SIAPA MR CT DI MAJLIS PELANCARAN VIVO V15 BLOSSOM PINK DEPAN SITI?
Penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin melangkah setapak lagi dalam usaha mempromosikan produk SimpliSity apabila melancarkan kerjasama bersama Vivo Malaysia.
Menggabungkan 'kecantikan dan teknologi', kolaborasi itu diumumkan sempena pelancaran siri telefon pintar terbaharu, Vivo V15 Blossom Pink edisi terhad sempena musim perayaan ini.
Majlis pelancaran Vivo V15 Blossom Pink telah berlangsung di Studio 1, Astro, Taman Teknologi Malaysia petang semalam yang turut di hadiri Datuk Seri Siti Nurhaliza sebagai duta Vivo dan CEO Vivo Malaysia, Mike Xu.
Akan dijual bermula 18 Mei ini dengan harga RM1,299, setiap pembelian Vivo V15 Bossom Pink dilengkapi dengan humidifer eksklusif merah jambu.
Dan lebih menarik lagi, dengan kerjasama bersama SimpliSity, pembeli 1000 pertama Vivo V15 tersebut akan menerima baucar SimplySiti RM50 yang boleh digunakan untuk sebarang pembelian produk SimpliSity atau pun Koleksi kecantikan 'Red SimplySiti'.
Peminat Siti pasti sudah maklum mengenai koleksi Red SimpliSity kan di mana set kosmetik itu telah pun dilancarkan baru-baru ini sempena kempen Raya dengan rona Merah.
Rangkaian kosmetik premium itu menawarkan produk kosmetik dengan faedah anti-penuaan untuk kelihatan lebih muda kerana ia menggunakan formula inovatif yang menggabungkan Teknologi Korea dengan Red Ginseng Extract Korea untuk penampilan yang lebih mantap sambil melicinkan wajah dari tanda-tanda awal penuaan.
"Pasukan kami di Vivo Malaysia sentiasa berkomunikasi dengan pengguna dan kami berusaha sebaik mungkin untuk menyampaikan produk yang akan memenuhi tuntutan pasaran. Saya gembira bahawa siri V15 kami telah berjaya dan kami berharap dapat terus bekerja rapat dengan Dato Sri Siti Nurhaliza dan peminatnya, " ujar Mike Xu yang turut mengumumkan jualan produk Vivo telah menunjukkan peningkatan 24% malah tersenarai dalam 5 jenama telefon bimbit terbaik dunia.
Vivo V15 Blossom Pink berkongsi spesifikasi yang sama dengan V15, yang dilengkapi dengan Kamera Hadapan Terangkat 32MP pertama di dunia yang memberikan pengalaman yang lebih baik apabila berselfie manakala Ultra FullView Display memberikan anda pandangan dan perspektif yang lebih luas.
Ia juga dilengkapi dengan Kamera AI Triple yang dilengkapi dengan 24 juta unit photosensitive dalam kamera utama, Kamera 8MP AI Super Wide-Angle, Kamera Kedalaman 5MP yang membantu anda menangkap setiap momen.
V15 Blossom Pink dilengkapi dengan RAM 6GB dan penyimpanan 128GB manakala bateri 4,000mAh memanjangkan tempoh penggunaannya.
Oleh kerana siri V15 dikenali sebagai telefon pintar mesra diri, Vivo Malaysia juga menawarkan lebih daripada RM 100,000 dalam bentuk tunai dan hadiah untuk dimenangi dalam pertandingan "Vivo V15Pro Top Influencer - 32MP Perfect Selfie".
Maklumat lanjut boleh didapati di http://www.facebook.com/VivoMalaysia
Satu lagi peraduan yang kini dianjurkan oleh Vivo Malaysia ialah Kejohanan Kebangsaan PUBG Mobile Malaysia 2019 (PMNC 2019) dengan jumlah hadiah sebanyak RM114,000 untuk dimenangi.
Pendaftaran kini dibuka dan pusingan kelayakan Kuala Lumpur akan diadakan pada 01 Jun 2019 di Sunway Velocity Mall.
Untuk butiran lebih lanjut mengenai peraduan Kejuaraan Kebangsaan PUBG Mobile Malaysia boleh melayari laman web INI.
Ada 6,000 unit edisi terhad Vivo V15 Blossom Pink yang akan dijual di pasaran jadi dapatkannya cepat sebelum terlambat ya!
Corat-coret:
Apabila Mr CT dari Vivo Malaysia dijemput untuk memberikan penerangan lanjut mengenai spesikifasi Vivo V15 Blossom Pink kelihatan Dato Seri Siti Nurhaliza yang duduk di bawah tersenyum mendengar panggilan Mr CT tersebut ....macam namanya lah kan ... tetapi lelaki....haha...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan