APA KELEBIHAN MINYAK MASAK 'ALIF'?
Anda pernah dengar label minyak masak 'Alif'?
Sejujurnya Kak Fas pun baharu diperkenalkan kepada minyak masak 'Alif' yang dihasilkan daripada buah kelapa sawit apabila menghadiri majlis pelancaran label terbaharu itu.
Selama ini Kak Fas sering menggunakan jenama lain namun setelah diperkenalkan kepada minyak masak 'Alif' yang lebih dinamik dan berinfofmatif serta dijelaskan dengan terperinci khasiat di sebaliknya, sudah tentu selepas ini Kak Fas akan mencarinya.
Lebih menarik dan tertarik lagi apabila pengeluaran minyak masak kelapa sawit 'Alif' ini memilih tagline 'Ladang ke Dapur (farm to table) oleh pengeluarnya, syarikat Sime Darby Oils.
Jangan keliru tau, seperti kata pengacaranya, Alif Satar, " Ini bukan minyak masak saya ya...kebetulan sahaja namanya 'Alif'...." disusuli ketawa ramai.
Sesuai sangat konsep 'Ladang ke Dapur' itu waima proses penghasilan minyak masak 'Alif' melalui penuaian buah kelapa sawit di ladang sehinggalah ke proses penapisan minyak sawit dan pembotolan produk di kilang,dirus dan dikawal rapi mengikut tahap piawaian yang tinggi.
Disempurnakan pelancarannya oleh Menteri Industri Utama, Teresa Kok di sebuah hotel terkemuka baru-baru ini, majlis turut dipertontonkan tayangan perdana iklan minyak masak "ALIF' bertajuk "Ladang Ke Dapur'.
Menurut Pengarah Urusan Sime Darby Oils, Mohd Haris Mohd Arshad, ’Ladang ke Dapur’ merupakan salah satu identiti minyak masak ‘ALIF’ yang melambangkan jaminan syarikat tersebut dalam memastikan hanya produk minyak masak yang terbaik dapat dinikmati oleh para pelanggan ‘ALIF’.
“Minyak masak ‘ALIF’ dihasilkan daripada minyak sawit mentah bermutu tinggi yang diuji untuk menentukan kualitinya terlebih dahulu dan kemudian disuling untuk menghasilkan minyak masak. Secara semula jadinya, minyak sawit amat kaya dengan karotenoid dan Vitamin E, iaitu sumber antioksidan yang memberi manfaat kepada kesihatan jantung serta pengurangan kadar kolesterol tidak baik.
"Minyak sawit itu sendiri adalah produk bebas kolesterol dan lemak trans, serta sesuai digunakan untuk menggoreng berulang kali," tambah Mohd Haris.
Kak Fas percaya yang sebahagian besar daripada kita sebagai kaum wanita yang memasak di dapur berjimat dalam penggunaan minyak masak waima menggunakan minyak sama berulang kali untuk menggoreng.
Jadi apabila mendengar betapa minyak sawit 'ALIF' sesuai digunakan berulang kali, lega juga rasanya... bolehlah berjimat ya tak?
Semua kebaikan dan keistimewaan yuang terdapat dalam minyak masak ‘ALIF’,
Sime Darby Oils, yang merupakan anak syarikat milik penuh Sime Darby Plantation Berhad, iaitu pengeluar minyak sawit diperakui lestari terbesar dunia, turut memberi jaminan bahawa minyak masak ‘ALIF’ dihasilkan sepenuhnya secara mampan atau lestari.
Jaminan tersebut disahkan dengan penampilan logo pensijilan ’Roundtable on Sustainable Palm Oil’ (RSPO) pada label minyak masak ‘ALIF’. Selain daripada itu, minyak masak ALIF juga mempunyai pengiktirafan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
“Kesedaran untuk memastikan alam sekitar dan hidupan liar sentiasa terpelihara semakin meningkat di kalangan masyarakat kita. Perakuan pensijilan RSPO memberi jaminan kepada pelanggan bahawa minyak masak ‘ALIF’ dihasilkan tanpa mengakibatkan kerosakan kepada alam sekitar dan biodiversiti. Sime Darby Oils turut memastikan agar suasana kerja serta hak para pekerja terpelihara, dan kepentingan masyarakat di sekeliling operasinya sama sekali tidak terjejas dalam proses menghasilkan minyak masak ini,” tambah Mohd Haris.
Label baru ‘ALIF’ turut menampilkan logo ‘Sayangi Sawitku’ sebagai tanda sokongan Sime Darby Oils kepada aspirasi kempen tersebut yang diperkenalkan oleh kerajaan.
Kempen yang dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada bulan Mac 2019 tersebut bertujuan untuk meningkatkan rasa bangga dan penghargaan masyarakat terhadap sumbangan minyak sawit Malaysia kepada negara dan dunia, sekaligus memperkukuhkan lagi sokongan rakyat tempatan kepada industri sawit Malaysia.
“Adalah menjadi harapan kami agar pelancaran label baharu ini akan dapat merancakkan lagi permintaan terhadap produk minyak sawit Malaysia. Semoga masyarakat akan terus teruja dengan penampilan terbaharu minyak masak ‘ALIF’, serta jaminan kualiti dan kelestariannya pada harga yang berpatutan,” sambung Mohd Haris.
Bersempena pelancaran label baharu ‘ALIF’, Sime Darby Oils turut mengumumkan Pertandingan ‘Mastaclass Goreng’ yang akan diperkenalkan oleh syarikat tersebut pada suku keempat tahun 2019.
Pertandingan secara atas talian ini menawarkan hadiah kepada 20 pemenang bertuah untuk muncul di program ‘ALIF MastaClass Goreng’ bersama dua selebriti terkenal, Chef Nik Michael Imran serta pelakon dan penyanyi terkenal Alif Satar, sebagai hos program.
Program ‘ALIF MastaClass Goreng’ ditayangkan secara eksklusif di Laman Facebook Minyak Masak ‘ALIF’.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan