Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

#INGATRAYAINGATJAKEL... APA ISTIMEWA KOLEKSI RAYA JAKEL TAHUN INI YA?


"Ingat Kain, Ingat Jakel' atau "Ingat Raya, Ingat Jakel"....

Satu 'tagline' yang sudah sinonim dengan gedung Jakel apatah lagi apabila tibanya musim Raya. Dan kali ini pula kempennya berbunyi #JakelBarulahRaya

Kak Fas 'salute' pada Datuk Hj Mohamed Faroz Bin Mohamed Jakel, Pengarah Urusan Kumpulan Jakel yang mencipta kedua-daua 'tagline' ini. Memang sesuai sangat malah seakan sudah sebati dalam jiwa setiap orang yang sering menjadikan Jakel, gedung membeli-belah utama mereka menjelang Syawal.

Saban tahun juga, Jakel tidak ketinggalan menampilkan duta-duta selebritinya yang terdiri daripada artis lama mahu pun artis baharu dalam senarainya.

Masih mengekalkan Aaron Aziz yang sudah 7 tahun bersama Jakel termasuk Nabil Ahmad 5 tahun mahu pun Upin Ipin 6 tahun serta yang lain-lainnya seperti Awal Ashari-Scha AlYahya-Lara, Hanis Zalikha-Hairul Azreen-Yusof Iskandar, Ayda Jebat serta yang paling comel Abam hihi.....

"Mereka inilah yang setia bersama saya di mana koleksi-koleksi mereka sering menjadi tarikan ramai dan kali ini ada kelainan pada jahitan koleksi baju Melayu
Nabil Ahmad dengan perincian zip di sisi baju (bahagian pesak) dan di pergelangan tangan (sleeve). Ini bagi memudahkan si pemakai mengambil wuduk untuk solat atau pun membasuh pinggan contohnya," ujar Datuk Hj Mohamed Faroz dalam ucapannya pada majlis pelancaran koleksi baju raya Jakel di Jakel Mall baru-baru ini.

Memperkenalkan setiap koleksi baju Melayu bagi tahun ini, kata Faroz rekaan baju Melayu Aaron Aziz kali ini juga berbeza daripada tahun sebelumnya dari segi penggunaan pelbagai jenis fabrik serta warna agar si pemakai rasa kemas dan selesa.

Masih mengekalkan konsep moden kontemporari iaitu berpotongan slim-fit yang menekankan kekemasan di bahagian leher dan poket baju koleksi baju Melayu milik Awal Ashaari, Hairul Azreen dan Nabil Ahmad direka penuh bergaya dengan potongan, warna dan kualiti fabrik bagi membantu para jejaka beraya dengan penuh gaya dan keyakinan.

"Koleksi baju melayu Hairul Azreen contohnya diperkemaskan lagi dengan perincian jahitan tangan di bahagian kolar. Terdapat juga koleksi baju melayu potongan teluk belanga iaitu leher bulat," ujar Datuk Faroz.

 Di samping menitik beratkan soal kualiti, tawaran harga yang dipasarkan juga memainkan peranan penting. Melihatkan keadaan ekonomi yang kurang rancak, ramai pelanggan di luar sana lebih bijak dan selesa memilih koleksi pakaian mampu milik tetapi masih mengekalkan elemen eksklusif.

Sedar mengenai hal tersebut,  Jakel mengambil inisiatif dengan berperanan sebagai “one stop centre” bagi memudahkan pelanggan mendapatkan pakaian raya berjenama pelbagai selebriti di bawah satu bumbung. 

Malah lebih istimewa lagi, memenuhi permintaan ramai, buat julung kalinya Jakel memperkenalkan jualan secara atas talian (online). 

Majlis pelancarannya turut dilakukan serentak di mana orang ramai kini boleh mendapatkan pakaian Jakel di hujung jari.

"Dengan ini pelanggan Jakel yang berada di serata negeri berpeluang berbelanja tanpa sempadan malah mereka juga boleh mendapatkan diskaun apabila berlangsungnya 'happy hour' dalam talian," tambah Datuk Faroz.

Jika korang nak cuba sila layari laman jualan berkenaan, KLIK SINI.

Sementara itu, majlis lebih bertambah meriah apabila Jakel turut menjemput golongan asnaf dari Pertubuhan Kebajikan Islam Peribadi Mulia, Sungai Kantan Kajang dan juga dari golongan kelainan upaya (OKU) penglihatan. 

