Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

SAKSIKAN PELITA TERTINGGI 70 KAKI DI ESPLANADE KLCC


Setiap kali munculnya sesuatu perayaan, Kak Fas sentiasa ternanti-nanti untuk melihat bagaimana dekorasi  yang dirancang oleh pusat beli-belah terkemuka di Kuala Lumpur, Suria KLCC .

Selalunya pasti 'vass' .. maklumlah ia antara pusat membeli-belah yang dikunjungi ramai seantero dunia gitu.

Sebaik sahaja mendapat undangan daripada Zety Baharuddin dari bahagian perhubungan awam Suria KLCC, Kak Fas terus menjawab rsvpnya.

Seperti biasa, dekorasi utama ditempatkan di ruang legar utama Suria KLCC dan kali ini sempena sambutan Hari Raya, tema 'Semurni Ikatan Seindah Lebaran' diketengahkan.



Menghidupkan semula kenangan tentang keseronokan malam ke 27 Ramadhan atau juga dikenali sebagai Malam Tujuh Likur. Pengunjung akan dapat merasai sendiri keindahan Malam Tujuh Likur sehingga 9 Jun 2019 ini apabila persekitaran dihiasi pelbagai lampu berwarna-warni umpama sebuah pesta cahaya pada Malam Tujuh Likur.

Tarikan utama adalah replika istana berbentuk pentagon yang diilhamkan dari Istana Jahar di Kota Bharu, Kelantan.

Replika istana tersebut dihiasi pelbagai ukiran-ukiran halus yang menampilkan keindahan serta kekayaan senibina masyarakat Melayu. Gabungan ukiran tradisional Melayu dan corak geometri Islam yang menghiasi struktur binaan memberikan impak yang sempurna terhadap replika istana lama tersebut.

Sebuah taman mini yang cantik dihiasi bunga-bungaan dan lampu berwarna-warni menambahkan keserian dekorasi ruang legar Suria KLCC yang pastinya memukau pengunjung dan pelancong yang berkunjung ke pusat beli-belah ini.

Hari Raya tidak hanya disambut oleh masyarakat beragama Islam kerana ia turut diraikan oleh rakyat Malaysia secara keseluruhannya. Oleh yang demikian, Suria KLCC sekali lagi mencipta keunikan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri dengan membina replika pelita tertinggi di Esplanade KLCC. Berketinggian 70 kaki, pengunjung boleh mengabadikan kenangan di replika pelita yang mengagumkan ini sehingga 9 Jun.



Nikmati persembahan menarik sepanjang kempen ini berlangsung

Agar suasana persekitaran lebih meriah, pengunjung akan dihiburkan dengan persembahan tarian drama Mak Yong, tarian muzikal Raya Malam Tujuh Likur, tarian tradisional dari pelbagai negeri, tarian traditional kanak-kanak, Dikir Barat dan persembahan silat bermula 14 Mei lalu hingga 9 Jun 2019.

Hulurkan bantuan

Sebagai sebuah syarikat yang prihatin, Suria KLCC sentiasa bersedia menghulurkan bantuan kepada mereka yang kurang bernasib baik. Melalui program “Share The Care”, Suria KLCC telah bekerjasama dengan Food Aid Foundation untuk meraih dana bagi membantu golongan yang kurang bernasib baik mendapatkan bekalan makanan.


Kerjasama ini juga bertujuan untuk meningkatkan kesedaran di kalangan orang ramai tentang peranan Food Aid Foundation, sebuah pertubuhan bukan kerajaan pertama yang didedikasikan untuk mengurangkan pembaziran makanan dan menamatkan kebuluran di Malaysia. 

Suria KLCC mensasarkan untuk mengumpul sekurang-kurangnya RM10,000 melalui sumbangan orang ramai dari 10 Mei hingga 9 Jun 2019.

Pengunjung hanya perlu menderma sebanyak RM10 dan dana terkumpul akan disalurkan kepada Food Aid Foundation untuk membeli barangan makanan, membiayai bantuan kecemasan dan menyokong inisiatif Food Aid Foundation.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Food Aid Foundation, layari
www.foodaidfoundation.org


Dapatkan ganjaran eksklusif di Suria KLCC

Selain mata dan telinga dihiburkan dengan pementasan tarian dan budaya, pengunjung berpeluang  menikmati ganjaran eksklusif apabila membeli-belah di Suria KLCC pada musim perayaan ini. 

Dari 10 Mei hingga 9 Jun 2019, bagi setiap pembelian minimum RM1,000 dan ke atas dalam dua resit, pengunjung akan menerima satu set bekas kaca eksklusif dan sampul duit raya.


Manakala bagi mereka yang membeli-belah pada hujung minggu akan berpeluang untuk menerima edisi terhad "Selendang Kuala Lumpur" oleh dUCk 
Scarves dan sampul duit raya. 

Pengunjung hanya perlu berbelanja sebanyak RM3,500 dalam satu resit untuk menerima ganjaran hebat itu.

Bagi setiap pembelian melebihi RM1,000 - setiap hari termasuk pada hujung minggu - pengunjung juga akan menerima satu borang penyertaaan peraduan makan malam istimewa bersama Chef Sherson Lian.

Lima pasangan yang terpilih berpeluang untuk menikmati makan yang disediakan sendiri oleh Chef Selebriti ini di salah sebuah restoran yang disyorkan oleh beliau di Suria KLCC.

Untuk maklumat lanjut mengenai promosi dan aktiviti sepanjang kempen Hari Raya Aidilfitri, lawati laman sesawang www.suriaklcc.com.my
















Tiada ulasan:

Catat Ulasan