Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

NAK LANGSING MACAM KILAFAIRY, CUBA KILAFIT



Sejak lebih kurang 19 tahun dalam industri hiburan, nama Kilafairy sudah tentu tidak perlu diperkenalkan lagi.

Anak bongsu kepada penyanyi veteran era 1980-an, Rohana Jalil ini mengakui menceburi dunia seni menuntut dirinya sentiasa kekal cantik zahir dan batin.

Tetapi korang ingat tak bentuk badan pemilik nama sebenarnya, 
Syakila Nisha Jangir Khan ini bagaimana? Gemuk atau kurus?

Pada pandangan Kak Fas, rasanya Kilafairy tak gemuk tetapi sentiasa langsing kan?

Jadi kenapa Kilafairy perlu berkecimpung dalam perniagaan produk kesihatan dan pelansingan yang dijenamakan atas namanya sendiri, KILAFIT?

Dia nak kurus lagi ke?

“ Saya sendiri pernah berbadan tembam. Memang ada yang tidak percaya, saya juga pernah berdepan masalah berat badan. Di awal kemunculan di pentas seni, kalau ada yang masih ingat… saya memang pernah berisi. Dan jika ada yang nampak saya kurus itu tandanya saya bijak menyorokkan lemak-lemak yang ada,” ujar Kilafairy dalam ucapan ringkasnya sempena pelancaran produk ‘Kilafit’ yang berlangsung di Forest Valley, Cheras baru-baru ini.

Turut hadir pada majlis penuh glam itu terdiri dari CEO Kilafit, Encik Hamiz Shah (kiri) bersama CEO Kumpulan A Klasse, Encik Asyraf Khalid (kanan). Juga beberapa selebriti terkenal antaranya seperti Azira Shafinaz, Umi Nazeera, Nadia Brian dan Tya Ariffin bersama anak-anaknya.



Mendedahkan rahsianya kata Kilafairy:

“Masa itu keyakinan diri ada kalanya menurun. Saya percaya ini situasi normal yang ada dalam diri kita, Tambah pula bekerja yang menuntut saya muncul di kaca TV, memang penampilan dan bentuk badan itu saya anggap perlu ‘on point’.

“ TV pula contohnya kita tahu akan besarkan lagi saiz sebenar. Bayangkan yang berisi seperti saya… terus bertambah berisi dalam kaca TV. Nak menjalani penggambaran pun jadi macam tak seronok dan rasa ‘insecure’. Semangat nak buat sesuatu itu terus merudum dan seperti biasa orang di sekeliling kita terus pantas menghakimi.

“ Keyakinan diri itu perlu ada pada kita. Tapi jika ada sesuatu yang melemahkan segala-galanya kita kena pantas bertindak melakukan perubahan.”

Panjang lebar Kilafairy bercerita kisah silamnya. Agaknya kerana itu lah kut kita dah jarang melihat Kilafairy muncul di kaca tv kan?

Apa pun yang pasti kehilangannya sementara di layar perak mahu pun kaca tv tidak bermakna Kilafairy menyorokkan dirinya namun siapa sangka ‘diam diamnya berisi” rupanya.

Ya… sejak bulan Disember tahun lalu, Kilafairy rupa-rupa sebuk menguruskan produk kesihatan KILAFIT dalam usaha membantu masyarakat di luar sana mendapatkan tubuh badan sihat dan menawan. 

“Kilafit bagai cinta hati yang menyembuh kedukaan di hati saya. Produk kesihatan dan pelangsing badan itu diformulakan oleh doktor bertauliah dengan cetusan idea saya sendiri,” tambahnya.

Menurut penyanyi lagu Put The Word In bersama Sean Kingston itu, dia sentiasa percaya untuk terus menjadi seperti mana yang dimahukan.

“Saya percaya soal fizikal ini bergantung kepada diri sendiri. Saya tak bermaksud mahu memaksa sesiapa perlu menukar menjadi seperti itu dan ini. Hidup ini adalah pilihan. Pilihan saya ialah untuk mengamalkan KILAFIT. Anda juga boleh ikut jejak saya.

“I rather be what i want to be,” katanya yakin.


Sejak mengamalkan pemakanan Kilafit, Kilafairy memberitahu berjaya menurunkan berat badannya sebanyak  3 kilogram dalam tempoh seminggu.

Menurutnya kesan penurunan bergantung kepada badan dan disiplin pemakanan masing-masing sambil memberitahu, Asyraf Khalid berjaya turunkan berat sebanyak 6 kilogram dalam masa seminggu.

Ditanya mungkinkah kehidupan beliau yang nampak mewah kini ada kaitan dengan tajaan orang-orang berpengaruh atau jutawan?

Ini jawapannya:

“Segalanya adalah hasil titik peluh saya sendiri bahkan perniagaan ini saya bekerjasama dengan seorang rakan kongsi,, Encik Hamiz termasuk Asyraf Khalid.”

Selain membantu orang ramai yang gemar makan kuat tetapi mahu badan langsing, Kilafairy memberitahu, pihaknya juga ingin membantu masyarakat yang minat berniaga menjana pendapatan termasuk yang tidak mempunyai modal.

Setekat ini Kilafit mempunyai sejumlah 110 ejen tanpa modal malah masih terbuka untuk 50 lagi yang berminat menjadi super agen atau stokis.

Dengan harga RM88 sekotak, seseorang peniaga yang aktif mampu menjana pendapatan bersih lebih daripada 5 angka.

Seperti taglinenya,”together we can” atau “bersama kita boleh”, Kilafairy percaya dengan sokongan ramai, Kilafit mampu berjaya dan mendapat sambutan hangat.

“Saya tak boleh paksa mereka percaya pada saya. Tetapi cubalah kerana produk ini direkacipta khas untuk membawa pelbagai jenis manfaat waima campuran ramuan moden dan tradisional yang sempurna diadun bagi menghasilkan suplemen pelangsingan badan yang terbaik dan paling seimbang,” ujar Kilafairy.

Sambungnya, Kilafit membantu membakar sel-sel lemak dalam tubuh badan bagi mendapatkan tenaga selain menurunkan berat badan malah mampu menegangkan kulit, menggalakkan pertumbuhan rambut dan meningkatkan tahap kesihatan serta imunisasi badan.

Pendekata,  formula istimewa Kilafit dengan ekstrak L-Karnitina & Garcinia, kolagen, kurma, buah delima, madu dan aloe vera antara lain turut membantu mengurangkan paras gula dalam darah, turunkan kadar kolesterol dan memendekkan masa pemulihan daripada sakit badan dan bisa-bisa selepas senaman serta memudahklan penghadaman dan mengurangkan radang.

Nak tahu caranya dan bagaimana mahu berkongsi ilmu serta berniaga dengan Kilafit boleh layari instagram @kilafit atau watsapp nombor 014 7199179. 

Atau lebih mudah Kak Fas bagi anda link ini..... KLIK SINI.

Artikel berkaitan sila layari INI


#kilafit #kilafairy #asyrafkhalid #rohanajalil

Tiada ulasan:

Catat Ulasan