FGG YAKIN LINDUNGI KEWANGAN AHLI MELALUI KERJASAMA FWD TAKAFUL
Adakah anda seorang yang Kak Fas boleh kategorikan sebagai ‘business minded’?
Jika anda rajin mencari peluang perniagaan atau aktif berniaga pasti tahu mengenai Financial Genius Group atau ringkasnya Kumpulan FGG kan?
FGG Group beroperasi di Bukit Damansara dan telah berpengalaman lebih 16 tahun dalam industri kcwangan, menerusi jenama terkenalnya FGG.
Bagi Kak Fas jika tidak diundang baru-baru ini ke satu majlis kerjasama strategik Kumpulan FGG dengan FWD Takaful, sudah tentu tidak tahu mengenai kewujudan kumpulan ini.
Ya la… Kak Fas ni bukan peniaga sekadar wartawan/penulis yang aktif dalam penulisan.
Apa pun agak menarik bila kehadiran di majlis yang melibatkan ahli-ahli yang aktif berniaga ini berkumpul dalam satu semangat yang berkobar-kobar sehingga membuatkan Kak Fas pun naik tahap energi ketika itu haha…
Sorakan dan slogan yang dilaungkan oleh setiap ahli-ahli FGG yang hadir sesungguhnya menghangatkan majlis jalinan kerjasama FGG Group bersama FWD Takaful yang dimeterai antara Ketua Pegawai Eksekutif FGG GROUP; Dato’ Sri Mahadi BZ (dua dari kanan) bersama Pengarah Eksekutif FWD Takaful Berhad Tuan Salim Majid Zain (kiri) dan disaksikan olch panel shariah FGG.
Melalui kerjasama itu, FWD Takaful Berhad (dahulunya dikenali sebagai HSBC Amanah Takaful (Malaysia) Berhad) bertindak sebagai rakan strategik dalam memberikan perkhidmatan perancangan serta perlindungan kewangan takaful yang bersesuaian dengan undang-undang Islam untuk rakyat Malaysia.
Sehubungan itu, FGG GROUP turut melancarkan entiti terbaharu yang berkaitan dengan perkhidmatan yang ditawarkan iaitu FGG WEALTH AL-KHASSAH (VIP Private wealth Islamic) dan FGG ISLAMIC ENTREPRENUR ACADEMY (seminar dan program motivasi).
Dan sejajar dengan perkembangan berkenaan, FGG Group melantik empat (4) panel shariah yang terdiri daripada tokoh-tokoh ilmuan dan agamawan negara iaitu Prof Madya Dato' Dr. Ustaz Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim, Ustaz Dato' Mohd Zawawi Yusoh, Ustaz Shahul Hamid M.P.H. Seeni dan Ustaz Fauwaz Fazil Noor.
Perlantikan para panel shariah ini adalah berlandaskan kepakaran dalam bidang masing-masing dan persetujuan atas dasar matlamat yang sama demi menjayakan revolusi industri takaful di Malaysia.
“Dengan itu, para shariah ini akan bertindak sebagai pemantau holistik dan penasihat keagamaan dalam setiap aktiviti serta halatuju FGG Group secara keseluruhannya,” ujar Dato Sri Mahadi.
Majlis menandatangani perjanjian persefahaman MoU dan sesi memperkenal para panel shariah ini dibuat sempena pelancaran FWD Takaful Berhad bertempat di One World Hotel, Petaling Jaya baru-baru ini turut dihadiri duta selebriti FGG, pelakon Linda Rafar.
Untuk mengetahui lanjut keunikan Kumpulan FGG ini boleh layari laman web https://www.mahadibz.com
@mahadibz
@financial.genius.group
#FGG
#GoForwardConfidently
#GetReadyToLive
@financial.genius.group
#FGG
#GoForwardConfidently
#GetReadyToLive
Tiada ulasan:
Catat Ulasan