TREND K-BEAUTY KINI MELANDA REMAJA MALAYSIA
Fenomena Korea nampak gayanya bukan sahaja melanda industri hiburan malah telah menular pula kepada industri kecantikan.
Jika diteliti, kebanyakan produk kecantikan di Korea mengandungi ramuan semula jadi yang diilhamkan oleh kaedah kecantikan yang diwarisi sejak turun temurun.
Jadi, tidak hairanlah jika kita melihat betapa kulit bintang-bintang terkenal di Korea nampak halus dan mulus dan menariknya ia bukanlah daripada hasil solekan yang tebal, tetapi daripada efek Glass Skin yang mampu menyerlahkan kecantikan dan keserian kulit mereka.
Terkini, efek Glass Skin berkenaan menjadi semakin tular dan terkenal kerana pastinya semua wanita mahukan kulit yang kelihatan sihat dan tidak kusam, sekaligus menyerlahkan kejelitaan mereka. Cuba renung wajah duta produk Syahirah, Arena Iman...kulitnya macam bintang Korea kan?
Itulah penangan Secrets Korean kepada anak komposer Iman Wan ini yang dilantik sebagai duta Syahirah Korean Secrets selama dua tahun.
Jadi jika korang mahu mendapatkan kulit secantik 'cermin' itu, semestinya regim penjagaan wajah yang betul amat penting malah penggunaan 8 atau 10 produk dalam kaedah penjagaan kulit wajah wanita - wanita Korea tidak asing lagi.
Oleh itu, penggunaan esen tidak pernah diketepikan kerana mereka mempercayai ia dapat membantu kulit menjadi lebih sihat, anjal, lembap dan licin, serta dapat meratakan tona kulit sehingga bintik hitam makin berkurangan.
Memahami kehendak dan ikutan ramai termasuk golongan remaja di Malaysia yang mahu mengikuti trend K- Beauty, iaitu kulit yang bersih dan licin dengan kelembapan yang mencukupi bak efek Glass Skin, Syahirah melancarkan rangkaian produk'Korean Secrets Hydra Soft Dewy Moist Essence dengan pati Tri-Flower Essence' - rahsia kulit cantik persis bintang Korea.
Dihasilkan daripada sumber bunga-bungaan dari Pulau Jeju, Korea, pati Tri-Flower Essence ini terdiri daripada tiga ramuan penting – Bunga Ginseng yang membantu menyegarkan kulit dengan menyeimbangkan minyak pada kulit muka serta mencerahkan tona kulit; Bunga Teh Hijau yang tinggi dengan ramuan anti-oksida membantu menentang radikal bebas sambil melembapkan dan mencerahkan kulit dan Bunga Chamomile membantu mengurangkan iritasi pada kulit sekali gus meratakan tona kulit agar tampak sekata.
Sementara itu, untuk memiliki kulit lebih cerah berseri, Syahirah Korean Secrets White Glow Snowy White Essence pula merupakan solusi untuk wajah polos seperti bintang K-pop kesayangan anda.
Esen ini dapat membantu meratakan tona kulit yang tidak sekata agar kelihatan lebih licin dan halus. Bukan itu sahaja, ia dapat menghalang pembentukan tompok gelap disamping melembapkan kulit wajah.
Hasilnya, tampil secantik jelitawan Korea di pentas arena dengan esen hebat ini. Syahirah White Glow Snowy White Essence juga mengandungi Tri-Flower Essence dalam formulasinya, dengan intipati daripada bunga-bungaan yang terdapat di Pulau Jeju.
Esen ini mengandungi intipati bunga Cherry Blossom, yang diperkaya dengan anti-oksidan dan juga membantu melegakan kulit serta mengurangkan kemerahan dan kesan iritasi.
Sementara itu, intipati Camellia memberikan kelembapan yang diperlukan, manakala intipati bunga Lotus membantu menyihatkan dan mencerahkan kulit.
Syahirah Korean Secrets Hydra Soft Dewy Moist Essence dan Syahirah Korean Secrets White Glow Snowy White Essence boleh didapati pada harga runcit RM39.90 setiap satu di semua rangkaian farmasi terkemuka dan semua pasar raya terpilih seluruh negara.
Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi www.syahirah.com.my atau ikuti laman sosial Instagram dan akaun Facebook rasmi Syahirah Malaysia.
Yang pasti, trend K- Beauty kini menjadi bualan dunia apabila tips-tips kecantikan dari Korea menjadi ikutan ramai kaum wanita khususnya remaja Malaysia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan