KENAPA ELFIRA LOY DIGELAR 'GADIS BERTUDUNG HIJAU'?
Selebriti ini dikenali sebagai 'gadis bertudung hijau'!
Kalangan hijabista tentu tahu siapa gerangannya kan jika Kak Fas tidak tampilkan gambarnya sekali pun ya tak? Apatah lagi yang setia dengan syampu jenama Rejoice.
“Saya telah menjadi wajah jenama Rejoice pada peringkat awal kerjaya, malah dikenali ramai sebagai ‘Gadis Rejoice Bertudung Hijau’. Saya amat gembira untuk sekali lagi berganding tenaga dengan Rejoice untuk menjadi sebahagian daripada pelancaran Rejoice ‘Hijab Perfection Series’ yang baharu," demikian akui Elfira Loy pada majlis yang berlangsung di Mydin Mall, Subang baru-baru ini.
"Saya begitu gembira mengetahui bahawa produk baharu ini memastikan rambut saya kekal dingin dan segar sepanjang hari. Selain itu, saya juga jatuh cinta dengan rekaan pek yang menarik dan dilihat sebagai simbol seorang Hijabista moden seperti saya. Saya tentunya mengesyorkan siri baharu Rejoice ini kepada hijabista-hijabista lain di Malaysia pada bulan Ramadan ini,” kata Elfira yang kini sedang mengandung anak sulongnya.
Menurut Elfira, walau pun beliau tidak berapa gemar dengan bau wangian sejak mengandung namun syampu Rejoice terbaharu ini tidak menghalang beliau untuk menggunakannya bagi mendapatkan rambut yang sihat dan segar selepas bertudung seharian terutamanya varian Perfect Cool.
Sementara itu, Encik Sahil Sethi, Pengarah Komersial Penjagaan Kecantikan P&G Malaysia, berkata:
“Rejoice sentiasa menjadi sebuah jenama yang pertama melancarkan sesuatu di pasaran. Ia termasuk syampu 2-dalam-1, syampu anti kelemumur kosmetik serta syampu Minyak Panas yang pertama di pasaran. Ia sentiasa meletakkan penanda aras untuk rambut licin sempurna dan menjadi salah satu jenama penjagaan rambut paling dikasihi di Malaysia. Meneruskan kejayaan inovasi ini, kami melancarkan Siri Hijab Sempurna baharu yang menangani masalah kelemumur, rasa panas dan bau kurang menyenangan serta rambut kusut dalam satu langkah, menjadikan ia solusi sempurna bagi Hijabista pada Ramadan kali ini.”
Para saintis P&G Rejoice telah menemu ramah ratusan pengguna dan mendapati terdapat peningkatan jelas dari aspek suhu dan kelembapan di bahagian kepala yang dilitupi kain berbanding persekitaran di luar.
Menurut kajian yang dilakukan baru-baru ini, tiga kebimbangan utama berkaitan rambut dan kulit kepala yang dialami oleh golongan Hijabista hari ini adalah masalah kelemumur, bau yang kurang menyenangkan dan kekusutan.
Majlis pelancaran turut menyaksikan demonstrasi di mana Rejoice telah berkongsi sains di sebalik formula baharu, selain dari paparan demonstrasi sains interaktif oleh Dr Rebecca Kan dari Bahagian Komunikasi Saintifik Penjagaan Rambut P&G Asia Pasifik.
Yang pasti produk terbaharu berkenaan mampu menyelesaikan:
1) Masalah kelemumur dengan sifat-sifat kebersihan tambahan dan anti kelemumur
2) Rasa panas dan bau tidak menyenangkan dengan kedinginan tambahan daripada Mentol dan bau yang menyegarkan dari haruman bunga kasturi
3) Masalah rambut kusut dengan memastikan kelicinan tambahan yang tahan sepanjang hari. Oleh itu, siri baharu ini semestinya solusi penjagaan rambut ang terbaik bagi golongan Hijabista.
Rejoice ‘Hijab Perfection Series’ boleh didapati dalam dua varian, bagi syampu - 3-dalam-1 Perfect Cool (untuk rasa dingin yang lebih ketara dan kesan kesegaran yang optimum) dan Perfect Perfume (untuk wangian yang berpanjangan).
Varian-varian syampu itu disempurnakan oleh Perapi Sempurna 3-dalam-1 bagi rambut yang licin dan rapi. Perapi ini boleh dipadankan dengan kedua-dua varian dalam syampu Perfect Series 3-dalam-1.
Syampu dan perapi Rejoice ‘Hijab Perfection Series’ boleh didapati dalam tiga saiz berbeza iaitu 170ml, 340ml dan 600ml. Rangkaian produk baharu itu ditawarkan di kesemua rangkaian MYDIN dan kedai runcit utama di seluruh Malaysia.
Info lebih lanjut berkenaan Rejoice ‘Hijab Perfection Series’, kunjungi laman Facebook Rejoice Malaysia di https://www.facebook.com/rejoicemalaysia/.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan