Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

'RINDU LEBARAN' GAMIT NOSTALGIA RAYA DI KAMPUNG

Bertepatan dengan semarak bulan Ramadan dan Syawal yang bakal diraikan kelak, kehadiran single kedua, 'Rindu Lebaran'  dalam video muzik nyanyian E1 Band kini sudah boleh ditonton di platform YouTube Indigital Music selepas genap sebulan lagu tersebut dilancarkan.

Ciptaan komposer otai, S Atan dan lirik Siso Kopratasa, video muzik lagu raya ini  yang diterbitkan di bawah The Awd  mengisahkan EI memikat seorang gadis datang beraya ke rumah keluarga selain menjemput rakan taulan.

“Konsep yang kita ketengahkan dalam video muzik ini seperti zaman dulu. Saya, Zulyasrani dan Ariff Imran digambarkan macam tiga bujang trang tang tang ala filem Do Re Mi. Sentuhan kali ini sangat klasik. Memang kalau tengok video muzik ini, dapatlah menggamit suasana beraya di kampung, " ujar vokalis utamanya, Ezuwan Ismail.

“Suasana tangkap ayam untuk dibuat rendang di pagi raya juga cukup menyeronokkan. Malah ada babak kami naik basikal di tepi sawah,” tambahnya.

Penggambaran video muzik dilakukan membabitkan dua lokasi berbeza.

Satunya di sebuah rumah di Keramat dan seterusnya  di  Demang Abdul Ghani Gallery, Merlimau, Melaka.

“Pengalaman video muzik ini cukup memenatkan di tambah pula dengan cuaca panas. Kebetulan saya pula baru pulang dari China atas urusan kerja. Tiba saja di lapangan terbang Kuala Lumpur terus ke Melaka. Bayangkan panas terik itu rasa macam sejengkal saja di atas kepala. Babak mengejar ayam memang paling mencabar tambah pula kami bertiga tak pandai pegang ayam sangat. 

KOLEKSI Baju raya Rindu Lebaran rekaan  Ezuwan.

“Tetapi melihat hasilnya, penat itu kira berbayar dan berbaloi sangat. Mood nak beraya itu memang dapat dirasai dalam video muzik ini

“Malah video teaser yang dirakamkan awal di sebuah rumah di Keramat juga dimasukkan sekali di dalam video muzik ini,” sambung pereka fesyen ini.

Dalam pada itu, Ezuwan berharap video muzik dan lagu ini dapat diterima ramai.

“Paling utama, lagu dan video muzik ini juga mempunyai mesej untuk mengajak kita pulang bertemu keluarga di hari raya. Ambil cuti dan sama-sama raikan hari raya nanti dengan penuh kesyukuran.

“Judul lagu ini saja sudah menjelaskan betapa kerinduan itu cukup menebal itu bersalam dan memeluk erat ibu bapa dan keluarga tersayang,” jelas Ezuwan.

Menampilkan Aprena Manrose sekali lagi sebagai pelakon utama selain anggota E1 seperti dalam single pertama mereka,  'Semalam Sahaja'.

Malah video yang turut memaparkan koleksi baju raya Ezuwan Ismail tahun ini dengan nama koleksi Rindu Lebaran  menampilkan model lelaki dan wanita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan