Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

MIRA FILZAH KE NEW YORK OGOS. NAK JUMPA SIAPA TU?

PIX Najmi.
Apabila Kak Fas sebut ungkapan  yang berbunyi begini....'Baby Sayang..." rasanya korang yang kaki membaca berita hiburan sudah tentu maklumkan siapa si gerangan yang mengucapkan kata-kata itu?

Ya tepat sekali.... kata-kata itu disuarakan oleh pelakon popular, Mira Filzah selepas netizen mengemukakan persoalan kepadanya samada dia memilih panggilan 'baby' atau 'sayang' kepada suaminya kelak dan Mira memilih kedua-duanya sekali iaitu 'baby sayang'.

Kini panggilan 'baby sayang' menjadi viral di media sosial malah sering disebut-sebut ramai namun yang paling mengejutkan ia menjadi penyebab seorang lelaki menembak seekor monyet gara-gara monyet berkenaan enggan menyebut 'baby sayang'.

Kak Fas percaya semua orang sudah pun menontonnya dan Kak Fas juga rasa marah dan geram malah ngeri melihat perbuatan tidak berperikemanusian itu terhadap seekor haiwan yang tidak bersalah.

Dan sudah tentu 'berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul' bagi si empunya diri yang mencetuskan panggilan fenomena itu.

"Ya, saya dah tengok video itu, memang ngeri dan tak terfikir pula panggilan manja itu digunakan untuk benda tidak baik," jawab Mira ketika ditemui pada majlis pelancaran telefon pintar Honor 20 series di sebuah hotel terkemuka semalam.

Rasa trauma dengan insiden itu, Mira berharap janganlah ada yang salah guna ucapannya itu untuk perkara negatif tetapi mengambil panggilan manja itu untuk tujuan baik.

"Insiden seperti itu adalah di luar kawalan Mira dan si polan harus bertanggungjawab dengan perbuatan tidak berperikemanusiannya itu," tambah Mira.

Umum sedar Mira antara selebriti yang rajin memuat naik 'live IG' dalam platform sosial medianya.

Rajinnya Mira kan? Khabarnya dalam sehari beliau mampu memuat naik kira-kira 20 gambar selfie melalui Instagramnya.

"Sebenarnya, apabila Mira free dan tidak sebuk atau pun ada program tertentu Mira akan memuat naik cerita dalam IG," tambah pelakon 'Pujaan Hati Kanda' ini.

Sesungguhnya, Mira memang menjadi pujaan hati para peminatnya waima mampu meraih sehingga 4.6 juta pengikut yang sentiasa mengikuti perkembangannya melalui IG.



Dan sebagai selebriti yang dipilih jenama HONOR untuk mempromosikan siri telefon pintar terbaharu HONOR 20, Mira melahirkan rasa puas hati terhadap kelebihan telefon dalam genggamannya itu.

"Paling Mira suka dengan Honor 20 ini adalah fungsi kameranya yang mampu menangkap gambar walau pun dalam gelap jadi mudah untuk selfie pada bila-bila masa sekali pun," ujar Mira.

Mira memberitahu, akan menggunakan sepenuhnya kamera Honor 20 untuk merakamkan gambar ketika berada di New York pada hujung bulan Ogos nanti.

Kenapa Mira ke sana?

"Mira akan melawat anak saudara yang tinggal di sana sahaja sambil bercuti," akhirya.

Jika nak tahu maklumat lanjut berhubung kebaikan dan spesifikasi penuh mengenai Honor 20 ini boleh KLIK SINI.








Tiada ulasan:

Catat Ulasan