Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

NEELOFA TERAP ELEMEN BUNGA DALAM REKAAN BEG TOTE GUARDIAN MALAYSIA


Siapa sangka selebriti terkenal dan usahawan popular, Neelofa yang sudah pun memiliki empire perniagaan serta jenamanya tersendiri mahu berkolaborasi bersama GUARDIAN Malaysia kan?
Tetapi itulah hakikatnya apabila Lofa tidak menolak tawaran Guardian Malaysia untuk mencipta rekaan bagi koleksi musim panas beg tote dalam tiga corak eksklusif.

"Apabila Guardian datang berjumpa, saya rasa ini satu peluang yang saya tidak dapat menolaknya dan mungkin selepas ini ada lagi kolaborasi yang boleh difikirkan bersama, " jelas Lofa aau nama penuhnya, Noor Neelofa Mohd Noor pada majlis pelancaran bag tote Koleksi Musim Panas keluaran Guardian di sebuah restoren di KLCC baru-baru ini.
Menerapkan elemen flora yang menjadi kegemaran pemilik kepada jenama fesyen kontemporari popular NAELOFAR ini, tiga rekaan beg tote yang dilancarkan semepana Ramadan dinamakan NATURE BEAUTY, RED BLOSSOMS dan FLORAL SERENITY.
Berucap di majlis perlancaran Koleksi Musim Panas tersebut, Ms Wong Vai Chi, Ketua Pemasaran, Kesihatan dan Kecantikan, Guardian Health and Beauty Sdn Bhd berkata: 
"Kolaborasi istimewa bersama NAELOFAR ini adalah satu cara kami menyambut kedatangan Ramadan. Kami ingin menawarkan sesuatu yang eksklusif kepada para pelanggan, dan sudah tentu juga menarik, apabila mereka berkunjung ke Guardian untuk mendapatkan keperluan kesihatan dan kecantikan mereka.”
Vai Chi turut mengumumkan bahawa stor-stor Guardian bakal menampilkan tema istimewa “Seiring Ramadan” sepanjang bulan Ramadan ini dimana Guardian berusaha untuk menawarkan banyak tawaran-tawaran hebat dengan potongan harga sehingga 50% untuk barangan- barangan tertentu.
“Dan kepada mereka yang inginkan tip-tip kesihatan sepanjang bulan Ramadan, Guardian juga akan memuat naik petua-petua dan panduan kesihatan berguna daripada Joanna Soh, selebriti kecerdasan Youtube #1 Asia, ke laman Facebook Guardian dari masa ke semasa,” tambah beliau.
Jadi di bulan Ramadan ini, bila lagi masa yang lebih tepat untuk membeli-belah di Guardian sambil bergaya dengan beg tote istimewa rekaan Neelofa sendiri.
Beg-beg tote tersebut boleh dibeli pada harga diskaun 40% dengan pembelian bernilai RM20 dengan mana-mana produk jenama penaja, atau RM30 jika tanpa barangan jenama penaja.
Beg-beg Koleksi Musim Panas Guardian ini berharga RM17.90 selepas diskaun 40% dan boleh didapati bermula hari ini sehigga stok masih ada.
“Rebutlah peluang untuk mengumpul ketiga-tiga rekaan sekarang kerana stok adalah terhad,” tambah Vai Chi. 


Nak tahu apa konsep yang diterapkan Lofa pada setiap rekaannya? Baca di bawah ni:
Red Blossoms :
Warna bunga iris yang terang digabungkan dengan geometri segi empat keemasan untuk memandu mata daripada satu elemen rekaan kepada yang lain. Direka secara eksklusif untuk tampak berani dan elegan.

Nature Beauty:

Direka untuk melangkaui norma menuju kemodenan. Penggunaan corak yang bersih dan abstrak dengan warna tropikal menyerlahkan kecantikan rekaan. 

Floral Serenity:

Bunga dan rama-rama melambangkan keanggunan dan kecantikan, dengan sentuhan warna-warna berani untuk memberikan lebih  rasa perayaan. Direka secara eksklusif untuk mereka yang menghargai keanggunan. 

Jadi yang mana satu pilihan korang ya... Kak Fas pilih Floral Serenity sebab namanya pun terasa tenang gitu!.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan