AMALKAN HIDUP SIHAT, SERTAI LARIAN #KAMICARINGRUN2019 17 NOVEMBER DEPAN
Bertepatan dengan nama penganjurnya Caring Pharmacy di mana misi rangkaian farmasi ini berhasrat menjadi pemacu gaya hidup yang sihat di dalam komuniti, orang ramai dijemput menyertai larian #KamiCaringRun 2019 pada bulan November depan.
Sebagai sebuah syarikat farmasi yang berdedikasi dalam mempromosikan penyelesaian kesihatan dengan kos efektif kepada masyarakat, CARiNG Pharmacy percaya bahawa setiap orang harus memulakan langkah ke arah kehidupan yang sihat tanpa mengira batasan umur atau bentuk fizikal tubuh.
Sehubungan itu, dalam mempromosikan slogan "Hidup Sihat, Hidup Gembira', larian #KamiCaringRun 2019 ini terbuka bagi semua yang kepinginkan kualiti dan gaya hidup yang sihat agar masalah kesihatan dapat dikurangkan pada masa hadapan.
Anjuran bersama penaja-penaja Platinum Caring seperti Abbott, VitaHealth and Herbs of Gold bersama Penaja-Penaja Emas CARiNG - Hello March, Fisol, Salonpas, Flexijoint, L'Oreal dan SunSense, larian ditetapkan lokasinya di Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur pada 17 November 2019, bermula jam 6 pagi hingga 10 pagi.
Turut menjayakan acara ini adalah penaja-penaja dari Betadine, Cap Kelapa Laut Afrika, Kao, FitNesse, Milo, Oreo dan Atria Shopping Gallery.
Sepanjang tempoh 4 jam itu, Milo dan FitNesse akan menawarkan produk minuman mereka secara percuma kepada peserta dan orang ramai yang hadir.
#KamiCaring Run 2019 merangkumi 5KM Fun Run dan 12KM Competitive Run.
Jadi di mana kah letaknya kategori anda?
5KM Fun Run terbuka untuk dewasa 13 tahun ke atas, dan kanak-kanak berumur antara tiga hingga 12 tahun.
Jadi ibu bapa yang tidak tahu di mana nak tinggalkan anak-anak anda yang berusia sedemikian bolehlah membawanya bersama agar dilatih dari awal untuk cergas melalui acara larian. Alaa.. setekan 'suka suka' je... sebab itu namanya pun 'fun run'.
Namun bagi mereka yang memang seorang pelari dan sering mengikuti acara larian boleh mendaftarkan diri untuk 12KM Competitive Run yang terbuka untuk dewasa 15 tahun ke atas. Namun peserta di bawah umur 18 tahun harus mendapatkan kebenaran ibu bapa/penjaga terlebih dahulu.
Setiap peserta akan mendapat t-shirt larian, pingat penamat dan beg cenderahati.
Berapa pula bayarannya?
Yuran pendaftaran adalah RM60 untuk 12KM Competitive Run, RM50 untuk 5KM Fun Run (Dewasa 13 tahun & ke atas) dan RM30 untuk 5KM Fun Run (Kanak-kanak 3 - 12 tahun).
Dan jika nak diskaun sebaiknya daftar awal kerana pendaftaran awal melayakkan anda memperoleh potongan harga sebanyak RM5.
Dah tu korang mesti nak tahu kan apa hadiahnya?
Hadiah-hadiah akan diberikan kepada pemenang-pemenang 12KM Competitive Run sahaja tau sebab inilah larian yang menentukan kemenangan bukannya sekadar 'suka suka' tau.
Untuk kedua-dua kategori 12KM Terbuka Lelaki/Veteran dan 12KM Terbuka/Veteran, hadiah pertama berupa wang tunai berjumlah RM600 berserta piala akan diberikan.
Pemenang di tempat kedua pula akan menerima hadiah wang tunai berjumlah RM400 berserta piala, manakala tempat ketiga pula menerima wang tunai RM200 berserta piala.
Hadiah saguhati berupa baucar tunai bernilai RM100 berserta piala akan diberikan kepada pemenang-pemenang tempat ke-empat hingga ke-sepuluh.
Dalam pada itu yang lain-lain itu jangan pula patah hati sebab jika korang bernasib baik boleh bawa pulang hadiah pada acara Cabutan Bertuah. Hadiah- hadiah Cabutan Bertuah ini akan diumumkan pada hari larian.
Jadi... tunggu apa lagi, cepat hantarkan pendaftaran secara dalam talian di laman khusus http://bit.ly/KamiCaringRun2019 atau terus KLIK SINI sebelum tarikh tutupnya pada 9 Oktober 2019 ini.
Lebih menarik lagi....sebagai Rakan Kongsi Pengangkutan Rasmi, Grab akan menawarkan diskaun sebanyak RM5 kepada peserta dan orang ramai yang menggunakan perkhidmatan tersebut ke dan dari lokasi acara.
Tetapi diskaun ini terhad kepada 400 pengguna yang pertama sahaja, dan ia dibiayai sepenuhnya oleh CARiNG untuk peserta dan orang ramai ke lokasi larian. Pendekata, siapa cepat dia dapat... dah tak perlu runsing soal parkir kereta... grab jer.....!
Faham kan?
Kalau mahu info lanjut sila buatkan pertanyaan korang melalui emel ke register@score.my atau hubungi talian 03 7726 4277 pada waktu pejabat dari pukul 9 pagi hingga 6 petang (Isnin-Jumaat).
Pada majlis pelancaran larian #KamiCaringRun 2019 yang dilangsungkan di sebuah pusat membeli-belah di Putrajaya baru -baru ini pelbagai aktiviti disediakan kepada pengunjung yang hadir. Malah kanak-kanak pun nampaknya turut terhibur.
Jom amalkan gaya hidup sihat ya!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan