Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

'FREAKY FITZ' BANTU TURUNKAN BERAT BADAN DALAM 20 HARI?


Ada masalah obesiti? Dah cuba pelbagai produk yang berada di pasaran tetapi masih gagal menurunkan berat badan?

Jika itulah masalah korang, barangkali boleh mencuba cabaran 20 hari seperti yang telah dilakukan oleh pelakon popular, Shaheizy Sam bersama 33 peserta lain yang berjaya menurunkan berat badan mereka hanya dengan minuman berperisa teh limau markisa 'Freaky Fitz'.

Sungguh pun namamya agak 'freaky' yang berbaur aneh dan menyeramkan tetapi ia terbukti dapat mengubah keinginan anda untuk menurunkan berat badan.

Sejujurnya semasa menerima undangan ini, Kak Fas tertanya-tanya juga apa sebenarnya 'Freaky Fitz - #20dayschallenge' ini.... dan agak terkejut juga ia sebenarnya nama produk minuman.

Bertempat di Battle Arena Malaysia, Petaling Jaya baru-baru ini, seramai 33 peserta yang dipilih secara rawak oleh Shaheizy Sam telah memperlihatkan cabaran mereka menurunkan berat badan selepas 20 hari minum 'Freaky Fitz."

Ada yang mampu turunkan berat badan paling minima 4 kg waima paling tinggi sehingga 15,7 kilogram. Wow! memng hebat kan penangan produk ini.

Daripada kesemuanya itu, Fauziah Talib, 25,  diumumkan sebagai juara Cabaran 20 Hari Freaky Fitz setelah berjaya menurunkan 15.7 kilo berat badannya sekali gus  mengatasi 32 peserta lain. 

Fauziah bersama 8 peserta lain yang berjaya menurunkan berat badan paling tinggi membawa pulang Pakej Percutian ke Bali 3 hari 2 malam yang disampaikan oleh penganjur. 

Sementara yang lainnya diberikan produk Freaky Fitz secara percuma selama enam bulan berserta wang tunai RM500 setiap seorang.

Mempunyai berat badan yang boleh dikategorikan sebagai tinggi bagi gadis berusianya iaitu 178.7 kg, Fauziah mampu turunkan berat badan sehingga 163 kg kini.

Bercakap mengenai cabarannya kata Fauziah:

"Selama ini saya dah cuba beberapa produk lain tetapi semua tak jalan sebab saya memang kaki makan. Jadi apabila mendapat tahu Shaheizy Sam nak membantu peminatnya melalui cabaran 20 hari itu, saya terus menghantar borang penyertaan dan rasa sangat bersyukur kerana terpilih.

"Saya memang selalu  tak tahan lapar tetapi selepas minum Freaky Fitz setiap pagi selama 20 hari, saya mampu kurangkan makan malah penyakit asthma yang dialami pun terkawal."

Fauziah yakin mampu turun sehingga 100 kg menjelang akhir tahun ini malah akan terus minum sehingga memperoleh berat badan yang diimpikan iaitu 55 kg.

"Tiada kesan sampingan dan saya juga tidak pula berhenti makan cuma apabila mengamalkan minuman ini badan rasa ringan dan nafsu nak makan kurang,"tambah Fauziah.





















Bagi pemenang kedua, Shafiee Zainal Abidin menyatakan kegembiraannya dengan penganjuran program tersebut. 

"Saya rasa program sebegini perlu diteruskan oleh Shaheizy Sam, kerana saya percaya ramai di luar sana yang ingin menurunkan berat badan tetapi tidak mencapai impian tersebut kerana tidak ada mentor atau rakan yang memberi tunjuk ajar serta galakan, kebanyakan buat separuh jalan. Saya sendiri telah beberapa kali cuba untuk menurunkan berat badan tapi tak berjaya, tapi setelah dipilih masuk ke program ini saya dapat turun 14.6 kilo dalam masa 20 hari. Produk minuman Freaky Fitz yang diberi kepada kami pun banyak membantu, perasa tehnya pun sedap.”  

Seorang lagi pemenang, Mohamad Izwan Zali, 41, pula yang sependapat dengan Fauziah berhubung rasa sedap minumam tersebut mampu menurunkan berat badan sehingga hampir 11 kg sepanjang 20 hari menyertai cabaran.

"Bagi saya setiap orang yang menyertai cabaran ini perlu kuat disiplin dan yang penting jaga pemakanan. Saya juga memang kaki makan dan bila tak dapat makan naik panas baran pun ada," kenang Izwan dalam ketawa kecil.

Pun begitu tambahnya, selepas mengamalkan minuman berperisa markisa itu selama 20 hari tanpa menyentuh nasi kecuali sehari pada Hari Raya Haji, berat badannya menurun.

"Saya kurang senaman pun cuma kadangkala sering bermain badminton pada waktu malam dan selalunya selepas bermain perut terasa lapar tetapi kali ini tidak, Bila rasa lapar sikit saya cuma makan buah-buahan seperti epal hijau."

Menurut Izwan, menariknya minuman Freaky Fitz juga merupakan minuman kesihatan malah kandungannya mempunyai khasiat bagi tubuh badan,

"Saya memang tidak boleh minum susu tetapi dengan Freaky Fitz yang rasa sedap saya bancuh dengan air sejuk agar rasa lebih enak dan segar," tambah Izwan.


Apa pula kata Shaheizy Sam sebagai duta Freaky Fitz yang mendapat sokongan daripada isteri, Syatilla Melvin?

"Saya pada mulanya hanya nak bantu rakan terdekat untuk turunkan berat badan, dalam proses 5 hari pertama kami mendapat idea mengapa tidak membuka peluang ini kepada peminat, saya juga terkejut apabila saya maklumkan dalam IG dan Facebook saya jumlah yang nak menyertai program ini hampir 22 ribu orang”. 

"Ini menunjukan ramai rakyat Malaysia yang mengalami masaalah berat badan dan nak kurus tapi tak tahu kaedah yang terbaik. Ada juga permintaan untuk diadakan Freaky Fitz 20 Days Challenge untuk kumpulan kedua, tengoklah nanti." 

Majlis yang berlangsung penuh meriah sekali gus menyaksikan pelancaran produk Freaky Fitz -minuman berperisa Teh Limau Markisa  yang diperkaya dengan serbuk Guarana serta Hoodia Gordoni dan ekstrak kopi hijau bagi membantu menjaga pemakanan dan memberi tenaga sepanjang hari.

Berharga RM79 dengan kandungan 14 sachet, Freaky Fritz boleh diperoleh melalui ejen atau stokis secara online.

Malah pihak syarikat turut membuka peluang kepada khalayak yang berminat menjadi ejen jualan pada yuran paling minima RM590 atau RM1,000 sebagai stokis.

Maklumat lanjut layari atau KLIK SINI


#Freakyfitz #20dayschallenge #shaheizysam #syatillamelvin




Tiada ulasan:

Catat Ulasan