Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

HERBALIFE NUTRITION GALAK PEMAKANAN SEIMBANG SEMASA BULAN RAMADAN


Oleh Ina Mohd.

Tinggal beberapa hari sahaja lagi  Ramadan akan menjelma di mana seluruh umat Islam di serata dunia tidak sabar menunggu bulan yang  barakah ini. 

Pahala dikumpul sebaik mungkin. Tidak lupa juga ramai yang menantikan makanan yang enak di bulan Ramadan samada makan di rumah bersama keluarga atau pun pada Bufet Ramadan di restoren tertentu. 

Malah kadangkala banyak pula lauk pauk dibawa pulang apabila tidak dapat mengawal nafsu mata ketika berada di pasar Ramadan yang menjual pelbagai jenis makanan.

Persoalannya, adakah anda tahu pemakanan harian anda baik atau tidak? 

Atas hakikat itu, Herbalife Nutrition Malaysia baru-baru ini menjemput para media dan bloggers untuk mengikuti sesi penerangan ringkas mengenai pemakanan yang seimbang di bulan Ramadan yang dikongsikan oleh Ahli Lembaga Penasihat Nutrisi Herbalife Nutrition, Prof Madya Dr. Hamid Jan bin Jan Mohamed.

Turut hadir, Pengurus Besar/Pengarah Herbalife Nutrition Malaysia, Encik Steven Chin.

Dengan objektif untuk menghasilkan masyarakat yang sihat dan gembira, Prof Madya Dr. Hamid berpendapat rakyat Malaysia harus mengamalkan pemakanan yang seimbang.

Menurut beliau,  kebanyakan masyarakat lebih utamakan kepada pemakanan berbanding mengumpul pahala. 

"Dalam pemikiran, jika sahur, perlu makan nasi. Nasi sebenarnya mempunyai glukosa atau gula. Jadi apabila kita makan berat ketika sahur, beberapa jam kemudian kita akan cepat rasa lapar. Sebaliknya makan makanan yang rendah GI atau gula", ujar Dr. Hamid. 

Tambahnya, sebaiknya ketika sahur dan berbuka dikurangkan makanan yang tinggi garam dan kafein. Sebaliknya banyakkan makan makanan yang mengandungi  komplek karbohidrat dan protein yang tinggi waima lebihkan buah-buahan serta sayur-sayuran. 

Dr. Hamid menansihatkan, agar kita lebih banyak minum air malah bangun lebih awal ketika bersahur. 

"Ini supaya badan cukup dengan air. Kita berpuasa lebih kurang 14 jam jadi sentiasa berhati-hati dalam memilih makanan," ujarnya.

Di samping itu, Dr. Hamid  turut mengingatkan agar tidak melakukan pembaziran makanan pada bulan Ramadan dengan membeli pelbagai macam lauk pauh atau kuih muih dalam bilangan banyak. 

Sebaiknya masak sahaja di rumah katanya,  kerana makanan yang dimasak sendiri boleh dikawal sukatannya supaya seimbang.

"Jika makan di luar, semestinya kita tidak pasti apa yang ditambah. Malah ada yang tidak enak. Sebenarnya nafsu kita yang membuatkan kita mahu makan itu ini. Tetapi sekiranya minda kuat, maka pemakanan harian anda pasti akan sihat. Semuanya berkait dengan minda sendiri," tambah Prof.

Beliau seterusnya berharap umat Islam agar sentiasa menjaga bahagian makanan yang diambil iaitu separuh karbohidrat, suku protein dan suku fiber. 

Jika dalam tempoh sebulan itu pemakanan kita tidak seimbang dan elok jelasnya, maka berat badan tidak akan turun, sebaliknya jika mengamalkan pemakanan yang sihat bukan sahaja berat turun tetapi badan juga segar dan cergas. 

Sementara itu, Steven Chin turut mencelah dengan menyatakan bahawa menambah senaman sederhana semasa Ramadan juga merupakan kunci utama untuk mengekalkan tahap tenaga dan berat badan yang sihat.

"Apabila dipraktikkan bersama dengan tabiat makan yang sihat, seseorang boleh yakin memperoleh gaya hidup sihat, energik dan bahagia semasa bulan yang diberkati ini," tambah Steven.

Mengakhir sesi perbincangan Dr. Hamid berkata, apabila seseorang itu berpuasa, pasti cenderung untuk rasa lapar. Proses ini bermula apabila perut yang lapar menghantar 'signal' ke otak bagi menunjukkan keperluan untuk makan dan ini sering didorong oleh keinginan untuk mendapatkan glukosa atau makanan manis.

"Oleh itu, adalah dinasihatkan untuk berbuka puasa dengan beberapa biji kurma dan segelas air sebelum memakan makanan berat. Dengan cara ini, rasa lapar akan diatasi mengakibatkan mereka tidak makan terlalu banyak dalam satu masa," sambungnya.

Sesungguhnya, bulan puasa melatih  kita supaya mengamalkan pemakanan yang sihat dan seimbang malah ia harus dipraktikkan pada rutin pemakanan harian pada bulan bulan seterusnya.

Jadi seperti yang disarankan oleh Herbalife Nutrition, anda harus sentiasa berhati-hati dengan cara pemakanan harian supaya tidak tersasar dan mengakibatkan anda menjadi kurang sihat.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan