Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

AYDA JEBAT TAKUT BILA MUKA NAMPAK MACAM 'HANTU'


“Pengalaman saya dengan OPPO Siri A 2020, terutamanya model A9 2020 adalah sangat luar biasa, terutamanya Kamera Utama belakang 48MP Kuad-Kamera yang serba boleh! Tidak kira pada waktu siang atau waktu malam dengan persekitaran bercahaya rendah, ia akan sentiasa memberikan hasil fotografi yang menakjubkan," ulas pelakon dan penyanyi genit, Ayda Jebat selaku duta produk siri OPPO A 2020.

Pelantun lagu 'Temberang' ini bukan temberang kosong tau tetapi itulah kenyataan jujur darinya ketika ditemui pada majlis pelancaran jenama baharu OPPO A9 2020 dan A5 2020 baru-baru ini.

Turut hadir, Garry Gong, Ketua Pegawai Eksekutif (tengah)  dan Ken Ng, Pengurus Produk OPPO Malaysia ) dua dari kanan.



Pada majlis tersebut,  Ayda turut mendedahkan bahawa OPPO sentiasa mengejutkannya dengan teknologi terkini yang menjadikan kehidupan lebih mudah.

Mula mencuba menggunakan OPPO A9 2020 dalam sebuah konsert di Dataran Merdeka baru baru ini, Ayda memberitahu:

“Pada masa lalu, setiap kali saya cuba mengambil gambar pemandangan atau gambar berkumpulan bersama keluarga dan peminat, saya perlu mengambil beberapa langkah ke belakang bagi memuatkan kesemuanya di dalam satu gambar. Namun begitu, saya masih tidak dapat mengambil gambar yang memuaskan. Kini dengan 119° lensa sudut ultra lebar, saya boleh mengambil gambar dengan mudah tanpa perlu bersusah-payah lagi.” 

Mengulas lanjut, Ayda menambah kata, “Ciri Mod Malam Ultra 2.0 adalah penyelamat nyawa. Secara jujurnya, saya tidak suka menghidupkan lampu denyar kerana gambar yang diambil tidak akan nampak semulajadi dan kadang-kala sinaran lampu denyar tersebut membuatkan mata kita berasa tidak selesa seolah-olah terdapat bayang-bayang di dalam bebola mata dan lebih mengejutkan muka nampak 'putih' macam hantu.

"Jadi dengan adanya ciri Mod Malam Ultra 2.0 ia membantu saya untuk mengambil gambar yang sangat terang dan jelas dan orang tidak dapat memberitahu bahawa saya sebenarnya berada di ruang bercahaya rendah”.

Mod Malam Ultra 2.0 memastikan pengurangan hingar yang cekap, manakala HDR dan Teknologi Pelbagai-Bingkai memberikan para pengguna gambar pemandangan malam yang melangkaui kecerahan dan perincian yang dapat dilihat oleh mata kasar manusia, kerana manusia diproses secara berasingan dari persekitaran mereka. 
Wajah akan menjadi lebih cerah dan terperinci, manakala suar cahaya latar belakang berjaya dikurangkan dengan kadar yang banyak. Ringkasnya, imej kekal terang dan jelas tidak kira ketika dalam keadaan lampu bandar yang terang atau keadaan malam yang suram. 

Kini, Mod Malam Ultra 2.0 juga berfungsi ketika mengambil gambar sudut Ultra Lebar sekaligus dapat menangkap lebih banyak keindahan landskap bandar ketika waktu malam.

OPPO A9 2020 dilengkapi dengan tetapan Kuad-Kamera pelbagai guna, termasuk Kamera Utama 48MP + Lensa Ultra-Lebar 8MP + Lensa Mono 2MP + Lensa Potret 2MP, manakala OPPO A5 2020 juga dilengkapi dengan tetapan Kuad-Kamera pelbagai guna tetapi dengan fungsi penting Kamera Utama 12MP. 

Ciri-ciri ini menawarkan penggunaan menyeluruh yang dapat memberikan kepuasan kepada kehendak para pengguna dalam semua sudut pengambilan gambar dan senario, termasuk fungsi Mod Malam Ultra 2.0 dan kepelbagaian gaya potret yang artistik.

A9 2020 dilengkapi dengan kamera swafoto 16MP manakala A5 2020 dilengkapi dengan kamera swafoto 8MP, di mana kedua-duanya menggunakan teknologi Kecantikan AI untuk swafoto yang lebih teliti khusus untuk memenuhi keperluan pasaran dan trend kecantikan terkini.

Teknologi ini secara automatik mengenal pasti tona kulit, umur, jantina dan warna kulit. Ia membezakan para pengguna untuk kecantikan yang disesuaikan. Algoritma serba baharu untuk menambah baik rupa kecacatan pada kulit dan ciri-ciri yang lebih sempurna untuk mencipta wajah tanpa solekan, membolehkan para pengguna untuk merasai versi diri mereka yang lebih baik.

Tambahan pula, siri ini juga mempunyai kapasiti yang tinggi dan pilihan memori serba boleh yang menyediakan lebih ruang untuk merakam lebih detik-detik terindah, seperti kapasiti memori tinggi 128GB/64GB dan slot tiga-kad (Dual Sim + MicroSD) yang boleh menyokong sehingga 256GB memori.

Menurut Ayda Jebat seterusnya, rangkaian siri OPPO 2020 ini sebenarnya dicipta untuk generasi digital yang gemar bermain 'game'.

Bateri berkapasiti besar 5000mAh membolehkan penggunaan sepanjang hari, yang mampu menyokong penggunaan berterusan selama 19 jam bagi membolehkan pengguna bermain lama tanpa gangguan.

Bagi pengalaman permainan terutamanya, teknologi pemecut Game Boost 2.0 menawarkan Frame Boost dan Touch Boost yang dipertingkatkan, di mana kedua-duanya memberikan respon pemula permainan sepantas kilat, dengan mengurangkan sela masa dan kependaman skrin sentuh, memberikan pengalaman pengguna yang lebih baik secara keseluruhannya. 

Harga bagi OPPO A9 2020 adalah RM1,199 manakala harga bagi OPPO A5 2020 adalah RM699 dalam dua rona Space Purple dan Marine Green.

Para pengguna boleh mula membuat pra-pesanan sehingga esok (27 September) di semua Kedai Konsep OPPO, kedai-kedai pengedar rasmi OPPO atau secara atas talian di Laman Sesawang Rasmi OPPO, kedai rakan e-dagang Lazada atau Shopee; dan rakan kedai rangkaian OPPO Senheng, SenQ, DirectD dan ThunderMatch.

Dan ia akan dijual bermula 28 September di semua Kedai Konsep OPPO, kedai-kedai pengedar rasmi OPPO atau secara atas talian di Laman Sesawang Rasmi OPPO, kedai rakan e-dagang Lazada atau Shopee; dan rakan telekomunikasi telefon pintar iaitu Celcom. Ia juga boleh didapati di Digi, Maxis dan U-Mobile tidak lama lagi.

Nak tahu maklumat lanjut mengenai spesifikasinya dengan lebih terperinci boleh   


Tiada ulasan:

Catat Ulasan