Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

BERGAYA DENGAN WANGIAN DAVID BECKHAM, MENANGI HADIAH LUMAYAN


Namanya sahaja sudah cukup membuat ramai yang teruja. Itulah penangan pemain bolasepak terkenal, David Beckham.
Kak Fas yakin nama popular itu memiliki nilai komersial yang hebat malah boleh jual dan laku.
Jadi tidak hairanlah apabila syarikat pereka minyak wangi mewah, Coty International yang juga merupakan pembuat minyak wangi Gucci dan Hugo Boss, memperkenalkan wangian David Beckham.
Ikon global dan berkemungkinan lelaki paling segak dan rapi di dunia itu membuat kemunculan sulongnya di Malaysia.
Jangan keliru, David Beckham hanya hadir dengan empat aroma wangiannya, sahaja. Jika David benar-benar ada di Kuala Lumpur rasanya sesak ribuan peminatnya datang kan… Kak Fas pun tentu tidak mahu melepaskan peluang itu haha…
Pewangi yang turut direka oleh Beckham sendiri disesuaikan dengan kepelbagaian aspek peribadi David Beckham - samada ketika dirinya berama keluarga, bergaul dengan rakan-rakan, membina empayarnya yang berbilion dolar atau menerusi peranan yang tidak dapat dipisahkan.
Rangkaian berkenaan dilabelkan sebagai  Instinct, Homme, Respect dan Classic
Wangian David Beckham direka untuk memberikan inspirasi kepada semua kaum lelaki untuk lebih tekad dalam mengejar cita-cita dan impian, mengubah diri mereka untuk menjadi lebih yakin dengan visi diri mereka yang lebih baik. 
Kempen yang bertemakan Suit Up dirangka bagi menggalakan semua lelaki di Malaysia untuk melihat ke dalam jiwa mereka, cara untuk meningkatkan keupayaan diri sama ada menerusi kerjaya, gaya, perhubungan mahupun sukan. 

"Kejayaan seorang lelaki bukan diukur dengan apa yang tersedia ada, tetapi apa yang diusahakan sendiri. Tidak kira siapa diri kita atau apa yang kita lakukan, kita boleh mengambil semua langkah untuk berbicara dengan lebih baik, berpakaian sewajarnya, dan meluangkan sedikit masa untuk meningkatkan penampilan dan keyakinan diri. Itulah sebabnya kami hadir dengan tema Suit Up bersama David Beckham,“ ujar  Jonathan Fu (kiri), Pengurus Kanan Pemasaran, Asia Tenggara & Pasaran Pergedar pada majlis pelancaran wangian David Beckham di Colony, KLCC baru-baru ini.
“Apabila melancarkan rangkaian wangian eksklusif ini di Malaysia, kami mahu setiap lelaki menyedari akan potensi diri dengan wangian David Beckham seterusnya menggalakkan mereka untuk 'Suit Up' pada  setiap saat dan situasi yang penting dalam kehidupan mereka.“ tambah Fu,
Turut hadir, Beatrice Ting (kanan), dari Coty International.

Antara lelaki berinspirasi di Malaysia yang Suit Up dengan keyakinan untuk setiap hari serta antara yang pertama menggunakan wangian David Beckham di Malaysia adalah: 
  • Azwan Kombos – Ketua keluarga dan pelakon ini menggunakan David Beckham Instinct. Azwan mencerminkan gaya bersahaja dan keperibadian seorang lelaki moden yang sibuk membina kerjaya, tetapi masih komited sebagai seorang bapa yang setia berbakti untuk keluarganya, beliau juga suami kepada isteri pelakon, Ezzaty Abdullah.
  • Ryzal Jaafar – ‘Sahabat baik anda’, seorang pelakon dan pencetus trend popular ini memilih wangian David Beckham Homme kerana ia mencerminkan rasa unik dan gaya keperibadian diri Ryzal. Dikenali dengan rasa fesyennya yang eksentrik, sentiasa menonjolkan kenyataan tersendiri apabila berfesyen. Mempunyai hubungan yang rapat bersama peminat yang mengilai penampilan kontemporarinya - bukti nyata bahawa setiap orang mampu untuk memiliki dan mempunyai gaya peribadi sendiri.
  • Ikmal Amry – Penggemar sukan bola sepak, seorang model dan pelakon ini terinspirasi dari David Beckham Respect kerana aromanya boleh dikaitkan dengan dirinya. Sama ada ketika menjaringkan gol bersama kelab di padang atau percubaan untuk berjuang dalam industri hiburan tempatan – Saling menghormati adalah nilai yang dihargai oleh semua orang.
  • Faeez Fadhililah - Usahawan, Ketua Pegawai Eksekutif dan pengembara ini tidak asing lagi di mata orang awam. Tersenarai dalam Forbes '30 Under 30 pada tahun 2016, Faeez mencetuskan ilham buat para golongan profesional muda di seluruh rantau ini dengan persona serta kepintarannya dalam perniagaan. Aksesori wajib lagi terkini dimiliki  Faeez adalah aroma David Beckham Classic yang membantu dirinya bergaya dengan sentuhan peribadinya sendiri.
Bagi menandakan kemunculan sulung David Beckham Fragrances di Malaysia, semua lelaki di Malaysia digalakkan untuk Suit Up dengan David Beckham menerusi cabaran #SuitUpChallenge.
Untuk ini, mereka hanya perlu memuat naik gambar SEBELUM dan SELEPAS 'Suit-Up' mereka sendiri ke akaun media sosial dengan tanda pagar #SuitUpMY dan #DavidBeckhamFragrances untuk berpeluang memenangi hadiah lumayan. 
Untuk mengetahui lebih lanjut, ikuti tanda pagar #SuitUpMY atau nak tahu mengenai David Beckham Fragrances, sila layari https://www.beckham-fragrances.com/ atau KLIK INI


#Davidbeckham #CotyInternational #azwankombos #ryzaljaafar #ikmal amry #faeezfadhililah. #suitupmy #davidbeckhamfragrances 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan