MINUMAN SUNNAH NABI S GREAT GRAIN PILIHAN WANY HASRITA RAMADHAN INI
Ketika mendapat undangan untuk hadir ke majlis memperkenalkan produk minuman kesihatan yang dinamakan S Great Grain daripada teman PR yang sentiasa 'smart' - Xavier Mah - Kak Fas tidak memberikan jawapan segera.
Ini disebabkan Kak Fas bukanlah kaki makan produk bersifat bijiran kecuali Corn Flakes atau pun Oats untuk sarapan pagi.
Jadi bila dengar adanya jenama yang dinamakan S Great Grain, tertanya-tanya juga bagaimana rupa dan rasa produk tersebut.
Produk baharu ke, tanya hati?
Sebenarnya, S Grain telah diperkenalkan kepada khalayak 4 bulan lalu dengan jualan lebih dari 10,000 bungkusan.
Wow! Pasti ramai yang dah jatuh cinta dengan S Grain apatah lagi apabila diberitahu produk multi bijirin terbaharu ini mengandungi 5 makanan sunnah Nabi s.a.w selain 18 jenis biji-bijian lain yang berkhasiat.
Produk keluaran Surya Malaysia ini dirumus daripada bijiran seperti beras merah, beras perang, kacang hijau, jagung, gandum, bijan hitam dan pelbagai jenis kacang serta biji benih.
Pada majlis pelancarannya di rumah terbuka Surya baru-baru ini, Kak Fas turut bermain dengan biji-bijian ini dengan meletakkannya ke dalam lubang congkak yang disediakan mengikut nama yang tertera di situ. Keliru juga pada mulanya tetapi dengan bantuan gadis-gadis yag membantu dapat juga Kak Fas selesaikan jawapan waima dapat hadiah sepekat S Great Game haha...
Sejujurnya, memilih bijian yang betul mungkin sukar kerana setiap produk multigrain kelihatan sama sahaja.
Jadi samalah bagi mereka yang mungkin kurang pengetahuan berkenaan sesuatu produk pasti sukar untuk memilih produk yang sesuai bagi memenuhi keperluan semua ahli keluarga.
Berbekalkan misi untuk menyediakan akses kepada produk kesihatan bersesuaian dengan kehendak semua, Surya Malaysia mengambil initiatif dengan memperkenalkan S Great Grain sebagai minuman kesihatan terbaik di pasaran kini.
Produk ini sesuai bagi mereka yang peka dengan kesihatan dan keluarga yang ingin mencapai gaya hidup yang lebih sihat malah bakal menggegarkan landskap multigrain Malaysia.
Multi-bijirin mempunyai set nutrien yang komprehensif termasuk karbohidrat yang baik, protein, serat makanan, vitamin dan antioksidan, menjadikannya pilihan yang terbaik untuk mereka yang ingin memulakan hari dengan sempurna.
Dengan menggabungkan sains moden dan makanan Sunnah yang diamalkan oleh umat Islam, iaitu jintan hitam atau habbatus sauda, madu, zaitun, delima dan buah tin, formulasi ini mengandungi antara makanan yang paling awal ditanam sejak ribuan tahun lalu.
Makanan ini memainkan peranan penting dalam kehidupan masyarakat dan mempunyai kepentingan khusus dalam budaya dan tradisi.
“Ramai yang mengidamkan manfaat makanan-makanan Sunnah ini namun ia sukar ditemui di Malaysia dan sebahagian daripadanya hanya boleh didapati di luar negara. Tambahan pula, makanan tersebut dijual pada harga yang agak mahal. Kini, dengan S Great Grain, para pengguna dapat memperoleh manfaat yang sangat diidamkan tanpa berbelanja besar," kata Pengasas Surya Malaysia Douglas Lee.
Pada Majlis Rumah Terbuka Surya, dimana pihak media berpeluang untuk mencuba kebaikan S Great Grain turut dihadiri selebriti popular, Wany Hasrita yang memberikan pandangannya terhadap produk terbabit serta Perunding Diet, Nurul Aziah Musa.
"Saya amat mementingkan sarapan pagi dan dengan adanya minuman berkhasiat yang mengandungi makanan sunnah Nabi ini ia sudah tentu dapat menyegar dan mengekalkan tenaga pada tubuh badan saya pada bulan puasa ini," ujar Wany Hasrita.
"Oat beta glucan dalam minuman multi-bijirin membantu dalam pengurusan berat badan yang ideal menyebabkan pengguna berasa kenyang, sekali gus memperlahankan kadar pemakanan dan pencernaan. Memandangkan ia juga berfungsi untuk menstabilkan tekanan darah dan kolesterol, ia membantu menurunkan tekanan darah dan mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular. Di samping itu, makanan multi-bijirin juga membantu mengimbangi paras glukosa darah, sekali gus mengawal kepekaan insulin, manakala kandungan serat yang tinggi meningkatkan proces pencernaan dan mengurangkan risiko sembelit," kata pula Aziah Musa ketika berkongsi pengetahuannya tentang manfaat menggunakan makanan multi-bijirin dan sunnah.
Menurut beliau, kandungan kelima-lima makanan Sunnah dalam S Great Grain dapat memberi manfaat yang diperlukan demi kepentingan mengekalkan kesihatan jantung yang baik dan mengawal tahap glukosa darah bagi mengelakkan kadar obesiti dan kencing manis yang semakin meningkat di Malaysia.
Pendidikan awal mengenai kepentingan kesedaran kesihatan dan pemakanan seimbang perlu disemai demi melahirkan masyarakat yang lebih sihat.
Oleh itu, ibu-ibu yang ingin memberikan yang terbaik kepada anak mereka boleh memanfaatkan S Great Grain kerana ia datang lengkap dengan nutrien diperlukan yang akan memberi anak-anak tenaga dan fokus untuk menjalankan aktiviti harian mereka.
"Rahsia untuk pemakanan yang sihat bagi keluarga adalah dengan menyajikan makanan kaya dengan nutrien pada setiap hidangan. Apabila kanak-kanak dibekalkan nutrisi berkualiti tinggi untuk badan dan otak mereka, mereka akan kurang minat terhadap makanan dan minuman ringan," tambah Nurul.
Sementara itu, Dr. Norman yang merupakan penulis & jurucakap kesihatan
yang turut bersama berkongsi pengalamannya memberitahu:
“Secara peribadinya, sebagai seorang pengamal makanan sunnah seperti habbatus sauda, saya sendiri dapat merasakan kesan positif selepas mengamalkan makanan sunnah dalam aktiviti harian saya. Surya S Great Grain bukan hanya mengandungi satu, tetapi LIMA makanan Sunnah; sememangnya pilihan yang tepat untuk saya sekeluarga kerana saya sentiasa menggalakkan anak-anak saya untuk mengambil makanan dan minuman yang sihat dari usia yang awal. Ini merupakan masa yang terbaik untuk memperkenalkan produk ini memandangkan bulan Ramadan bakal menjelang,"
Ya..bagi umat Islam yang menjalani ibadah puasa pada bulan Ramadhan beberapa hari sahaja lagi, S Great Grain boleh diambil semasa sahur kerana minuman multi-bijirin ini mengandungi nutrien dan serat yang membantu mengekalkan tahap tenaga sepanjang hari.
"Minuman multi-bijirin memenuhi keperluan nutrien harian anda dari semua kumpulan makanan terutamanya karbohidrat kompleks yang membantu melepaskan tenaga secara perlahan-lahan sepanjang tempoh berpuasa," jelas Dr. Norman.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan