke 37 tahun,  kemudian hari jadi saya 10 Mei (31 tahun) manakala hari jadi Zulin pula hari ini, 11 Mei (35 tahun)," ujar Daz ketika ditemui.

Dalam pada itu, katanya, 6 Mei pula adalah hari ulang tahun perkahwinan ke 2 mereka yang kini sudah mempunyai seorang anak lelaki, Dasuki yang lahir pada 13 April 2018.

"Jadi kita kumpulkan dan meraikan kesemuanya sekali gus," tambah Daz yang nampak agak kurus sedikit daripada awal Kak Fas mengenalinya.

Kenapa kurus?

"Daz tak makan nasi dah 6 bulan dan sekarang banyak melakukan 'work out' di gym," ujarnya.

Tetapi kenapa, memang nak diet ke, tanya Kak Fas.

"Untuk kekal relevan dalam industri, Daz harus jaga pemakanan dan penampilan diri kerana itu lah kehendak penonton yang mahukan seorang pelakon yang mempunyai pakej lengkap barulah boleh maju," tambah Daz.

Menurutnya, beliau pernah dinasihati oleh penerbit untuk turunkan berat badan dan penampilan diri jika mahu kekal dan mendapat tawaran berlakon.

Pelakon drama 'Misi Drama Cun' ini tidak menolak bakal aktif dalam industri dan kepingin membawa watak aksi dalam filem bergenre sedemikian.

"Jika boleh saya tidak mahu sangat dilabel sebagai pelakon cintan dan baik-baik sahaja tetapi mahu mencabar diri untuk berlakon dalam drama atau filem aksi,"  harapan Daz.

Berbintang Taurus seperti Kak Fas, berat badan Daz kini telah turun dari 88 kg ke 71 kg.

Selamat Hari Jadi Daz!! 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan