KENAPA NEELOFA JADI PILIHAN CHATIME BUKA KAFE SIGNATURE?
Korang suka tak dengan minuman dari Chatime?
Jika suka, barangkali berita ini yang dinanti-nantikan semua.
Ya... Chatime Malaysia Sdn Bhd (Chatime) bakal menjalin kerjasama dengan usahawan dan selebriti terkenal, Neelofa untuk membuka sebuah kafe Chatime Signature yang pertama di Malaysia.
Dijangka dilancarkan pada penghujung tahun ini, kafe Neelofa x Chatime Signature ini yang masih belum diumumkan lokasinya bakal melabarkan sayapnya juga di Singapura dan di Timur Tengah.
"Tetapi buat masa sekarang ia akan dibuka terlebih dahulu di Malaysia, " ujar Pengarah Urusan Kumpulan Chatime, Aliza Ali (kanan) sewaktu ditemui di majlis Iftar Neelofa-Chatime baru-baru ini. Turut hadir Widayu Latiff, Pengarah Eksekutif Chatime (kiri).
Ditanya kenapa memilih Neelofa bagi kolaborasi tersebut, ini jawapan Aliza:
“Neelofa merupkan calon paling sesuai untuk kami berkolaborasi bersama kerana dia merupakan usahawan muda yang dipandang tinggi dalam generasinya.
“Kejayaan Neelofa menjadi inspirasi bagi generasi muda untuk bangkit dan mengejar impian mereka.”
Menyambung persoalan itu, Neelofa berkata,"Sudah lama saya bercadang untuk menceburi perniagaan F&B (minuman dan pemakanan) jadi sudah tentu saya menyambut peluang keemasan ini."
Menurut Lofa, istimewanya kafe tersebut bukan sahaja tertumpu pada minuman tetapi turut disediakan pelbagai jenis makanan malah dekorasi kafe akan berkonsep 'insta-worthy' hasil cetusannya sendiri yang diilhamkan melalui pengembaraan ke serata dunia.
"Sambil makan, pelanggan boleh memuat naik gambar mereka dalam sosial media masing-masing apabila adanya dekorasi yang menarik dan estetik," tambah Neelofa yang lebih mesra disapa Lofa sahaja.
Sebelum itu, majlis Iftar Neelofa-Chatime dimulakan dengan sesi Sembang Santai dengan perbincangan terbuka berkaitan bulan Ramadan antara Neelofa, Ustaz Tarmizi Abdul Rahman, Ameng Spring dan Shamsul Ghau Ghau.
Dan selepas majlis berbuka puasa serta solat Maghrib selesai, Neelofa dan Chatime meraikan pula kira-kira 64 orang kanak-kanak daripada Madrasah Tahfiz Al Warisi dan Rumah Telaga Kasih & Cahaya Kasih dengan pemberian duit raya.
Info lanjut berkaitan Neelofa X Chatime boleh melayari Instagram Chatime @chatime.malaysia dan Facebook Chatime Malaysia.
Tags
#chatimemalaysia #neelofa #kafesignature #iftar
Tiada ulasan:
Catat Ulasan