Tanggungjawab sosial korporat Jakel diteruskan dengan sumbangan duit raya dan baju raya kepada setiap seorang daripada golongan yang memerlukan itu.


Selain mendekati golongan OKU dan asnaf, majlis juga dihebatkan  lagi dengan sesi lelongan jualan “Happy Hour” untuk koleksi pakaian raya dimana setiap Duta Raya Jakel turut bersama mempromosi dan menjual koleksi pakaian raya mereka dengan harga runtuh.

Lebih menarik, mereka yang mahu mendapatkan harga runtuh juga harus  membeli-belah ke Jakel pada waktu lewat malam iaitu selepas jam 12.

Daripada harga biasa RM99 bagi sehelai baju Melayu, anda berpeluang mendapatkan potongan harga lebih kurang 10% lagi.

Oh ya... selain baju Melayu bagi golongan muda yang trendy boleh memilih koleksi kurta Jakel  fabrik kain kapas berkualiti.

Disamping mempunyai kekemasan pada potongan leher dan di belakang bahu. Kurta ini turut dilengkapi dengan detailing poket, juga berkonsepkan mesra wuduk dimana bahagian lengan boleh dilipat dengan mudah.

Setiap koleksi kurta yang dihasilkan mempunyai variasi pelbagai design dan terdapat lebih daripada puluhan warna bagi setiap rekaan.

Selalumya bab shopping ni kaum wanita yang paling rajin tak begitu? Apatah lagi Jakel menyediakan koleksi baju raya gaya plantun 'aduh aduh aduh...' siapa lagi jika bukan Ayda Jebat,Scha Alyahya dan Hanis Zalikha.


Berkonsepkan kurung moden, ia bersesuaian dengan citarasa terkini wanita terutamanya para gadis dan wanita berkerjaya yang inginkan penampilan ceria, modern dan mesra Instagram (Instagram friendly) di musim lebaran. 

Koleksi kurung ini turut memberikan sentuhan eksklusif pada setiap rekaan yang disasarkan kepada golongan wanita daripada peringkat remaja hingga dewasa. 

Setiap keluaran koleksi baju kurung untuk lebaran tahun ini lebih bersifat moden dengan pilihan warna yang menarik dan motif corak printed yang terkini. 

Pemilihan fabrik bagi setiap rekaan diambil kira bagi memberikan keselesaan berpanjangan kepada pemakai, selain itu penggunaan warna juga turut dititikberatkan supaya setiap lapisan umur dapat mengayakannya.

Terpesona juga mata Kak Fas tengok baju kurung yang digayakan ketiga-tiga selebriti wanita popular ini. Fesyennya simple tetapi tetap mempunyai elemen eksklusif.



Pun begitu, sebagai ibu, setiap kali membeli-belah sudah tentu pilihan baju anak-anak menjadi keutamaan.

Jangan risau... Jakel mempunyai segalanya di bawah satu bumbung. Pakaian kanak-kanak tahun ini masih dikekalkan di bawah Koleksi Upin Ipin dan tidak ketinggalan koleksi di bawah label Lara Alana dan Yusof Iskandar.


Setiap pembelian koleksi baju melayu Upin Ipin yang dijual mengikut rekaan baharu bersesuaian dengan masa kini turut diberi percuma kain samping dan butang baju Melayu.

Dan untuk si kecil sebaya Lara Alana dan Yusof Iskandar juga ada koleksi di bawah label kedua mereka.

Pendekata, sekali lagi Kak Fas nak sebut #IngatRayaIngatJakel. Dan apabila ingat Jakel ingat pula #Jakeltextiles kerana Jakel merupakan gedung tekstil terbesar yang menyediakan fabrik ekslusif dan berkualiti tinggi pada harga mampu beli.

Bagi mengetahui dengan lebih lanjut mengenai kempen Jakel Barulah Raya, anda boleh ikuti info terkini Jakel, di media sosial instagram Jakel di @jakeltextile dan juga Facebook @GedungTekstilJakel.

Para pelangan juga boleh memeriahkan kempen Jakel Barulah Raya ini di media sosial dengan hashtag #jakelbarulahraya #ingatrayaingatjakel #seronoknyarayajakel.

Selamat bershopping semua dan tentu sekali Kak Fas nak ucapkan Selamat Menyambut Ramadan.

Maaf Dzahir Batin! #ingatrayaingajakel #jakeltextile  #seronoknyarayajakel #jakelbarulahraya




Tiada ulasan:

Catat Ulasan