Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

MENANG HADIAH WANG TUNAI RM10,000, SERTAI PENCARIAN GUARDIAN MALAYSIA


Anda suka bersolek dan kekal sihat lagi cantik?

Jika anda rasa diri tergolong dalam kumpulan wanita cantik dan sihat barangkali boleh menyertai peraduan anjuran Guardian Malaysia yang di namakan "The Face of Healthy Beauty'.

Penyertaan korang itu mungkin membolehkan korang memenangi wang tunai RM10,000 tau? Haa... siapa nak bagi RM10,000 malah dapat tambahan baucer Guardian RM10,000 lagi untuk korang membeli-belah di gedung terkenal itu.

Menarik kan? Nak tahu lanjut..... jom baca apa yang Kak Fas nak 'storykan' hari ini....

Guardian Malaysia sedang mencari 4 Wajah yang bakal menjadi duta Guardian melalui Pencarian 'The Face of Healthy Beauty'. 

Menariknya,  pencarian berkenaan bukanlah berasaskan kepada KECANTIKAN seseorang tetapi lebih kepada seseorang yang mempunyai kehidupan yang sihat dari segala aspek dan juga memiliki personaliti yang menarik.

Ya lah bak kata papatah Inggeris  'Beauty is in the eyes of the beholder'  yang bermaksud kecantikan seseorang itu berbeza pandangan. Tidak semesti yang buruk itu tidak cantik dan yang cantik itu menawan. Lebih kurang macam itu lah  maksudnya haha...

Ok majlis pelancaran pencarian itu telah diadakan baru-baru ini pada bulan Ramadan dengan kehadiran pihak media serta bloggers jemputan.

Menceritakan lebih lanjut berhubung pencarian yang sudah pun bermula 20 Mei lalu sehingga 12 Jun 2019 ini, Ketua Pegawai Eksekutif Asia Tenggara Guardian, Encik Soren Lauridsen memulakan ucapannya dengan berkata:

"Pencarian ini bukan peraduan Kecantikan."

Itu dia jaminan daripada CEOnya... jadi korang jangan risau tak semestinya wajah yang tak berapa cantik itu tak boleh sertai tau... siapa sahaja boleh menang.... mana tau tahun ini rezeki korang.

Syaratnya korang mestilah seorang warganegara Malaysia berusia dari 18 tahun ke atas dan berbelanja apa-apa produk dari Guardian.

Selepas itu sediakan 1 gambar bersaiz paspot dan gambar penuh dari hujung rambut ke hujung kaki serta muat naik video 30 saat kenapa korang berminat untuk menjadi 'The Face of Healthy Beauty'. Video berkenaan boleh dirakam dalam bahasa Inggeris, Melayu atau Mandarin.

Dan yang paling penting peserta harus tidak terikat dengan mana-mana jenama lain sebagai duta. 

Bila dah sedia, bolehlah hantarkan penyertaan korang tu kat SINI.

Sebaik penyertaan ditutup, Guardian Malaysia akan memilih 100 peserta yang disenarai pendek untuk menghadiri sesi separuh akhir yang bakal berlangsung di Johor Bahru City Square, Gurney Plaza Penang,  Central i-CIty Mall Shah Alam dan 1Borneo Hypermall Kota Kinabalu, Sabah.

Selepas itu empat yang terpilih dari setiap negeri bakal bertanding ke peringkat akhir yang akan berlangsung di Shah Alam pada 27 Julai 2019 depan.

Di samping  empat pemenang setiap negeri itu, akan ada 8 pemenang yang akan dipilih untuk 8 kategori sampingan bagi menerima hadiah daripada pihak penaja meliputi 'Paling Elegan' (Bio-essence); 'Paling Muda' (Garnier); "Mata Paling Ekspresif' (L'Oreal); "Paling Passionate' (Maybelline); 'Paling Konfiden' (Nivea); 'Paling Ceria' (Safi) dan 'Paling Menawan" dari TreSemme. 

Pelanggan Guardian dibenarkan membuat undian mulai 8 Julai hingga 24 Julai 2019 bagi memilih siapa yang layar bergelar 'The Face of Healthy Beauty'. Undian online berkenaan mampu memperoleh 50% markah bagi menambah markah keseluruhan pada peringkat akhir.


Menariknya jika peserta undian anda itu berjaya maka pemenang akan membuat cabutan untuk 4 pemenang yang telah mengundinya di mana mereka berpeluang mendapat hadiah berupa baucer dari Guardian bernilai RM500.

Wah! Jadi pengundi pun dapat habuan tau jadi jangan kedekut nak mengundi pesert pilihan anda. Selain itu ada juga peraduan 'Scan dan Menang' untuk  pelanggan Guardian dari 10 Jun hingga 7 Julai 2019 di mana mereka perlu menjawab empat soalan mudah ketika berbelanja dan memenangi baucer segera untuk pembelian seterusnya.


Jadi meh Kak Fas ringkaskan apa yang layak dimenangi oleh juara 'The Face of Healthy Beauty' iaitu:
  • Wang tunai 10K dan Baucer Guardian bernilai RM10K
  • Wajah bakal menghiasi katalog Guardian dsb
  • Produk-produk daripada penaja
  • Kontrak selama 1 tahun sebagai duta Guardian Malaysia
  • Sebanyak RM5000 akan disumbangkan ke organisasi kebajikan atas pilihan pemenang.
Apa tunggu lagi, jika rasa diri anda cantik dan sihat bertindak segera ya!

#guardianmalaysia #FACEofGuradianMy


Tiada ulasan:

Catat Ulasan