ALIFF SYUKRI DAH ADA 'COWOK BARU' DI JAKARTA KE? APA KATA NETIZEN?
Ibarat irama dan lagu, andai terpisah pincanglah segalanya.
Begitulah juga yang dapat Kak Fas hubungkaitkan jutawan kosmetik terkenal, Dato Sri Aliff Syukri Kamarzaman,32, apabila berbicara mengenai dirinya dan lagu.
Kak Fas percaya semua faham apa yang Kak Fas maksudkan kan?
Korang maklum, Aliff Syukri yang lebih popular di sapa sebagai #abangterlajaklaris ini bukan sahaja berjaya mencipta namamya sebagai jutawan kosmetik namun dalam usia muda telah membina empayar perniagaan yang mampu menjana keuntungan jutaan ringgit.
Malah pendapatan dari laman YouTube nya sahaja berjaya mencecah sehingga RM200,000 sebulan. Jadi tidak hairanlah kenapa Aliff Syukri terus menerus membangkitkan cerita-cerita sensasi yang hangat sehingga menimbulkan satu fenomena 'membawang' di kalangan netizen khususnya warga net.
Daripada perwatakannya yang cergas dan bijak berbicara itu jelas mencerminkan sifat seorang lelaki yang tidak mudah menyerah kalah dan tidak makan dek teguran walaupun pahit atau manis.
Atas minatnya yang mendalam terhadap nyanyian, Dato Terlajar Laris ini ternyata telah menghasilkan empat single di mana kebanyakannya mendapat kritikan antaranya seperti lagu 'Bobo Di Mana' nyanyiannya bersama Nur Sajat dan penyanyi Indonesia, Lucinta Luna.
Tak perlulah Kak Fas 'flashback' mengenai segala tohmahan yang melanda lagu berkenaan, korang mesti dah tahu kan.
Terkini, Aliff Syukri sekali lagi menampilkan single terbaharunya bersama Lucinta Luna tetapi ditambah dengan seorang lagi penyanyi yang terkenal dengan lagu "Tak Tun Tuang'.... siapa lagi jika bukan Upiak Isil.
Kak Fas dah pun dengar lagu itu. Sedap juga lagu genre dangdut berkenaan yang berjudul 'Cowok Baru'. Kira terangkat juga lah kaki Kak Fas mengikuti alunan bit lagu tersebut semasa hadir di majlis pelancarannya di Wisma Dherbs Holding, Kota Damansara, baru-baru ini.
Nah korang dengar dulu melalui LINK INI.
Macam mana? Setuju tak yang Kak Fas kata boleh tahan juga lagunya. Sedap!
Bukan niat Kak Fas nak puji atau nak 'terangkat' Alif Syukri tau...! Tetapi telinga Kak Fas suka mendengar lagu ini.
Pelancaran 'Cowok Baru' di bawah label Datu Entertainment disempurnakan sekali gus dengan pasaran di Indonesia di mana rakaman video klip rasmi lagu tersebut berlangsung iaitu di Jakarta.
Diarahkan oleh Aliff Syukri sendiri, khabarnya pelbagai kesukaran telah diharungi dan dihadapi sepanjang proses rakaman dalam tempoh seminggu.
Dan sebaik sahaja ia dilancarkan, 'Cowok Baru' terus trending dan menduduki tangga kelima secara keseluruhan dengan capaian mencecah lebih dari 200,000 tontonan.
"Setekat ini nampak gayanya angka 'like' dan 'unlike' seimbang jadi kira ok lah kan," ujar Aliff Syukri kepada media yang berharap kali ini tidak timbul sebarang kontroversi memandangkan tiada unsur lucah atau yang menjengkelkan pada lirik dan video lagu "Cowok Baru" berkenaan.
Turut hadir pada majlis pelancaran 'Cowok Baru' ialah Ketua Pegawai Operasi Duta Entertainment, Raja Mohamad Amin dan Pengarah Urusannya, Hadi Rumnan.
Menurut Raja Mohamad (pix bawah, kiri) pihaknya telah membuat perancangan untuk memasarkan lagu 'Cowok Baru' ini ke 50 stesen radio di kepulauan Indonesia dan pada masa yang sama bakal melancarkannya di Jakarta tidak lama lagi.
"Dato Seri Aliff mempunyai peminat di Indonesia dan saya yakin lagu ini akan mendapat sambutan hangat di kalangan jutaan rakyat Indonesia yang gemarkan lagu berirama dangdut," sambung Hadi Rumnan (kanan).
Sebagai penyanyi yang telah mengikat kontrak selama dua tahun di bawah label Duta Entertainment, Aliff Syukri dijangka merancang terbitan lagu single seterusnya dengan seorang penyanyi solo lelaki di Indonesia pula.
"Saya belum boleh sebut siapa penyanyi berkenaan tetapi dia seorang yang tetap popular dan mempunyai 4 juta pengikut di laman sosialnya," tambah Hadi.
Pun begitu, bagi Aliff Syukri, jika berpeluang berduet dengan artis Malaysia beliau impikan penyanyi popular seperti Faizal Tahir dan Anuar Zain.
"Taraf saya sama level dengan mereka," ujarnya dalam nada gurauan tetapi terserlah harapan dan keinginannya itu mampu dicapai.
Lagu "Cowok Baru" kini boleh didengarkan menerusi platform Digital Streaming seperti Youtube, Spotify Apple Music, Itune, Joox dan Kkbox bermula 21 Ogos lalu.
Ia juga sedia dimuat turun pada nada dering menerusi syarikat-syarikat telco tempatan seperti Digi, Maxis, Celcom dan UMobile.
Kak Fas: Tak mustahil impian Dato Seri Aliff Syukri menjadi realiti kan? Bila berduit segalanya mungkin, cuma AZ dan FT bagaimana? Sudi kah?
#abangterlajaklaris #cowokbaru #dutaentertainment #lucintaluna #upiakisil #jakarta #taktuntuang #bobodimana #

Tiada ulasan:
Catat Ulasan