BILA DURIAN DIKAHWINKAN DENGAN KEJU.APA RASANYA ?
Wow! Pizza ada perisa durian! Digabungkan dengan keju pulak tu!
Siapa yang 'hantu' durian dan keju mesti suka ni.
Ya...Pizza Hut Malaysia membawakan kejutan hebat kepada para peminatnya apabila memperkenalkan ciptaan yang menggabungkan kelazatan rasa keju dan keenakan ‘raja buah’ menerusi Durian Cheese Pizza terbaharunya.
Ciptaan istimewa ini bakal mencetuskan fenomena yang tersendiri di semua rangkaian restoran Pizza Hut dan konsep penghantaran seluruh negara memberikan peluang kepada peminat untuk mengalami penyatuan gastronomi paling unik di abad ini!
Kalau nak rasa jangan tunggu lama kerana perisa ini terhad hingga 30 September 2019 sahaja atau sehingga stok masih ada.
Ciptaan terbaharu ini meraikan semangat warga Malaysia dengan mengambil inspirasi daripada kecintaan dan minat mereka terhadap durian serta keghairahan mereka terhadap hidangan berkeju.
Ketua Pizza Hut Malaysia, Loi Liang Tok berkata, Pizza Hut Malaysia sentiasa berbangga menjadi jenama yang menghubungkan orang ramai menerusi keenakan pizanya dan detik-detik istimewa yang dikongsi bersama.
“Kami sentiasa percaya bahawa minat dan kecintaan mendalam akan menjadikan semuanya lebih istimewa. Durian Cheese Pizza mengetengahkan kesungguhan kami untuk mengukir senyuman dan mewujudkan kebersamaan menerusi detik-detik perkongsian piza, dengan mengolah dan mengangkat dua perisa yang amat dekat di hati rakyat Malaysia,” ujar Loi LiangTok.
“Hidangan ini akan membawa anda ke sebuah pengembaraan enak di mana deria rasa anda bakal meneroka kawasan yang belum pernah dikunjungi sebelum ini, menerusi kombinasi rasa durian, keju dan piza. Sepertimana diketahui, durian memberi letusan rasa berkrim di setiap gigitan yang membuatkan anda berasa ‘sedap tak terkata’,” tambah beliau.
Durian Cheese Pizza boleh didapati secara à la carte dan pilihan kombo di restoran dan penghantaran Pizza Hut, bermula pada harga RM44.50 à la carte.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.pizzahut.com.my.
Memang best rasa dia, Kalau pergi pizza hut mmg senang pakai Boost app, scan & pay je.
BalasPadamIa sudah paling bagus dengan Boost app, kerana ia juga dapat diskaun atau cashback untuk pizza-pizza yang kegemaran.
BalasPadamBoost app sekarang ada vouchers selepas bayar, dengan satu scan. Ia senang!
BalasPadamBoost app ada buat promo untuk Pizza Hut, n makanan lain jugak. So bayar guna apps tu memang senang, siap dapat Cashback yang lumayan.
BalasPadamApa restoran kegemaran lain-lain kamu pergi dan guna Boost?
PadamYou can also get discounts and vouchers for your purchases when you use the Boost app at Pizza Hut -- the resulting cheaper prices will make your meals more enjoyable!
BalasPadamLain daripada itu, Boost app ada banyak deals, macam tiket ke Seoul yang percuma di Nene Chicken, makanan percuma di Chicken Rice Shop, atau iPhone 11 atau Shake rewards percuma dengan go Premium!
BalasPadamPizza Hut ada offer tau kalau korang guna Boost app. And branch lain pun dengan cashback up to RM5 sampai 31 october ni..
BalasPadamSaya tak sabar nak rasa ni kat Pizza hut. Sebab dekat Boost app ada offer tau. Makanan lain pun ada macam Chicken Rice Shop.
BalasPadam